Membaiki perkakas elektrik simple, sudah boleh..walaupun merangkak. Kini semangat beralih untuk mengetahui bagai mana sistem kenderaan berfungsi...pengetahuan penulis mengenai enjin kenderaan juga KOSONG..Hairan juga kenapa sebelum ini tidak terdetik untuk mempelajarinya.
Permulaannya ingin belajar sistem penyejukan enjin melalui perkongsian UTubers. Geram, kereta kancil dah beberapa kali dihantar ke bengkel tapi masalah oveheating tidak selesai selesai. Banyak juga telah berhabis.
Setelah belajar baru memahami bagaimana komponen2 berkerja disepanjang line sistem penyejukan kenderaan. Konsep yang sangat mudah difahami. Dah tau apa nak buat jika kenderaan mengalami masalah ini.
Aliran air berserta coolant digerakkan oleh PUMP, bergerak dari RADIATOR melalui HOSE UTAMA di BAWAH radiator memasuki blok dan keluar blok enjin untuk dihubungkan semula melalui HOSE ATAS radiator, membentuk satu pusingan lengkap.
THERMOSTAT berada dihujung hose pintu masuk blok enjin dari radiator bawah.
Fungsi thermostat adalah mengawal air yang perlu masuk ke blok enjin untuk tujuan penyejukan...
Ketika suhu dan tekanan diblok enjin mencapai bacaan tertentu, thermostat ini akan terbuka kerana terdapat sistem kekunci untuk mengalirkan air masuk kedinding blok untuk tujuan penyejukan.
Jika sistem kekunci thermostat rosak air tidak boleh/tidak lancar mengalir ke blok. Ketika kenderaan bergerak, enjin disejukkan oleh angin. Dalam keadaan statik air yang tidak dapat memasuki blok akan menyebabkan suhu blok tinggi dan overheat.
Boleh buang thermostat ini tapi akan mengganggu prestasi enjin disebabkan kebuk pembakaran memerlukan tekanan dan suhu tertentu untuk berfungsi dengan prestasi baik.
Ketika air meninggalkan blok, terdapat juga SENSOR KIPAS yang akan mengaktifkan KIPAS untuk menyejukan air di radiator...hanya pada suhu tertentu kipas akan aktif..bila suhu diblok turun diparas tertentu..kipas akan berhenti berpusing....
ON/ OFF kipas dan thermostat untuk memastikan suhu blok berada pada keadaan ideal enjin untuk berfungsi dengan baik...terlalu tinggi sistem akan ON, rendah dari suhu dan tekanan dikhendaki, sistem penyejukan akan OFF.
Untuk sistem penyejukan yang baik, pengaliran cecair penyejuk keluar masuk antara blok dan radiator yang dihubungkan melalui HOSE mesti lancar dan tiada kebocoran.
PENUTUP Berkekunci, radiator turut berperanan mengawal tekanan di radiator...bila tekanan terlalu tinggi kekunci akan terbuka untuk mengalirkan air melalui hose ke bekas air kecil bersebelahan bekas air wiper. Terdapat paip overflow disini.
Jika komponen sepanjang sistem penyejukan berfungsi dengan baik sepatutnya tiada masalah overheating.
Dalam senario teruk, terdapat kebocoran diblok enjin. Mungkin gasket terbakar atau kepala blok telah bengkok atau pun terdapat keretakan pada blok...ini juga punca kenapa sistem penyejukan gagal.
Selalunya minyak hitam akan berbuih jika terdpt campuran air diblok...
Minyak hitam juga membentuk sebahagian komponen penting dalam sistem penyejukan enjin.
Hah mudah bukan..semua orang boleh memahami...