Tuesday, September 29, 2020

Inkubator Automatik...




Cara membuat inkubator manual menetaskan telur tidaklah susah...sekadar memerlukan bahan asas kotak, mentol untuk memberikan haba dan mangkuk berisi air untuk memberi kelembapan. Mentol mestilah mampu mengeluarkan haba 37-40 darjah celcius untuk mengeramkan telur.

Jika  ambien keseluruhan betul, telur akan menetas setelah 21hari dieramkan. Kos pembuatan ini tak sampai pun rm20. Cuma yang leceh menggunakan inkubator manual, telur perlu dibolak balikan  paling kurang dua kali sehari supaya keseluruhan bahagian telur mendapat haba optimum untuk penetasan. Tiap tiap hari selama 21 hari ermm...

Menambah sistem motor untuk membolak-balikan telur pun tak susah. Lecehnya komponen- komponen kecil ini perlu dibeli berasingan kemudian digabungkan dengan teliti untuk hasil yang bagus...

Paling mudah beli mesin inkubator yang dah siap...Segalanya lengkap. Ada penunjuk suhu...pelaras suhu...pemusing telur secara automatik...lampu memeriksa perkembangan janin  turut disediakan . Dan yang penting inkubator sangat kemas dan cantik. 

Harga Rm120 seunit untuk kapasiti telur 24 biji, lebih mahal dari membuat sendiri tapi dengan pakej lengkap ini ianya pembelian yang berbaloi untuk penggunaan jangkapanjang.

Huhu tak sabar nak menetaskan telur sendiri...




Sunday, September 27, 2020

YR Gunting...

Ahad 27hb September 2020.

YR Gunting Desamas Rawang kini berubah wajah untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. Pengubahsuaian dibuat setelah 7 tahun kedai beroperasi. 


Pandangan hadapan kedai sebelum diubah suai...





Kedai terkini...

Mengikut perancangan asal dulu...Kedai gunting hanya menduduki petak keluasan 22'x8' yang dibuat didalam kedai. Manakala bahagian luas luar  dijadikan cafe. Selain kedudukan kedai gunting agak tersorok rupanya cafe tidak boleh disekalikan dengan kedai gunting atas faktor rambut rambut bakal mencemari premis cafe.





Sejak itu ruangan luas cafe dijadikan kedai gunting dan petak gunting dijadikan ofis.

Oleh kerana ruangan gunting agak luas., sistem penghawa dingin perlu tip top untuk memberi keselesaan kepada pelanggan..tapi yang terjadi adalah sebaliknya...AC 1.5 dan 1.0HP tidak mencukupi untuk menyejukkan premis. Akibatnya kompresor AC berkerja keras sepanjang kedai dibuka 10pagi -10 mlm dan seterusnya menganggu prestasi AC. Tak sampai 3 bulan diservis prestasi AC kembali menurun.. bil elektrik pun melambung.




Berkat PKP, keputusan dibuat ruangan gunting dikecilkan dengan itu satu lagi petak 22'x8' dapat diwujudkan untuk disewa. 

Kedai yang sama kini dimanfaatkan untuk memberi nilai tambah kewangan, setidaknya nanti ruangan yang disewa dapat menampung bayaran keseluruhan bil utiliti kedai...

Didepan kedai pun nanti akan dibuat kiosk kiosk mini yang akan disewa. Hah
dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini segenap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya. 






Friday, September 25, 2020

JJCM Perak...

Sejak pkpb suasana percutian domestik semakin rancak. Industri yang berkaitan dengannya seperti hotel dan beverages boleh menarik nafas lega. Rakyat tiada pilihan, ditambah dengan promosi promosi hotel, tempat-tempat menarik domestik menjadi tumpuan. Sebelum pkpb pantang berhujung minggu dan cuti umum, sebahagian orangramai berpusu pusu ke lapangan terbang untuk ke negara orang...bukan sebab mereka ini berduit, cuma pakej pelancongan di negara-negara jiran kekadang lebih murah berbanding domestik.

Yang paling best meronda di dalam negara adalah pasal makanannya. Selain tiada kerunsingan perihal status halal-haram, pelbagai menu utama dunia boleh diperolehi disini.. Jika ke negara-negara asean, makanan setempat sering mendominasi hidangan disana..begitu juga jika ke India, Korea, Jepun, China, Eropah, Afrika, Negara arab dll.. Kembang tekak saban hari makan hidangan yang sama, sedangkan apa yang disenaraikan di atas boleh diperolehi di tanahair...

Semasa kami meronda Perak baru-baru ini, singgah pekena nasi bamboo Klah di Sungkai dengan pelbagai menu lauk pauk salai tempatan., makan malam di Parit Buntar dengan hidangan ayam penyet menu Jawa Indonesia..


Hari ke 3 berkelah di Teluk Batik Lumut menjamu makanan laut di Restoran D'Warisan ...Malamnya pula menikmati makanan barat di cafe pilihan JJCM TV3 Konda Kondi di tengah-tengah bandaraya Ipoh.

Sebelum kembali ke KL hari ke 4 makan makanan ala Thai di Meru Ipoh. Dihadapan restoran kami terdapat restoran menu Korea., restoran cina muslim pun ada...

Memang layaklah Malaysia digelar syurga makanan dunia.






Monday, September 21, 2020

Mangsa Sentiasa Lupakan Jerat



Sejak membela ayam dan ikan, tikus semakin bermaharajalela..Gemuk gemuk...bukan setakat direban, tikus tikus turut membuat onar didalam rumah..kencing dan berak merata.

Pembiakan begitu cepat sebab makanan mudah diperolehi..Bekas dedak dan jagung di stor habis dirobeknya. 

