Sunday, August 6, 2023

Teh Gaharu...


2 pokok gaharu ini sudah berusia lebih 10 tahun namun tumbesarannya seperti terbantut...tidak sebagaimana sepokok lagi yang telah ditebang dulu untuk memberi laluan pembinaan lantai ditepi wakaf. Beginilah nasib pokok yang ditanam dan tinggal, pandai- pandai mencari nutrients sendiri.

Apabila dibiarkan pokok semakin menirus tinggi, pokok yang dibiarkan tanpa dicantas sangat lambat keluar tunas dan pucuk baru. Pokok ubi pun macam tu, mana mana yang sering dicantas pucuk baru lebih galak tumbuh.

Tunas baru boleh dipetik untuk dijadikan teh. Bila rendah senang untuk memetiknya.



Dah alang -alang mencantas pokok, pucuk yang muda dipetik, dijemur beberapa hari dan kemudiannya  dikisar menjadi serbuk teh. Penyediaan yang sangat mudah. Setakat untuk kegunaan sendiri tak habis -habis stok yang ada.

Boleh dicampurkan  bersama serbuk teh moringga..banyak manfaat kesihatan serbuk teh gaharu dan moringga ini.

Minum dicampur dengan madu asli fuh mantapp...



 

2 comments: