Tuesday, April 30, 2013

Pilihanraya...Lamanya 5hb Mei...

Ishh aku dah betul-betul menyampah...mujurlah tempoh berkempen sesudah  parlimen dibubar cuma 15 hari..kalau 21 hari sebagaimana dituntut pembangkang rasa makin mendidih kepala otak dibuatnya. Aku tetap mengatakan PR memang cakap tak serupa bikin...Pantang ada peluang semua perkara nak dijadikan isu. . Penggunaan dakwat kekal sudah dijadikan isu...Dulu puak ini jugak yang  mendesak untuk menggunakannya, ...bila dituruti kemahuan, mereka tetap tidak berpuas hati.. .padahal selama ini penggunaan  pen/pensel sudah memadai.

Pembunuhan orang kuat kastam turut tidak terlepas 'digoreng' walaupun siasatan sedang dijalankan. Penjenayah dan orangramai sekarang semakin berani kerana hukuman semakin longgar hasil permintaan puak mereka juga... Kerajaan pula tunduk dengan desakan mereka...Pelbagai akta yang kononnya membelakangi hak asasi manusia seperti  ISA dimansuhkan..bila indeks jenayah meningkat polis dan kerajaan pula disalahkan...

Aku berpendapat kekadang pemimpin sesebuah kerajaan sedikit sebanyak kena bersikap kuku besi  supaya orang bawahan dapat dijinakkan. Jika terlalu bertolak ansur keadaan semakin sukar dikawal kerana semakin ramai yang besar kepala....Dulu ramai yang membidas sikap Ghadafi, bekas pemimpin Libya, tapi kini ramai yang menghargai sikapnya dulu kerana dapat memakmorkan negara berbanding sekarang..sekejap2 meletup sana, meletup sini ...

Untuk memuaskan hati semua pihak adalah mustahil...Kesah berikut mungkin relevan untuk difikirkan...


Bapa dan Anak bersama seekor kaldai menyusuri 3 kampong..

Situasi pertama di kampung 1

Bapa menunggang kaldai, anak berjalan

Akan ada penduduk kampong yang menuduh si bapa tidak bertimbang rasa terhadap anaknya kerana membiarkan si anak berjalan manakala si bapa bersenang-senang diatas kaldai

Situasi kedua di kampong 2

Mendengar kritikan tersebut maka si bapa menyuruh si anak pula menonggang kaldai..

Pastinyan kedapatan suara-suara sumbang penduduk kampong 2 yang menyoal kewajaran si anak yang masih muda bertenaga membiarkan si tua berpenat lelah berjalan kaki. 'Kurang ajar punya anak..!

Situasi ketiga dikampong 3.

Setelah merasai kritikan dikedua-dua kampong sebelumnya, apabila melalui kampung 3, mereka memutuskan untuk berjalan kaki saja membiarkan kaldai  tanpa berpenunggang.

Pastinya akan ada reaksi sebahagian penduduk kampong 3. 'Apa punya bangang bapak /anak ada kaldai dibiar berlenggang..bukankah elok ditunggang sama-sama atau paling tidak bersilih ganti..!

Ditakdirkan kalau mereka melalui kampong ke 4 dengan kedua-duanya  menunggang kaldai sudah tentu akan ada yang menemplak kerana menyeksa kaldai ..'Hoi takdak hotak ke...! mentang-mentanglah kaldai tu binatang...!


Ish..ishh begitulah adanya selagi sesuatu perkara dipandang dari sudut prejudis...serba serbi tak kena...



Saturday, April 27, 2013

Ramai yang kekal sengkek sesudah pencen...

 Berikut adalah artikel yang aku salin dari wall FB rakan. Sengaja aku salin diblog ini untuk simpanan peribadi disamping dikongsi bersama rakan pembaca...Tersangat sayang jika dibiarkan hilang begitu saja.  Tiadalah benar melainkan benar tulisan dipaparkan...semoga kita mengambil iktibar . Kepada anak-anak muda mulakanlah langkah anda, kepada yang dah berusia, rasanya belum terlambat untuk membetulkan keadaan.

RAMAI YG KURANG PEKA TENTANG PERANCANGAN KEWANGAN

Apabila bercakap tentang persaraan, apakah yang terlintas di fikiran anda? “Ah, aku muda lagi... baru 30 tahun, lama lagi nak bersara. Tak perlu fikir sekarang, tiba masanya nanti barulah aku fikirkan.”

Tahukah anda, kajian FOMCA mendapati 37% pekerja muda mengakui tidak pernah berfikir tentang persediaan untuk persaraan?

Mari kita fikirkan senario ini sejenak. Anda mula bekerja ketika berusia 25 tahun. Dan katakan anda terus bekerja sehingga ke usia persaraan selama 55 tahun. Ini bererti anda punya tempoh menjana pendapatan selama 30 tahun. Tetapi adakah pendapatan yang anda terima selama 30 tahun itu hanya untuk menampung kehidupan anda sepanjang tempoh itu sahaja?

Jawapannya: TIDAK!

Tahukah anda purata jangka hayat manusia kini adalah di sekitar 70 tahun?

Ini bererti sekiranya ditakdirkan panjang usia, anda punya tempoh hidup selama 15 tahun selepas usia persaraan, tanpa sumber pendapatan daripada pekerjaan anda. Katakan anda telah mengamalkan menyimpan 10% daripada pendapatan anda sebelum dibelanjakan.

Katakan purata pendapatan anda adalah RM4000. Anda menyimpan RM400 setiap bulan, dan anda membelanjakan kesemua RM3600 untuk kos sara hidup anda. RM400 sebulan yang dikumpul selama 30 tahun, (400 x 12 x 30) jumlahnya ialah: RM144 000. Wang ini akan anda gunakan untuk menyara kehidupan anda setelah bersara selama 15 tahun.

Ini bererti anda mempunyai RM800 sebulan [144 000 / (12 x 15)] untuk menampung kehidupan anda selepas persaraan. Adakah anda fikir ianya mencukupi, memandangkan anda telah biasa dengan corak gaya hidup RM3600 sebulan?

Mengambilkira Hukum 72, sekiranya kadar inflasi di negara kita adalah pada purata 4% setahun, maka nilai RM800 anda akan hanya mampu menampung corak gaya hidup RM400 sekarang, dalam tempoh 18 tahun lagi. Menakutkan bukan?

Maka, masihkah anda tidak mahu memikirkan tentang perancangan kewangan anda untuk persaraan? Mulakan menyimpan daripada awal. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak wang simpanan anda untuk persaraan. Berusaha untuk mengekalkan corak gaya hidup anda yang sederhana dan tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah.

Thursday, April 25, 2013

Pilihanraya...Yang popular kuat tak semestinya menang...


 Leceh betullah.. pilihanraya punya pasal nak menulis pun seakan takada mood ...buka internet , layaran mesti tertumpu ke arah blog-blog politik tak kiralah blog pro kerajaan  atau pro pembangkang ..Kesudahannya mood nak menulis tajuk selain politik seolah hilang..nak aku ulas bab politik bukannya aku tau sangat...sekadar menggunakan maklumat untuk pertimbangan sendiri bolehlah....

Harini punya entri walaupun cerita pasal bola, kepala ini teruja mengulas dari sudut politik..penangan demam pilihanraya beb hehe.

Berita pagi ni yang aku baca  sungguh mengejutkan...Pasukan pilihan tewas dengan jurang yang besar..Real Madrid tewas 1-4 kepada Borussia Dortmund, kelab dari Jerman...Belek-belek lagi berita.., Barcelona juga tewas 0-4 kepada Bayern Munich, juga kelab dari Jerman. Menilai kepada populariti pasukan yang bertanding, aku rasa dua kelab dari Sepanyol lagi terkenal berbanding kelab dari Jerman kerana sering mendapat tempat berita diruangan akhbar , tak kiralah akhbar digital atau akhbar tradisi....setakat yang aku taulah...Berdasarkan kekuatan yang sering digambarkan seolah kelab dari Sepanyol amat cerah ke Final Liga Juara-Juara dan seterusnya merangkul kejuaraan..Tapi yang menang nampaknya bukan disebabkan kekuatan berdasarkan populariti . Yang lebih popular kuat kekadang lebih kepada gimik...Yang kurang mendapat perhatian  tulah yang buat kerja dan menyerlah tetekala diperlukan...

Segera aku terfikir tentang pilihanraya yang bakal dihadapi, masing-masing dah keluarkan ramalan..dan pihak PR ternyata tersangat konfiden boleh menawan Putrajaya berdasarkan kajiselidik yang mereka lakukan. Keluar statistik peratus kemenangan PR disetiap negeri yang mereka tandingi.. Statistik itu dikongsi dilaman-laman sosial. Yang dipaparkan di billboard pun ada...Rakan-rakan FB PR aku pun tersangat bersemangat membedal kekawan yang tak sekapal dengan mereka..haha

Tak taulah, kita tunggu sesudah 5hb Mei nanti samada kekuatan PR sekarang pun setakat gimik saja...Apapun kita kena terima keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat Malaysia yang layak mengundi...Kalau ditakdirkan PR menang..kena terimalah...Kalau BN menang pulak, puak sana pun kena terima juga...Jgn pulak nanti kata salah SPR..haha....

