Monday, June 24, 2024

Rekabentuk Rumah Kebun Mini..n

Walaupun hati masih berbolak balik, tapi lebih terarah meneruskan membina rumah kebun mini. Rumah mini akan dibina bersendirian dan membawa pembantu bila perlu... Tiada tempoh masa ditetapkan, supaya mutu kerja lebih kemas dan pengeluaran modal lebih mesra poket.

Rekabentuk mengekalkan rupa pondok sediada yang lebih sesuai dengan rupa mukabumi  hanya ditambah dengan ruangan tandas, dapor dan ruangan bawah rumah untuk ATV.

 Berbanding pondok kebun yang menggunakan kayu kebun, rangka rumah mini akan menggunakan kayu terpakai , lantai dan sebahagian dinding  menggunakan kepingan bersimen, blok bata ringan di tandas/ dapur .. Bilik akan berdinding/bertingkap cermin. Ruangan terbuka dibiarkan kosong. 

Penulis suka dengan konsep terbuka dan lapang..lebih lagi rumah terpencil jarang diduduki terasa seram bila bertutup rapat..




Dulu semasa membina pondok susah membawa masuk bahan, terpaksa berpikul, kini akses telah ada, rumah mini akan dibina lebih sempurna sesuai untuk beristirehat.





Bawah rumah disediakan tempat menyimpan ATV.


 





 
Rumah kebun akan diposisikan mengadap Banjaran Titiwangsa.

Memandang ke depan/kiri melihat pondok sediada


Ke depan/kanan Puncak Genting


Ke belakang/kiri ladang kolam ikan/udang


Belakang/kanan, puncak tertinggi kebun

Fuh nanti buka mata saja sudah dapat melihat pemadangan indah tanah tinggi selain matahari terbit disebalik banjaran titiwangsa...

Berangan itu percuma..

1 comment: