Kali ke 3 mesin rumput dihantar ke bengkel..hantaran pertama dan kedua masalah yang sama berkaitan bearing, manakala hantaran ke tiga berkenaan rod pula.
Dah dekat sebulan rumput kebun bukit tak siap berpotong, berbaki suku keluasan lagi...
Mula-mula ingatkan masalah bearing jem berulang sedangkan bearing telah ditukar baru, setelah diperiksa, rod dalaman yang patah. Mujur ganti tak mahal Rm15.
Lemah bila sedang asyik memotong tetiba mesin jem...
Bila datang bersama pembantu tugasan boleh dikongsi bersama, ketika ini semasa pembantu memotong rumput kita membuat teres- teres pejalan kaki. Teres pejalan kaki ini turut dijadikan sebagai sempadan pembersihan. Fizikal dan mental lebih santai bila membersihkan kawasan menurut sempadan-sempadan.
Ketika kita mengambil alih memotong rumput pembantu melumurkan minyak terpakai di kerangka kayu pondok.
Sayang jika pondok tidak dijaga, menyiapkan dulu mengambil masa lebih setahun menggunakan anak- anak pokok hutan. Jika tidak dirawat dengan minyak memang akan reput segera.
Untung bawa pembantu tinggi lampai ketinggian hampir 2m, boleh menyapu minyak terpakai pada bahagian tinggi rangka pondok.
Kepala terasa lapang bila melihat kebun terurus. Sambil menunggu peluh kering, boleh melepak dulu di pondok.
Tak sabar melihat pokok membesar...
Wak dah lama tak mesin rumput.
ReplyDeleteMain racun aje
Hehe sy niat dari asal memang nk guna mesin saja..suka tengok rumput pendek menghijau..lg pun kebun x luas oklah guna mesin rumput.
Delete