Friday, October 21, 2011

Tak cukup rajinkah kita..?


Persoalan di atas sering berlegar dalam kepala hotak aku.. Aku sakit hati betul bila orang cakap kita tak rajin...Padahal kalau kita tengok awal suboh sudah berduyun-duyun orang kita keluar rumah mencari rezeki. Sesetengah tu seawal 5.30 pagi dah mula tercongok bawah pondok menanti bas., yang kerja kampong lagi la...Pekebun atau pesawah turun ketempat kerja jauh lebih awal pagi...adakah mereka dikira tidak rajin sebab telah pulang awal dan kelihatan melepak disebelah petang...?  Sedangkan orang lain pukul 10, 11 pagi baru terhegih-hegih nak buka kedai., walaupun tutup agak lewat tapi bukannya kerja teruk sangat ...lagipun diorang mula kerja lambat, balik pun lewat la..bila dikira jumlah jam berkerja kekadang tu takda beza pun...

Kalau kita perhati di kaunter-kaunter  seperti jpj, kastam, pejabat pos, bank ataupun yang berkerja dikilang-kilang pengeluaran dsb, diorang mana pernah menang tangan  kecuali masa rehat...punyalah sibuk..! itu pun masih dikata tak cukup rajin...? sedangkan bila kita jengah kedai-kedai aku tengok diorang melepak je  baca surat khabar sambil menunggu pelanggan.

Jadi siapa lebih rajin dan  siapa malas..? Berdasarkan gerak geri kerja, aku merumuskan orang kita secara keseluruhannya lebih rajin. Tapi kenapa dimomokkan orang kita tak cukup rajin...penilaian dibuat berdasarkan kriteria apa..?

Mungkinkah disebabkan  kerja yang mereka lakukan memberikan pulangan ekonomi lebih tinggi maka dikatakan lebih rajin..?  Jika benar, kita kena bantu menaikkan nilai ekonomi orang kita dan jika nilai ekonomi juga boleh menampakkan kita lebih rajin, maka pendedahan dan peluang mesti TERUS dibuka luas kepada orang kita...Jalan pintas untuk bersaing dengan mereka hanyalah dengan pendidikan.  Lahirkan seramai mungkin insan berilmu...

Ilmu ibarat memberikan joran berbanding ikan kepada penerima..Dan punca pendedahan kepada ilmu dalam bahasa kebangsaan mesti diperkasakan supaya SELURUH rakyat marhaen diberi peluang menyerlahkan kebolehan  masing-masing. Kalau kita menafikan hak rakyat marhaen, percayalah jurang ekonomi akan semakin melebar..selagi itulah kita akan nampak tidak rajin..Aku sangat lega bila Menteri Pelajaran YB TS Muhyidin Yassin menegaskan PPMSI tetap akan dimansuhkan. ,walaupun  PAGE dan JMM beriya-iya mahukan supaya dasar itu diteruskan. Aku ada terima email rambang dari puak ini dan alasan mereka pada aku hanya untuk membela segelintir masyarakat sekiranya dituruti puak ini, nescaya golongan terbanyak bakal tercicir..Usah peduli dengan golongan ini. Pendidikanlah yang boleh membuka minda anak bangsa kita .


Bila ramai yang berilmu dengan sendirinya insan ini akan mencari jalan untuk meningkatkan nilai ekonomi diri...dan dalam ramai-ramai tu pasti akan ada yang menyerlah.. sekadar contoh, siapa yang tak kenal rangkaian al-Ikhsan pengedar barangan sukan terbesar Malaysia...aku tak pastilah latarbelakang pengasas rangkaian ini tapi yang pasti untuk dia sampai keperingkat ini pastinya disokong oleh wargakerja profesional yang berilmu juga..evolusi bisness takkan berhenti, ledakan berlaku , mucul pula MIZI sport...!

Bangsa lain proses evolusi bisness mereka telah bermula dulu lagi sebab persekitaran mereka sudah sedemikian  lama. Sebab tu diorang nampak seolah-olah rajin. Jadi kita terpaksa melalui proses bertatih untuk bersaing dengan mereka.

Dek kerana inilah  aku sangat tak berkenan langsung dengan orang yang menyokong PPMSI nih..Mereka ini hanya mementingkan diri sendiri..


Boleh rujuk tulisan aku pasal PPMSI lagi disini.

http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/08/pbmsi-punya-hal.html
http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/08/pbmsi-punya-halsambungan.html
http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/08/lagi-pasal-pbmsi.html

Maafkan aku kalau pandangan ini tak selari dengan pandangan anda...

No comments:

Post a Comment