Wednesday, April 24, 2013

Pilihanraya- Kalaulah ditanya aku lagi...



Bukan aku tak pernah sokong...sebelum ni aku selalu sokong malah berkempen selain kibar bendera dikenderaan semasa nak pergi ke tempat mengundi...Itu dulu, kali ni aku bertekad untuk  berubah angin pulak, bukan kerana anti sesangat dengan parti yang aku sokong dulu, tapi kali ni aku nak undi protes  supaya dia lebih kuat...Dulu aku menyandarkan harapan, tapi sejak dia berkawan dengan DAP dan PKR semua harapan yang aku harapkan terkulai ...Tak perlulah aku perincikan apa harapan aku..kerana harapan aku mungkin berbeza dengan tuan-tuan diluar sana...

Secara peribadi aku merasakan  dia banyak tunduk dengan desakan sekutunya yang dua lagi...dia selalu menjadi melukut ditepi gantang...Sekutu dia yang aku sangat tak suka pulak menjadi lebih dominan. Dalam banyak hal sekutu dia lagi kedepan. Pendirian mereka digunapakai. Walaupun secara terang-terangan sekutu mereka menolak islam tapi demi kuasa mereka berpakat. Pelbagai hujah dikemukakan untuk menghalalkan kesepakatan mereka...

Demi kuasa juga, serigala-serigala ini sanggup bertopengkan bebiri, dan malangnya ramai yang terpesona...Mereka lebih dipercayai berbanding rakan seagama dari parti yang berbeza... Memang kawan-kawan sebelah sana selalu juga berhujah sekutu sebelah sini bukannya baik bahkan banyak juga menentang  islam. Tapi aku kena buat pilihan.. Diantara dua yang memudaratkan lebih baik aku pilih yang kurang memudaratkan..dan hati kecil aku berkata PR bukan pilihan aku kali ini......Sembang-sembang aku dengan salah sorang ahli strategi mereka yang berubah arah mengiyakan apa yang aku sangsikan selama ini...Bahaya jika mereka beroleh kuasa...Lainkalilah....

Thursday, April 18, 2013

Homestay Rawang-Promosi..promosi..promosi..!



Selama ini ramai yang mengenali homestay kami melalui internet atau melalui mulut ke mulut. Sehinggakan ramai penduduk setempat tidak mengetahui kewujudan homestay tersebut. Persoalan aso dan rakan-rakan berjogging yang tertanya-tanya  kehadiran tetamu berbeza saban minggu diharap terjawab dengan pemasangan banner mini ini dipagar homestay kami...hehe tak sangka rupanya ramai penduduk tempatan memerlukan penginapan seperti ini.


Wakaf bersantai turut disediakan...



Jangan risau dengan kenderaan anda..kawasan parking luas...


Demam pilihanraya beb..Banner yang dipasang tenggelam dengan banner partai...Petugas-petugas atau pengundi-pengundi luar jika memerlukan penginapan disini jangan lupa hubungi kami...

Untuk memudahkan penduduk setempat menghubungi kami sekiranya memerlukan  kemudahan penginapan bolehlah berhubung ditalian telifon yang kami pamerkan di ruangan iklan  Masjid Cahaya Iman Bdr Country Homes.



 Homestay yang bakal dibuka

Sebagai mana dipamerkan diruangan sebelah kanan atas blog ini...1 unit Banglow dan sebuah apartmen ditawarkan ketika ini ...Namun sebelum pertengahan tahun ini sebuah lagi homestay akan dibuka di Bandar Tasik Puteri. Apartmen terletak ditingkat satu deretan rumah kedai  baru saja diperolehi melalui lelongan awam dan kini  dalam proses ubah suai. Selain penduduk setempat diharap orang luar turut bermanfaat untuk pelbagai tujuan . Sesiapa yang mempunyai ahli keluarga menuntut atau berkerja  di UiTM Puncak Alam atau Unisel Berjuntai Bestari yang kesukaran mendapatkan tempat penginapan bolehlah menginap di homestay kami. Tempoh perjalanan ke sana hanya mengambil masa 30 minit...

Pasaran homestay ini nampaknya lebih kepada penginapan hujung minggu. Persepsi orang ramai homestay adalah penginapan keluarga dan tidak dibuka kepada pengunjung solo. Pengunjung hari biasa tersangatlah kurang. Untuk menggalakkan pengunjung sendirian turut menempah dihari biasa, kami  menawarkan bilik serendah RM 50 semalam. Untuk bilik terpilih lah yea...

Tempahan boleh dibuat sekarang bergantung kepada kekosongan...

Wednesday, April 17, 2013

Kapchai yang berubah wajah...

