Monday, February 26, 2024

Mesin Rumput Tua dan Muda..


Fuh dah lebih 5 kali mesin rumput Mitsubishi dihantar ke bengkel untuk diperbaiki. 

Pertama dulu piston jem

Ke 2-bearing berserta kepala pemutar blade/tali,

Ke 3-bearing pangkal rod, 

Ke 4- mangkuk/penutup bearing, 

Ke 5- rod pemutar dalaman dan hariini

 Ke 6- Sarung luar rod dan rod pemutar dalaman lagi. Mesin terpaksa ditinggalkan kerana ketiadaan stok.

Lemah, bila sedang asyik memotong, mesin jem lagi...

Walaupun ada mesin ke 2 Sthil, mesin ini berperangai susah nak dihidupkan setelah enjin panas digunakan. Macam nak tercabut lengan ketika cuba menghidupkan enjin. Sahabat kebun memaklumkan mesin sthil sangat sensitif dengan ratio campuran mintak 2T selain spark plug perlu dikeringkan selalu. Ermm


Apabila ke dua-dua mesin rumput mogok kita hayun parang panjang saja lah..






3 comments:

  1. linda pernah cuba mesin rumput sekali...
    lepas tu serik dah...tp geram tgok rumput panjang2 dekat rumah mak di kampung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wah dasat lah leh memikul mesin rumput..sgt rare tuu

      Delete