Sebut Guanzhao segera
terbayang pusat borong barangan China. Mahu melihat sendiri apa istimewanya
Guanzhao ini sehingga menjadi sebutan dikalangan pemborong- pemborong. 16hb
April 2015 tertunai hasrat berkunjung ke sana.. Kunjungan
kali ini tidak menggunakan khidmat ejen pelancongan.. Segala urusan
tiket, visa, penginapan dll diuruskan sendiri. Tidak susah sebenarnya. Bayaran
visa 80 seorang yang dibuat di pejabat kedutaan China di Jalan Ampang,
berdekatan dengan Megan Avenue. Tiket penerbangan dibeli semasa promosi RM 500
seorang dua hala. Sangat berbaloi untuk penerbangan selama lebih 6 jam. Bayaran
hotel yang ditempah secara atas talian juga sangat berpatutan RM100 sebilik
dilengkapi dua katil.
Tiba di Lapangan terbang
jam 1 pagi. Urusan imegresen mudah. Cabaran berikutnya ingin ke hotel menaiki
kenderaan awam. Didekati ramai ulat- ulat teksi sapu. Walaupun pihak polis
ramai, puak puak ini selamba memancing pengunjung untuk menggunakan khidmat mereka..
Kekadang kita naik rimas dengan gelagat mereka yang tanpa henti mengekori
walaupun sudah menyatakan enggan menggunakan khidmat mereka. Atas nasihat
rakan yang pernah berkunjung, guna saja khidmat teksi berdaftar yang banyak
terdapat di sana. Perjalanan selama sejam untuk ke hotel dikenakan bayaran 200
Yuan., Separuh dari harga yang ditawarkan oleh ulat ulat teksi sapu. Untuk
mengatasi masalah komunikasi pengunjung perlu bersiap sedia dengan alamat hotel
bertulisan cina. Tulisan biar besar untuk mudah dibaca. Ada pemandu yang enggan
membawa pengunjung kerana malas meneliti tulisan yang kecil.
Hampir jam 3 pagi tiba
di hotel. Walaupun sudah awal pagi kelihatan
banyak gerai-gerai tepi jalan
masih beroperasi. Benarlah kata rakan..
kebanyakan bandar di China walaupun berprasarana dan memiliki bangunan-bangunan
moden tapi aspek kebersihan sangat teruk. Pekerja pembersihan bertungkus lumus membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan peniaga dan pengunjung..Kemajuan fizikal tidak seiring dengan
pembangunan rohani.
Keesokan pagi terus
merayap sekitar pusat bandar. Sangat suka dengan bandar disini..hampir segenap
ruang ditanam dengan pokok pokok . Diperhatikan
juga deretan demi deretan kedai menjual barangan sama berdasarkan zon
barangan. Kebetulan kawasan penginapan kami adalah zon cenderahati dan kasut.
Harga yang ditawarkan tidaklah murah seperti disangka . . Dimaklumkan kawasan
penginapan kami bukanlah kawasan pemborong yang sebenar. Ia telah dikomersilkan
kerana kawasan tumpuan pengunjung luar.
Bergerak dari satu
tempat ke tempat lain menaiki teksi. Masalah komunikasi menghalang untuk
menggunakan khidmat bas atau metro bawah tanah. Pertama kali mencuba bas awam
kami terlajak destinasi..Terpaksa berhempas pulas menerangkan ke pemandu teksi
untuk ke tempat yang ditujui..Untuk meneroka lanjut agak takut- takut disebabkan
masalah komunikasi ini...Kunjungan berikut rasanya sudah boleh meneroka lebih jauh.,
sudah boleh menjangka apa yang ingin dilihat atau dicari.
Hari pertama dan kedua
kami menghabiskan masa dengan melawat kedai-kedai, Taman Botani..Menaiki kereta
kabel..juga menyusur sungai di malam hari.
Hari ke 3 kami ke
Shanzen menaiki keretapi laju…Kalau kami tahu sedari awal Hongkong juga mudah
dikunjungi sudah tentu kami juga akan ke sana…Selain kesuntukan masa kami juga
perlu mendapatkan visa lain sewaktu memasuki semula tanah besar… Takpa lainkali
lah…