Kurang berjaya  dalam bidang pelajaran tidak bermakna gelap masa depan. .  Setiap seorang mempunyai kelebihan berbeza. Bagi yang berjaya dalam pelajaran cara peroleh rezeki mereka mungkin berbeza dengan orang yang kurang cemerlang dalam pelajaran. .Rezeki di dunia ini cukup luas dan pelbagai. Sebagaimana pokok-pokok yang berbeza spesis  walaupun tumbuh ditempat yang sama keperluan makanan adalah berbeza. Keperluan berbeza  membolehkan pokok hidup subur kerana tidak perlu bersaing menyerap zat makanan yang sama. Begitulah maha hebatnya ciptaan Allah. Masing-masing mempunyai rezeki melalui cara yang berbeza.




Beginilah hasil kreativiti kawan aku...Kapchai lama bertranformasi  motorcross...walaupun belum siap sepenuhnya, sudah terserlah keanggunannya...

Walaupun kurang menjadi dalam pelajaran dulu, tapi hasil tangan dan kreativiti beliau sangat menjadi dan mengkagumkan. Beliau yang membuka bengkel di kampong mampu pergi jauh sekiranya diberi pendedahan untuk mengeksploitasi kebolehan yang ada...Segera teringat ungkapan sahabat handai di FB..Bukankah anak-anak yang belajar bercakap perlu berada bersama orang yang bercakap, anak-anak kecil yang bertatih perlu berada disekeliling orang yang pandai berjalan...begitulah seterusnya...Maka jika ingin menjadi manusia hebat perlu berdamping dengan orang-orang hebat juga...Tak akan menjadi jika ingin  hebat tapi bergaul dengan golongan yang pesimis...Pergh memang tersangat betullah ungkapan itu...

Ada sesiapa nak tolak kapchai lama kepada aku...haha...



Monday, April 15, 2013

Bila imam keuzuran....

Selalunya dalam apa saja upacara  keagamaan hanya Tok imam yang dilantik akan mengetuai  majlis seperti kenduri tahlil, kenduri kesyukuran atau mengimami sembahyang dsb. Mengimami sembahyang fardu mungkin boleh tahan lagi, ramai yang sanggup ke hadapan...Bagaimana dengan pengurusan atau mengimami solat jenazah?....Kalau di taman-taman perumahan bandar mudahlah sikit kerana selalunya terdapat Imam 1 imam 2 , imam 3 dan ramai lagi yang berkelayakan untuk memimpin majlis sebegini ....Namun sering kali terjadi  keuzuran/aral melintang  terhadap orang-orang penting ini...Dikampung-kampung situasi ini lebih kritikal .! Tak ramai yang sanggup kehadapan. Apa nak buat...? Orang ni tolak orang itu.., masing-masing cuba mengelak bila ditawarkan untuk memimpin majlis...Sungguh, jika kita tidak biasa dan cuba membiasakan diri memimpin upacara sebegini ternyata akan bergementar dan berpeluh andainya kita terpaksa kehadapan memimpin majlis disebabkan ketiadaan orang penting itu...

Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini...? Jom kita belajar dan hantar anak-anak kita  belajar al Quran juga doa-doa. Sesiapa yang telah menghantar anak-anak ke tahfiz-tahfiz..tahniah dan bersyukurlah...Mana anak-anak lepasan SPM yang sedang menanti keputusan kemasukan ke institusi pengajian tinggi jom kita kerah mereka menjadi pelapis yang boleh kehadapan dalam situasi begini...Semoga ada juga wakil yang akan kehadapan memimpin majlis sekiranya perkara sama berulang...Harap-harap tiadalah majlis dibatalkan dek kerana  tiada orang yang sanggup kehadapan gara-gara ketiadaan imam....huhu

Thursday, April 11, 2013

Pilihanraya- Sindrom Holier than Thou...

Ingatkan nak melupakan sementara  mengomel perihal politik nih, memandangkan pihak anonymous mengulas tulisan aku terdahulu..terpanggil pulak menulis lagi...

Sindrom 'Holier than Thou' memang tidak dapat dipisahkan dengan pendokong tegar PR. Apa saja yang tidak sealiran dengan mereka pasti kena belasah kaw-kaw...Setiap perkara mesti dilihat menurut perspektif mereka. Yang bertentangan semua tidak betul, bodoh bangang , hanya terkongkong dengan bacaan pihak pemerintah dan macam-macam pertuduhan lagi...Tapi yang aku hairan bila perkara sama terkena batang tubuh sendiri, pandai pulak mencari dalil untuk membetulkan segala tindakan mereka.. ...Bila dituduh mereka mengamalkan nepotisma mengumpulkan anak beranak dalam  parti, dibawa hujah selagi berkelayakan tidak mengapa...Dihujahkan lagi, Anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail pun turut menjadi Nabi kerana beliau sememangnya layak...Aku pun berpendapat sedemikian sekiranya layak apa salahnya memegang posisi dalam parti, kenapa mesti dibazirkan kebolehan individu...Masalahnya pihak sana hanya ingin mengakui kehebatan diri sendiri dan menidakkan kebolehan orang lain dengan pelbagai tuduhan...

