Saturday, December 23, 2023

Mesin Rumput Sthil



Sejak mesin rumput berulang kali dihantar ke bengkel, hampir saban hari membelek kedai maya mencari mesin rumput tambahan. Membaca review ke review pembeli, keputusan muktamad membeli jenama Sthil FR3001. Harga pertengahan berbanding pesaing, Rm 570 termasuk aksesori dan  post. Ada banyak jenama ciplak berharga bawah RM300, cuma tak berani, menang membeli, alah memakai. Mesin rumput sediada Mitsubishi TB33 sekarang ini berharga hampir seribu. CC hampir sama 30cc

Bagaikan ulam di cita pucuk mendatang, anak-anak  ingin membelikan mesin sebagai hadiah ulang tahun kelahiran dan perkahwinan, dikongsi bersama 5 orang, argh baru berapa sen setiap seorang, masing-masing telah berkerjaya melainkan seorang. Mula- mula mereka ingin merahsiakan pemberian, saat  menghidu  akan dapat hadiah terus meminta mesin rumput, tentu dimanfaatkan, beli yang bukan- bukan nanti  pastinya membazir.

Walaupun ditawarkan membeli mesin lebih mahal, kenapa perlu berbelanja lebih jika harga boleh didapati hampir separuh berbanding jenama pesaing. Bila ada dua mesin, penggunaan pun  akan kurang lasak. 


Dah pakai chainsaw Sthil, ternyata berpuashati, jadi mengandaikan mesin rumput Sthil juga tidak akan mengecewakan. 


Semangat nak potong rumput berdua di kebun...Bila ada pesaing, kerja pun kurang penat...



No comments:

Post a Comment