Kembara siap overhaul..dah bawak test jalan jauh ke Bagan Serai. Betul rakan pemilik Kembara setaman cakap.. setel satu, masalah lain akan timbul. Penangan kenderaan tua.
Semasa berhenti mengisi minyak di RnR Tapah, hati mulai cuak..power macam tak cukup untuk hidupkan enjin. Hentian kedua Hentian Bukit Gantang masih ok, enjin boleh dihidupkan walaupun simpton kekurangan tenaga masih dirasai. Hentian ke 3 sesudah exit Taiping Utara, enjin tidak boleh dihidupkan., berehat dulu minum di warong, dengan lafaz bismillah, enjin berjaya dihidupkan, tapi sesudah itu kerap mati- mati bila bergerak perlahan semasa menempuh/berhenti di lampu isyarat, terpaksa menekan minyak supaya RPM sentiasa tinggi..Setibanya di rumah anak Bagan Serai enjin terus padam..langsung tiada spark.
Keesokan hari memanggil pomen , sah bateri bermasalah..lagipun bateri terakhir ditukar pada 2021, setelah bateri ditukar, enjin masih kerap mati. Tak berani melalui jalan sesak, hiway pula mengalami kesesakan hari itu jadi menggunakan jalan lama..Singgah di bengkel, Taiping dimaklumkan kompressor aircond bermasalah dan soket terpaksa dicabut..sesudah itu enjin stabil..patut pun bateri terus padam, kompressor banyak sangat menggunakan tenaga, mujur alternator masih berfungsi..tapi tak mampu recaj bateri untuk memenuhi keperluan kompressor AC
Fuh cabaran memandu kereta tengahari buta tanpa AC, dan kesemua tingkap jem. Mujur sesudah Kuala Kangsar hiway lancar. Panas tetap membara., sesekali membuka pintu untuk udara segar masuk ke kabin.
Berjaya sampai ke rumah..enjin sesudah overhaul nampaknya lebih lembut, walaupun sesak suhu tetap terkawal dibawah separuh meter. Penggunaan minyak tetap tinggi pergi balik Bagan Serai Rm150, sedangkan Perdana tak sampai pun Rm100.. AC juga memberi pengalaman ngeri .
Suis tingkap sebelum ke Bagan Serai telah dibeli secara online..Tak mahal dalam Rm40 termasuk pos. Jika tingkap berfungsi, walaupun tanpa AC, tak lah seperti berada di sauna .
Harini selesai menukar suis dan tingkap kembali berfungsi..
Bab kompressor AC terpaksa ditangguhkan dulu, dah banyak sangat berhabis untuk Kembara bulan ini..huhu
Banyak dugaannya simpan kuda tua ni
ReplyDeleteHehe betul wak..tp tetap semangat..
Delete