Bila ditanya mengapa SelangorKini ataupun Buletian Mutiara yang menggunakan wang rakyat  diedarkan secara percuma hanya menceritakan kebaikan PR dan memburukkan pihak lawan sedangkan merekalah juara menuduh pihak pemerintah mengawal media massa dijawab selamba untuk membetulkan fakta putar belit pihak lawan....Ish ish yang tidak sealiran semuanya auta .. Kita tidak menafikan kerajaan sedia ada tidak sempurna, dan perlu penambahbaikan dari masa ke semasa...dan pastinya dipihak sana juga tidak bebas dari kesalahan. Isunya ialah mengapa bila diri sendiri buat semuanya betul dan apa saja tindakan orang lain  semuanya salah...? Cakap tak serupa bikin

Disebabkan taksub dan ego perkara yang secara terangan sepatutnya betul turut dikatakan salah...Seperti biasa akan dibawak hujah dan dalil untuk membetulkan tindakan mereka...Ini yang aku tersangat menyampah...Aku berpendapat sebagai orang islam sepatutnya sama-sama  mempertahan kesucian nama Allah dari digunakan oleh orang bukan islam. Kita bimbang sekiranya kebenaran itu dipersetujui secara rasmi akan disalah gunakan dan mendatangkan pelbagai fitnah.... Sebahagian cerdik pandai dikalangan mereka turut berbeza pendapat dan  menentang penggunaan kalimah Allah itu oleh bukan islam...Adakah mereka tidak rasional atau goblok......Dek kerana ego ingin kelihatan berbeza ideologi, penyokong tegar lebih gemar mencari keburukan pihak lain berbanding persamaan. Kenapa tidak diambil kesempatan ini untuk memperbetulkan kesilapan dan sama-sama  berdiri teguh mempertahankan kesucian agama dan mengapa perlu diungkit kesilapan pihak lawan...


Argh tak taulah labu-labu....










Wednesday, April 10, 2013

Bila warga emas berpasangan lagi...

Lupakan dululah tulisan pasal politik. Ingin menulis lebih-lebih bukannya aku terer sangat bab politik..menulis sekadar menyatakan apa yang tersirat dihati...Kalau ada yang mengulas  tulisan-tulisan aku terimakasihlah yea..Aku menjawab menurut kemampuan dan pemahaman aku, kalau ulasan yang diterima tersangat tinggi ilmunya tak berani aku untuk menjawab kerana kejahilan diri ini...Sebagaimana aku katakan terdahulu, idealnya memang kita inginkan semua orang sependapat dengan kita, tapi itu mustahil kerana setiap apa yang dijadikan didunia ini adalah berpasang-pasangan..ada kiri, ada kanan, ada depan ada belakang, ada betul ada salah..ada penyokong parti A ada penyokong parti B dsb..Kita mengharapkan kita sentiasa dibawah keampunan dan rahmat Allah...

Hari ini aku ingin berkongsi pendapat adakah wajar terutama anak-anak menghalang kehendak ibu atau bapa warga emas untuk mencari teman hidup lagi setelah masing-masing kehilangan pasangan samada disebabkan kematian atau perceraian...

Aku setuju dan sangat terkilan jika ada anak-anak menghalang hasrat mereka. Hasrat mereka untuk berpasangan  lebih kepada mengubati kesunyian sebenarnya. Ada teman untuk berbicara, ada pasangan untuk bergurau senda atau berkongsi masalah atau mungkin gaduh-gaduh juga..Argh biarkanlah..Lebih-lebih zaman sekarang, anak-anak tinggal berjauhan dengan ibu/bapa .  Tak percaya lihatlah bila pulang ke kampung nanti, berapa ramai warga-warga emas yang tinggal bersendirian tanpa teman...adakah tergamak kita membiarkan mereka kesunyian.... Berapa kerap anak-anak menziarahi mereka...Jika ada pun mungkin  di hujung-hujung minggu, bagaimana dengan hari-hari biasa... Aku percaya ramai anak-anak mempelawa ibu/bapa untuk tinggal bersama...Sebagaimana kita yang tidak betah tinggal di rumah orang lain, begitulah mereka yang tak betah hatta tinggal dirumah anak-anak sendiri. Mereka memilih duduk bersendirian jadi jika ada yang sudi untuk menjadi pasangan masing-masing.., anak-anak bersyukurlah...jangan dihalang hasrat mereka... raikan hari bahagia mereka..Sesibuk mana pulanglah...Hidup ibarat roda, jika hari ini hari mereka, hari kita akan datang jua jika panjang umur...





