Saturday, June 22, 2024

Rumah Kebun...

Berdasarkan rekod mula membuat akses ke puncak pada hujung bulan 5, sekarang dah menghampiri bulan 6, akses baru separuh siap..ini pun belum diuji samada boleh didaki Kembara atau tak...sehari membina maksima 2-3 jam, itu pun berkongsi dengan aktiviti kebun lain ..sebelum 11 pagi dah berhenti sebab tak sanggup  berpanasan..





Akses terawal, Kembara hanya mampu mendaki pada ketinggian 5m pertama, jajaran terpaksa dipindahkan ke laluan lain kerana jajaran singkat asal banyak korekan terpaksa dibuat jika ingin mengekalkan jajaran itu, pindaan jajaran sedikit landai tapi tapi lebih jauh




Berbekalkan alatan cangkul, pongkis dan kereta sorong, sedikit demi sedikit akses dibina menuju puncak...tebing dicangkul manakala lereng- lereng dikambus untuk kelegaan dan keselamatan semasa mendaki..Jika laluan sempit bahaya untuk Kembara terperosok ke tebing.

Tiada tempoh waktu ditetapkan. Kalau nak senang sewa JCB, tapi tiada keperluan untuk disiapkan segera.. 



Tanah dipadatkan dengan melalukan Kembara berulang kali, sebab itu laluan perlu lebar dan  tidak boleh curam, supaya ada ruangan untuk kembara tidak tersangkut pada tanah kambusan tebing.





 Sisa buangan bahan binaan  akan digunakan untuk permukaan akses. Setiap kali datang membawa seguni dua, lama kelamaan banyak juga..







Pemandangan tanah tinggi yang superb....Sekiranya malam hujan, keesokan pagi akan terdapat lapisan awan karpet dikaki bukit..fuh terasa seperti duduk di kayangan..

Hati masih berbolak balik untuk membina rumah kebun di puncak ini...Hati berat ke arah  meneruskan membina tempat istirehat di puncak..


Puncak Genting jelas kelihatan..



Ladang ternakan ikan/udang di tepi Sungai Selangor juga kelihatan..

Tower telekomunikasi itu dulu telah bertandatangan perjanjian untuk didirikan di kebun penulis  namun tiada rezeki, tuan tanah   tidak memberi keizinan melalui akses tumpang beliau..melainkan tower dibina di tanahnya..Sebagai imbalbalas, palang akses tidak dikunci dan akses boleh dilalui sepanjang masa...Tak dapat semua, dapat sebahagian pun ok Alhamdulillah, setidaknya bila terdetik beristirehat di puncak boleh terus ke sana. 

Kita melepak di puncak sambil makan durian..Jom jom...!
 

2 comments: