Tuesday, November 28, 2023

Port Baru Frazer Valley..



Di Jepun kolam air panas atau Onsen sangat popular.  Di sana kebanyakan Onsen adalah berbayar. Tempat-tempat ini dijadikan kawasan tarikan pelancong, yang lecehnya pengunjung hanya dibenarkan membawa tuala mini ketika ingin berendam. Senang cakap berendam sambil berbogel.




Di Malaysia kebanyakan kolam air panas  adalah percuma. Ketetapan telah diambil, selain berjogging, berendam kolam air panas Kuala Kubu Bharu akan dimasukkan dalam aktiviti mingguan kami. Di Selayang pun ada kolam air panas, cuma di situ orang terlalu ramai, lagipun tak mau bersesak jalanraya dengan warga kerja yang lain.

Diketahui umum banyak manfaat kesihatan jika mengamalkan berendam kolam air panas. Penyakit kulit, stroke antara penyakit yang boleh sembuh jika mengamalkan berendam air panas...ramai pengunjung memberikan testimonial ini...cuma amalan mandi air panas ini mesti dibuat secara istiqamah..

Seusai berendam air panas, selalunya tempat makanlah yang  dicari. Kini sudah ada pilihan tempat cantik. Sudah lama mengimpikan port lepak- lepak seperti ini. 




 
Frazer Valley, Kuala Kubu Bharu. 



Port makan menghadap tasik, bersetentang dengan kawasan glamping...serius cantik..





Premis baru disiapkan dan tak pasti bila akan memulakan operasi... 

Fuh lepas mandi, makan-makan  di sini ...duduk berjam pun tahan..



 Tempat parking pun luas...

Harap segeralah dibuka...

Sunday, November 26, 2023

Tuai Pisang...


Nikmat berkebun bila pokok yang ditanam mengeluarkan hasil.

Matang dan bertuai sudah pisang tanduk, ingatkan dulu tiada harapan untuk hidup ketika pokok berbuah muda tumbang. 


Buah masih muda ketika tumbang..

Diusahakan tongkat kiri kanan dengan harapan dapat terus hidup..


Alhamdulillah, panjang hayat pokok pisang tanduk, kini mengutip hasil 6 biji buah sebesar lengan orang dewasa,  sebiji dah merekah sebab lambat dituai., pokok sudah rebah dibatang baru perasan.


Pisang serendah pun turut dituai supaya tidak terlalu matang..musim hujan sekarang buah mudah pecah..tandan rumpun baru buah besar dan banyak sisir..


Nampaknya seminggu dua lagi  asyik pisang pisang dan pisang..


Jomlah berkebun...

Thursday, November 23, 2023

Kembara 98 Dah Hensem...

Hensem dah, Kembara 98 diberi baju hijau baru, setokin putih baru, topi hitam baru. 




Kancil pun tak malu lah nak duduk dengan adik berwajah baru. 

Kembara setelah dihantar servis, enjin  terasa lebih senyap, dulu kedengaran seperti meneran, tak pastilah samada memang betul senyap atau psikologi kerana sudah terbiasa bawa.

Biarpun berbaju baru, masih tiada keyakinan untuk dibawa jalan jauh..setakat ke kebun atau pemaduan berdekatan boleh lah...trauma enjin panas sehingga dinaikkan ke trak tunda.

Bawak Kembara lebih syok berbanding  Kancil sebab tinggi, cuma  Kembara kuat sedut minyak, RM50 tak sampai 3,4 hari sudah minta di isi lagi..sedangkan Kancil RM30 selamba tahan seminggu..


Logo grill depan rm26 termasuk pos



 Sebelum logo...


Logo baru dan plat baru...solekan kecil begini yang menyerlahkan lagi kehenseman kereta. Nak lagi hensem tukar lampu depan..Walaupun dah dipolish, masih kelihatan lusuh.. Kalau tukar baru satu set Rm280, tak termasuk upah pasang.



Memang dah sampai masa diganti baru..plat depan belakang telah usang dan pecah. Satu set Rm36



Dah di bawa ke kebun..Kalau dulu semak samun main redah, kini stop! Stop! Kita kasi cantas dulu... Baju baru kann..

Sunday, November 19, 2023

Pokok Mangga, Jambu Bonsai...

Sebelum balik Jepun lagi kepala dah terfokus ke pokok mangga dan jambu air., terinspirasi setelah melawat kebun epal Jepun..Pokok jambu menjulang tinggi, tak putus-putus berbuah tapi buah busuk sebab tidak berjaga, daun kering dan bunga jambu selalu sangat mengotorkan laman, pokok mangga pun begitu selain  jarang sangat berbuah. 


Pokok jambu air apabila berbuah nanti, biar pun buah tak banyak akan dibungkus supaya dapat dinikmati daripada berbuah banyak dan terbuang begitu saja...dah tengok di shopee, jaring pembungkus buah...


Pokok mangga  pernah dipangkas bila dahan dan daun berebut ruang dengan pokok rambutan..Alhamdulillah pokok rambutan setiap kali musim akan berbuah...walaupun tidak begitu lebat, mungkin ruangan tumbesaran tak cukup luas dan pembajaan kurang.


Buah rambutan sedang menunggu ranum. Biarpun buah tak begitu lebat setidaknya dapat juga menikmat hasil tanaman sendiri.




Pokok mangga dah lama sangat tidak berbuah, berdaun saja lebat. Setelah berpangkas, nak cuba diberi baja buah, kot lah boleh berbuah...









Pokok buahan di Jepun memang berjaga, tidak dibiarkan menjulang sesuka hati...Walaupun rendang buah teramat lebat. Kebun tak luas tapi hasil berbakul-bakul..Semasa berbuah daun keliling buah dibuang supaya buah dapat pancaran matahari dengan sekata..


Kita tak dapat tiru semua, dapat tiru sebahagian pun jadilah..
 

Saturday, November 18, 2023

Jom Jepun-Inspirasi Jepun..


Ada beberapa perkara yang penulis terinspirasi setelah meronda Jepun. 

1. Pokok buahan yang ditanam dicantas  supaya tidak tinggi, berbuah tersangat lebat seperti lebih banyak buah dari daun. Bersemangat untuk meniru pokok buahan di halaman rumah..Pokok jambu, mangga, rambutan, ciku, durian belanda, semunya menjulang  langit, berbuah sedikit selain susah nak jaga buah dan  petik

2. Tiada tanah kosong terbiar, semuanya bertanam samada padi, sayuran, buahan tak kira di bandar, desa, kawasan kilang,  pergunungan dsb. Longkang,- longkang awam dijadikan sebagai jaringan sistem pengairan.

3. Kenderaan di sana comel-comel. 







Model Kembara/Daihatsu Terios, masih kelihatan dijalanraya. Terpandang model-model lama segera teringat cakap-cakap yang mengatakan di Jepun kenderaan wajib dilupus apabila mencapai usia tertentu, sebab itu banyak kenderaan recond atau kenderaan potong dieksport ke negara lain termasuk Malaysia, rupanya itu hanya mitos. 

Selain model Kembara, ada saja model lama Suzuki swift, Jimny, Estima 98, Harrier, honda accord dll. Model terkini pula tidak begitu banyak, Pikap Hilux, Dmax, Navara langsung tak jumpa... Perodua Ativa bawah jenama Dasihatsu/Toyota banyak..Rasanya model terkini Jepun  di Malaysia lebih banyak di jalanraya. Mereka mungkin tidak begitu obses dengan kenderaan persendirian sebab kos pemilikan mahal selain pengangkutan awam yang cekap.


 Saban hari melihat kenderaan comel Jepun segera teringat Kembara yang dihantar untuk di cat baru...Semangat datang...

Mujur bertanya khabar dan meminta photo Kembara yang telah dicat, rupanya tidak sebagaimana disuruh..Line hitam bumbung belakang dan depan tidak sebagaimana dikhendaki. Nampak pelik.



Walaupun tidak secerah hijau dikhendaki kerana ketiadaan kod warna, ianya tetap lawa.

 
Cuma line belakang apasalah dibuat  menyenget...



Kita dah cakap buat lurus saja...



Line bumbung depan tiada seni langsung..


Line bumbung depan sepatutnya begini...


Melihat hasil seni pekerja Pakistan, tak yakin hasil pembaikan terutamanya line hadapan dapat sebagaimana dikhendaki..untuk memudahkan kerja tiru saja line Toyota Prado. 

 

Friday, November 17, 2023

Jom Jepun-Berakhir Ronda-Ronda Jepun

Alhamdulillah sampai tanahair 16hb Okt ..flight pukul 11.55 mlm dan tiba 6.30 pagi Klia 2.

Pertama terfikir nak mandi, selama 15 hari di Jepun hanya 3 hari mandi sempurna, hari lain main lap dengan tuala basah. Di sana dingin tak terasa masam, menjejakkan kaki di Malaysia terasa melekit satu badan dan masam, kasihan orang bersebelahan di kenderaan awam, mujur aircond sejuk, dapat kurangkan bau menyengat..


Setibanya bersarapan dahulu, selepas itu menaiki ERL dan MRT..Awal pagi hari berkerja tak mahu mengganggu anak-anak yang berkerja. Lagipun mahu mencuba MRT Putrajaya line yang baru beroperasi, akan turun d Sungai Buluh kemudian menaiki teksi ke Rawang...






Tiket ERL dalam RM9 seorang Klia2-Putrajaya Sentral, manakala MRT Putrajaya Sentral-Sg Buloh yang jarak berkali ganda jauh hanya RM6.5 seorang. Tambang teksi S. Buloh-Rwg dalam RM30. Untuk akan datang rasanya akan menaiki pegangkutan awam saja ke KLIA..murah dan mudah. Tak payah fikir siapa yang akan menghantar, atau jika berkenderaan di mana mau parking. Tiada jem. Tiada tol

Thursday, November 16, 2023

Jom Jepun - Shinkansen

Hari ke 15 Jepun, bergerak ke Haneda Airport. Flight 11.55 mlm. Berada di Jepun teringin menaiki shinkansen.  

Hanya kami berempat menaiki tren, dua rakan lagi memandu campervan dan akan bertemu di stesen tren Shin-Fuji.







Mengakhiri ronda ronda, bersarapan roti berinti telur dan keledek Jepun.



 
Stesen tren  Hamamatsu. Rakan ronda dulu belajar di daerah ini, mereka lebih arif memilih stesen yang tidak sibuk.













Sekadar ingin mencuba, naik untuk jarak 140km dari  Hamamatsu ke Shin- Fuji. Berdesup diluar, tak terasa bila berada di dalam, sedar-sedar sampai ke destinasi. 

Tak pasti berapa kelajuan maksima kerana tidak tercatat di skrin elektronik.






Sementara menanti 2 rakan tiba, kita merayap di sekitar stesen tren Shin-Fuji




Berada di Jepun membeli jam pintar dilengkapi dengan bluetooth, boleh merekodkan jumlah langkah, denyut nadi, tekanan darah dll, akan dipakai ketika berjogging. Tak mahal 2 unit harga dalam Rm180. 

Mencuci mata di kedai jam airport, harga jam berlipatkali ganda mahal..mujur membeli di kedai biasa..




Rakan ronda menghantar kami terus ke airport. Sesudah itu kembali ke Tokyo untuk mengembalikan Campervan. Mereka akan meneruskan ronda- ronda untuk 5 hari lagi.

Sepanjang 13 hari berCaravan, mencatatkan jarak perjalanan 2750km

Penggunaan petrol sebanyak Rm3500