Monday, April 8, 2013

Pilihanraya-Ibarat ludah kahak ke langit 2...

Setelah mendapat kuasa nanti, antara tindakan terawal yang akan diambil oleh PR adalah membatalkan kontrak SapuraKenchana dengan Petronas bernilai 836mil atas alasan kronisma disebabkan Tun Mahathir adalah Penasihat Petronas manakala Mokhzani adalah pemagang saham Sapura Kenchana...Walhal kontrak tersebut diperolehi melalui tender terbuka...Pihak SapuraKenchana, syarikat carigali minyak yang menduduki 'top five world-largest intergrated oil & Gas services and solution' sepatutnya  menyaman pihak yang mempersoalkan intergriti syarikat itu dalam memperolehi kontrak.

Pelbagai tekanan mungkin turut dikenakan ke atas syarikat-syarikat dibawah pegangan Syed Mokhtar atas alasan kronisma juga...Sibuk dicanang sana sini mereka memperolehi kekayaan hasil hubungan mesra dengan pihak pemerintah...yang aku hairan kenapa individu-individu/syarikat ini saja yang sering menjadi sasaran , bukankah  individu lain  turut tersenarai  dan lebih lama  menduduki carta antara orang terkaya Malaysia...?

Korang agaklah yea adakah mereka akan mendapat kontrak sekiranya PR mengambilalih pucuk pimpinan nanti walaupun mereka menawarkan pakej terbaik melalui persaingan terbuka. Aku skeptikal..Dendam politik akan menghalang itu semua......Ketika itu sesiapa yang mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tetekala itu akan memperolehi merit. Berlawanan dengan laungan tiada kronisma, tiada nepotisma dll.

Belum pun tempoh satu penggal mereka berkuasa di Selangor, sudah diperkenalkan peraturan, setiap pihak yang ingin membida kerja kerajaan negeri perlu mendaftar dan mendapat sokongan ADUN parti pemerintah...bukankah ini   kronisma dan nepotisma...? Bagi pihak yang tidak dikenali, peduli apa dengan peraturan itu...bagaimana dengan syarikat yang aku nyatakan diatas..adakah mereka layak dipertimbangkan untuk mendaftar? ....Haha korang fikirlah sendiri...




Friday, April 5, 2013

Pilihanraya-Ibarat meludah kahak ke langit...

Perkataan yang paling banyak disebut di kala ini adalah zalim, kroni, rasuah...teramatlah zalim kerajaan yang ada sehingga disamatarafkan dengan kerajaan Firaun...Fuyoo... By hook or by crook mesti ditumbangkan...begitulah tahap kebencian , seolah tiada langsung kebaikan pihak sebelah sini...atau terlalu maksum puak sebelah sana

Aku percaya persepsi ini akan segera berubah tetakala mereka berjaya mendapat kuasa, Ketika itu tindak tanduk yang dituduh tidak betul mungkin sudah menjadi sebahagian amalan dan pelbagai hujah dikemukakan untuk membenarkan segala tindakan mereka...

Atas pertimbangan  nasional, syarikat gergasi yang hampir muflis terpaksa dibantu atau di 'Bail out'. Semasa belum memperoleh kuasa, kita percaya pihak yang menentang akan mencanangkan bahwa ini semua  adalah kronisma untuk menyelamatkan individu tertentu. Walhal tindakan ini terpaksa diambil untuk menyelamatkan banyak pihak dari terjebak kekancah muflis..seperti pekerja-pekerja yang akan hilang mata pencarian, menyelamatkan pemegang-pemegang saham yang mungkin terdiri dari glc-glc itu sendiri dsb.. ..Rantaian masalah yang bakal dihadapi tersangatlah hebat dan atas pertimbangan itu pihak pemerintah terpaksa campur tangan untuk menangani kesan runtuhan. Sebagai contoh Kerajaan AS terpaksa membantu Syarikat General Motor dari terus gulung tikar, .dan campur tangan itu ternyata menunjukkan kesan positif....

Aku percaya tindakan Kerajaan Selangor  membeli hutang Talam mungkin juga atas pertimbangan nasional .Apakah persepsi mereka tetekala ini...? Adakah sama sebagai mana sebelum memperolehi kuasa ? Dimana laungan kronisma, rasuah, zalim dsbnya..?.