Memasang perangkap buatan sendiri menggunakan tong tidak begitu menjadi...Tong kecil sangat memudahkan tikus melompat keluar.

Yang paling senang guna perangkap gam pelekat...sekali pasang dua ekor boleh melekat... Sejak menggunakan pelekat ini 4 ekor tikus berjaya diperangkap...

Siaplah lagi baki tikus yang ada, perangkap takkan lupakan mangsa.

Thursday, September 17, 2020

Reban Transit...

Kekadang apa yang dirancang hanya cantik diatas kertas. Realitinya tidak selalunya begitu... Ayam sepatutnya boleh mencapai berat 1.5kg keatas setelah berusia 60hari. Tapi  ada saja yang terbantut tumbesaran walaupun diberi makanan yang sama...mungkin atas faktor baka. Kita berternak suka-suka membeli baka dari penternak biasa jadi kekurangan adalah tidak dapat dielakkan.

Ayam remaja  penulis sudah memasuki usia 3 bulan, namun sebahagiannya masih bersaiz kecil,  belum mencapai berat ideal untuk disembelih. Manakala anak ayam pula  sudah makin membesar dan semakin rimas berada diruangan sempit. Anak-anak ayam ini  sepatutnya dipindahkan ke reban yang lebih besar ketika berusia 21 hari tapi tergendala kerana sebahagian stok ayam remaja masih disitu. Pernah cuba dilepaskan bersama tapi teruk dibuli.

Sebagai jalan penyelesaian reban dan lingkungan transit dibina...sementara ayam remaja habis disembelih, anak ayam memasuki usia remaja ditempatkan disini. Reban anak ayam yang dikosongkan bolehlah diisi dengan baka ayam baru, dengan cara ini kitaran/rantaian bekalan ayam tidak terputus.





Reban dibesarkan menggunakan bahan terpakai. Tiada keperluan memasang jaring di struktur tambahan reban tersebut.



Pemisah aka pintu pula dibina menggunakan rangka tingkap aluminium yang tersimpan lama dibelakang rumah. Tak sangka saiz  rangka tingkap begitu ideal sekali dijadikan pemisah.

Nanti setelah dihiaskan dengan lampu lip lap berwarna warni nescaya akan kelihatan lebih ceria dan mewah reban ini..hehe..

Selain kucing.. arnab, membela ayam juga boleh  menjadi aktiviti menghiburkan, ia juga sebahagian terapi minda...

Jom jom berternak...




Tuesday, September 15, 2020

Peralatan Kebun Bandar

15hb September 2020, Selasa

Melayari kedai maya memang mengasyikkan. Kita boleh menjengok kedai ke kedai membandingkan harga hanya dengan bermain di skrin telefon.

Pemasaran kaedah terkini memang sangat nakal...Sedang kita melayari media sosial tetiba muncul iklan mempromosi pelbagai potongan harga untuk barangan yang memang diintai-intai..Mungkin mereka menjejaki carian barangan yang kita ingini dan sengaja menggoda untuk klik pada pautan  mereka.

Trimmer ini memang dah lama penulis inginkan. Teringin menggunakan peralatan ini supaya pokok-pokok bunga keliling rumah lebih seragam dan mudah dirapikan. Harga Rm450


Tengok iklan ini memang tak tahan. Banyak kali iklan pelbagai jenama lalu diskrin. Sangat comel dan mudah untuk memotong dahan- dahan kecil tinggi pokok dewasa. Persaingan dunia terbuka membolehkan kita mendapatan harga terbaik.. Jenama Stihl dari penjual berbeza menawarkan harga jauh berbeza. RM280, $179 dan Usd 21. Tanpa berlengah terus beli yang termurah. Harap tak dapat yang tiruan.

Peralatan ini pun dalam radar penulis. Untuk penggunaan sesekali dan tidak lasak jenama biasa-biasa sudah memadai.. Melihat di kedai maya harga boleh diperoleh serendah Rm190 tanpa jenama dan jaminan.

Berjenama terkenal begini dah tentu harganya mahal sebab kualiti terjamin dan lasak.

Pengeluar pun banyak yang meniru produk terkenal ..sekali pandang, kelihatan sama  antara yang tulin Stihl dan tiruan Sthhl...Jahat si peniru menjual dengan harga tak sampai separuh.

Jom jom berkebun...

Sunday, September 13, 2020

Sembelihan Sulong...

13hb September 2020 Ahad.

Pejam celik harini ayam batch kedua berusia lebih 2 bulan...lebih tepat 80 hari...


Ayam jantan yang paling besar baru mula berkokok menjadi korban sembelihan sulong.

Diperhatikan batch ini tumbesaran agak lambat, mungkin faktor pemakanan sebab ayam lebih banyak diberi campuran makan lebihan yang diolah dengan dedak dan jagung. 

Berat ayam dalam 1.7kg , daripada 9 ekor batch ini, terdapat 5 ekor yg beratnya melebihi 1.3kg..bakinya masih dibawah sekilo...Selain faktor makanan mungkin juga faktor baka...Kelihatannya ada yang baka ayam kampung asli..
 

Daging berwarna kekuningan, kandungan lemak nampaknya ok..kurang dari 5 persen.. Berat timbangan sesudah dibuang kepala, bulu dan isi dalaman, sekitar 1.2 kg saja.. 

Ermm ayam goreng segar dari ladang..Enak  manis..cuma sedikit liat...Nampaknya ayam batch ke dua sudah sampai waktu  disembelih  untuk mengelakkan daging menjadi liat.

Batch ke 3 pun dah rimas terkurung di reban sempit...Sebelum ini cuba dilepaskan tapi dibuli dengan ayam ayam batch ke 2..Ayam pun ada kasta.

Telur sudah, daging ayam sudah., anak ayam saja yang belum...Sabarr..