Begitu juga dengan lantikan-lantikan syarikat untuk tender-tender tertentu....bergema laungan kronisma sana kronisma sini seolah-olah mereka tersangat tulus dan maksum dari kesilapan...Bila ada pembaca memberi komen kerajaan PR menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai usaha membendung amalan kronisma dan rasuah demi rakyat aku sangat skeptikal...Aku yakin tindakan itu lebih kepada dendam politik....Perkataan rakyat hanya dijadikan tempelan untuk membungkus dendam yang tak sudah...Bila kuasa ditangan , perkara yang dituduh tidak betul turut sama dilakukan ...Cadangan Pembinaan trowong dasar laut bertol di Pulau Pinang, syarikat mana yang memperolehi..?, beberapa lama pengalaman dimiliki, berapa modal berbayar...? mana dia tender terbuka dsb...Kenapa dikenakan TOL..? Dulu semasa syarikat UEM di anugerahkan pembinaan Lebuhraya PLUS, bergegak gempita satu dunia mempersoalkan kewajaran perlantikan itu atas alasan tiada pengalaman, syarikat baru, bermodal kecil dsb. Kronisma terus dicanangkan...Kini bila terkena batang hidung, pandai pulak merekacipta alasan untuk menegakkan benang basah...

Sebab itu tak perlulah  terpedaya dengan retorik politik.. . Mereka gunakan kesempatan ini untuk memancing undi ....tak lebih dari itu... Oleh itu fikir-fikirkanlah...

Thursday, April 4, 2013

Pilihanraya...Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Mood pilihanraya.....Demam pilihanraya..Status laman sosial dipenuhi dengan sentimen pilihanraya...ramai yang jadi penganalisa politik...hehe

Masing-masing nampaknya amat ringan mulut mengeluarkan kata-kata kurang elok terhadap orang yang tidak sehaluan dengannya...Idealnya memang kita menginginkan orang lain bersependapat dengan kita kerana  merasakan kitalah yang paling betul..hakikatnya setiap individu mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu perkara...

Dalam kes judi dan arak yang selalu dilaung-laungkan oleh pihak sana ..aku juga mempunyai persepsi berbeza terhadap apa yang mereka dakwa. Adakah benar kerajaan PR langsung tidak mempunyai kuasa bertindak walaupun lesen judi dan arak dikeluarkan  kerajaan persekutuan... Atau sekadar beralasan untuk mengelak dari melaksanakan retorik pilihanraya. Sekadar perbandingan...Projek Loji Air langat 2 diluluskan kerajaan persekutuan..dan pembinaan terowong untuk menyalurkan air dari Sg Pahang sudah hampir 80 peratus siap sedangkan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat masih gagal dilaksanakan kerana kerajaan PR menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang pembinaan itu... iltizam politik mengatasi kekangan yang ada...boleh pulak mereka bertindak  dengan menggunakan sedikit  kuasa yang ada...

Berbalik dengan judi dan arak, kerajaan PR boleh bertindak sebenarnya namun memilih untuk mengelentong orang ramai konon keterbatasan kuasa yang dimiliki...Tunggu sehingga menakluk Putrajaya...Hampir setiap kali ceramah perkara sama didendangkan..namun tiada tindakan  diambil walaupun mampu berbuat demikian. Kilang-kilang, kedai arak , kedai 4 no ekor, toto tetap beroperasi dinegeri yang mereka kuasai berbeza dengan retorik politik untuk memancing undi... ..Tak taulah samada parti yang aku pangkah dulu didengari suara mereka atau terpaksa beralah dengan pihak sekutu...Ini yang membuat aku merajuk hati.....Kita sandarkan undi, orang lain yang lebih gah memanipulasi kuasa..Bukankah lesen premis perniagaan dibawah PBT dan kerajaan -kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mereka..?

Aku skeptikal andainya mereka menakluk Putrajaya. Adakah laungan untuk menghapuskan judi dan arak masih kedengaran atau lenyap begitu saja..Barangkali tetap beralasan keterbatasan kuasa dimiliki juga...Mungkin masa itu beralasan.".kami terikat dengan protokol antarabangsa...kami tak boleh bertindak terhadap pelabur asing dsb yang telah melabur disini..ini adalah kesalahan kerajaan terdahulu"

Argh sudah...!  Pusing-pusing sama daaa....!

.





























Wednesday, April 3, 2013

Pilihanraya- Benarkah undi anda rahsia...?

Undi tidak pernah rahsia..dalam setiap kertas undi terdapat no siri...pilihan pengundi boleh diketahui dengan membandingkan no siri dikertas undi...itu dulu, kini  dalam dunia digital tak perlu berselidik sedemikian rupa, perdebatan terbuka dilaman-laman sosial membolehkan kita mengetahui  seseorang itu condong ke arah mana...

Pilihan adalah hak individu...idealnya kita inginkan semua orang menurut kemahuan kita tapi itu mustahil...masing-masing sudah mempunyai pilihan kecuali segelintir. Adalah membuang masa berhujah dengan golongan yang telah membuat pilihan...kering air liur belum tentu hujah boleh diterima...bagaimana agaknya seseorang membuat pilihan...Bagi aku pengalaman boleh merubah pendirian sesorang...

Tidak salah untuk bereksperimen kerana itu akan mematangkan pengalaman.Pengalaman akan mengajar seseorang untuk menyedari kesilapan. ...Pengalaman boleh menilai janji dan harapan...Pengalaman adalah hakim ...Pengalaman silam boleh dijadikan neraca untuk membuat pilihan terkini...

Aku tidak terkecuali ...pengalaman dan harapan terdahulu tidak sebagaimana yang aku harapkan. Paling aku tak suka, parti yang aku pangkah selalu mengalah dalam segala hal hatta yang melibatkan hal ehwal orang islam....undi yang aku  sandarkan menjadikan sekutu bertambah rakus dan angkuh...Parti yang aku harapkan  belum bersedia untuk jadi dominan...Sementara mereka menyiapkan diri lebih perkasa, pilihanraya kali ini aku ingin mengubah haluan...Setelah aku timbang-timbang ternyata PR bukan pilihan aku...

Haha undi bukan lagi rahsia...



Monday, April 1, 2013

Bila Cuti Sekolah Berakhir....

Hampir semua destinasi sesak semalam. Kalau di Melaka, nak masuk tol Ayer Keroh sepanjang 6 km bersusun kereta...Kenderaan banyak diburukkan dengan lampu isyarat  yang juga banyak. Tempoh menunggu lampu merah pula sangat panjang 199 saat...! Masuk lebuhraya lega sekejap, bermula dari Pedas/Linggi sehinggalah jalan susur ELITE/KLIA kenderaan bertali arus..Kawasan R n R dipenuhi ramai manusia..Nak melepaskan hajat , terpaksa beratur ditandas-tandas..anak-anak kecil yang tak tahan selamba melepaskan hajat ditepi jalan...

Aku berpeluang ke utara juga..Jalan menuju utara lapang, tapi jalan menuju ke KL bermula dari Tg Malim kenderaan bergerak macam siput...lebih banyak menekan brek berbanding tekan minyak...Yang tak sabar ramai yang memotong barisan guna lorong kecemasan.

Nampaknya pihak Plus kena buat jadual perjalanan setiap kali cuti persekolahan bermula atau berakhir sepertimana dimusim perayaan ...Lebuhraya sekarang sudah tak mampu menampung pertambahan kenderaan. Walaupun ada usaha melebarkan lebuhraya, aku yakin 2 tahun saja mampu memberi kelegaan, sesudah itu berbalik kepada asal..Membayar tol untuk menempuh kesesakan...Kerajaan-kerajaan negeri kena juga memikirkan untuk menambah baik sistem pengangkutan di kawasan tumpuan. Kalau di Melaka tu dipercepatkanlah pembinaan tram atau LRT sekeliling Melaka...Tak besar mana pun negeri Melaka tu...Setiap hujung minggu Bandar Melaka akan mengalami kesesakan dek kerana ramainya pengunjung bertandang ke sana...

Kesesakan semalam disamping ramai yang pulang ke kediaman masing-masing  sesudah bercuti, ramai  ibubapa menghantar anak-anak pulang ke asrama. Salah sorang ibubapa yang aku temui di MRSM Trolak  Perak, memberitahu terperangkap dengan kesesakan di sepanjang lebuhraya dari Jitra yang sepatutnya mengambil masa kurang 5 jam, tetapi melebihi 7 jam semalam. Aku tak berkesempatan menanya ibubapa yang menghantar anak di MRSM Jasin, Melaka, jam berapa mereka bertolak untuk menyampaikan ke sekolah jam 12 tengahhari....kebanyakkan kereta yang ada di perkarangan asrama berpletkan no jauh .. utara, selatan bahkan negeri-negeri di Pantai Timur...

Walaupun bagus pergerakan pelajar asrama merentasi negeri-negeri untuk pergaulan dan pendedahan, kesesakan jalanraya adalah antara kesan yang terpaksa ditanggung setiap kali sessi persekolahan bermula.

Duduk sebentar disurau asrama...Sejuk melihat anak-anak tanpa dipantau warden, membuat pelbagai aktiviti seperti, berselawat, mengaji dan bertazkirah sesama mereka...Rasa berbaloi berpisah dengan anak-anak melihat kepada cara mereka membawa diri ...Yea walaupun mungkin tidak semua tapi diharap sebahagian besar pelajar betul-betul jadi ORANG bila tamat pengajian kelak..Amin