click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, February 24, 2012

Royal Enfield kini kembali...


Selalu orang memberi komen kepada mat-mat motor..tak sayang ke berhabis duit beli kenderaan yang hanya boleh naik dua orang..? dah tu pulak bila hujan terpaksa berteduh di bawah jambatan..kesihan..tetapi tahukah anda untuk komen pertama tu rasanya kurang relevan sebab kebanyakkan yang beli motor ni biasanya memiliki kenderaan famili lain. Orangramai sepatutnya berterimakasih kepada mat-mat motor kerana tanpa pengorbanan mereka , akan bertambah parahlah kesesakan jalanraya apabila masing-masing memandu kereta untuk ke sesuatu destinasi.

Tayar motor aku hanya mampu bertahan sehingga 18000km, perlu ditukar baru.

Sekiranya minyak murah, kesesakan tiada, guna lebuhraya percuma, aku pun akan memilih berkereta ke mana-mana.,,syiok duduk dalam aircond..Naik motor ni dahlah panas, resiko kemalangan tinggi, penyelenggaraan tak berapa murah ( kecuali motor kecik) dsb, tapi bila dah timbang-timbang bermotor lebih menjimatkan masa juga penjimatan kewangan maka kami tolak tepi masalah panas, hujan, berisiko dsb.

Ramai berpendapat bermotorsikal ni berbahaya..memang tak dinafikan, tapi tahukah anda risiko kemalangan ada dimana-mana, kalau memang nak terjadi sesuatu bencana dalam tidur pun boleh berlaku kemalangan. Jadi tak payahlah fikir yang bukan-bukan tentang nasib diri, yang kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi..Paling penting terapkan tunggangan yang selamat dan selebihnya bertawakal.

Jomlah bermotor seperti kami..ha ha..Cuba korang congak ok, berapa banyak duit minyak, duit tol duit parking dll yang korang boleh jimat..duit yang diselamatkan disini boleh korang guna untuk perkara lain seperti melahap makanan yang korang inginkan..kesihan aku tengok ramai orang sanggup mengikat perut untuk membeli makanan diingini semata-mata reserve duit untuk mengayakan tauke stesen minyak, operator lebuhraya juga pengusaha parkir kenderaan... Berdenyut kepala hotak aku bila sesekali bawak kereta.. terasa betul duit keluar.. asyik-asyik turunkan cermin kereta bayar tol.., tol lagi..., tol lagiii..! issh bawak 50 ringgit macam takda nilai dizaman ini bila berkereta ...lagi sakit hati, bayar tetap bayar walaupun jalan mengesot-ngesot macam siput...Apa barang...!

Amacam kalau korang sambar motor-motor klasik macam ni..Foto atas ehsan Big Bike Shop pengimport tunggal motor Royal Enfield ke Malaysia..pilih jangan tak pilih...!

Bullet 350..RM30557 OTR


Bullet 500 RM41889.45


Bullet 500

Bullet 350..

Ha ha..kalau berkenan telefonlah sendiri jurujual 03 89449822, email:  thebigbikeshop10@yahoo.com...cakap dengan Pak Berahim atau En Fadil...aku tolong promosi saja..

25 comments:

  1. Adoi.. benar-benar menguji kesabaran ni :D

    ReplyDelete
  2. apa susah nif, no telefon pun ada, email pun ada..terus saja berhubung dgn jurujual...

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara Kang Latep

    Info yang menarik mengenai Moto Royal Enfield..Moto memang cantik.Bunyi best. Saya sekarang bekerja di India (Calcutta, West Bengal). Boleh katakan hari2 nampak Royal Enfield. Boss saya pun dah beli dari India 2nd Hand model Bullet 350 dgn harga lebih kurang RM3k (moto usia 20 tahun, kick starter, gear disebelah kanan dan brake disebelah kiri)..kami dismantled moto tersebut dan bawak part sikit2 masuk M'sia naik flight..enjin saja hantar melalui kapal laut.
    Cuma sekarang ni boss saya tgh carik geran Royal Enfield nak diendorsekan ke jpj utk registration..
    Bagi pendapat saya, Royal Enfield dgn harga diatas adalah cukup berbaloi dgn motornya.

    Regards
    Zulfahmy Kamal Zahari

    ReplyDelete
  4. Tkasih en Zulfahmy kerana sudi menjenguk dan meninggalkan komen disini...he he..sekarang ni dah ada pengimport di malaysia, bolehlah dapatkan yang baru dan tak perlu baraikan enjin...

    ReplyDelete
  5. Royal Enfield ada kat Malaysia??? rege dah cantik... lepas ni siapa berangan nak pakai Harley...boleh tukar pakai RE... bunyi dah hampir sama dengan HD......

    ReplyDelete
  6. Sdr faizal,menurut jurujual big bike shop, permintaan RE macam pisang goreng panas...

    ReplyDelete
  7. salam bro , saya baru angkat RE Bullet 500 model 1996 . masih mencari bengkel yang boleh mantain motor ini d sekitar KL. TK.

    ReplyDelete
  8. salam bro , saya baru angkat RE Bullet 500 model 1996 . masih mencari bengkel yang boleh mantain motor ini d sekitar KL. TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che ritz, kalau di KL terus saja ke bengkel pengedar rasmi RE di Puchong Gateaway...Dari Putrajaya sbl tol menghala puchong sebelah kanan. U akan jmp esso mobil, kiri dan petronas kanan. Big bike shop sebaris dgn Chear motorad. atau kontek saja en ibrahim big bike shop 03 89449822..

      Delete
  9. Saya dah layan superbikes...dan layan tour sampai ke loas &1098 corner...tetiba kena virus RE ni...jiwa jadi kacau jap...ada masa saya nak puchong...merisik...dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan Jaipro..jgn tak layan...selera bertukar seiring dengan peningkatan usia..ha ha..

      Delete
  10. Saya dah layan superbikes...dan layan tour sampai ke loas &1098 corner...tetiba kena virus RE ni...jiwa jadi kacau jap...ada masa saya nak puchong...merisik...dulu...

    ReplyDelete
  11. Saya dah layan superbikes...dan layan tour sampai ke loas &1098 corner...tetiba kena virus RE ni...jiwa jadi kacau jap...ada masa saya nak puchong...merisik...dulu...

    ReplyDelete
  12. Saya dah layan superbikes...dan layan tour sampai ke loas &1098 corner...tetiba kena virus RE ni...jiwa jadi kacau jap...ada masa saya nak puchong...merisik...dulu...

    ReplyDelete
  13. fuhh,...memang cantik & kemas.......amat berminat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan bro...jgn tak layan..! berkenan sambar segera sebelum idaman hati jadi milik orang..lama nak menunggu stok baru

      Delete
  14. Nice post bro! Will check up Big Bike Shop soon insh Allah..
    bley test ride ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he..semakin ramai yang meminati motor klasik...boleh saja test ride sdr denn...jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang..stok terhad bro..ha ha..

      Delete
  15. Cam sedap je body bullet 500 tu.

    ReplyDelete
  16. royal enfield classic battle green xde ehh kat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti plak cik Nurihah seeloknya terus ke showroom di Puchong Gateway atau telefon jurujual ditalian 03 89449822, email: thebigbikeshop10@yahoo.com...cakap dengan Pak Berahim

      Delete
    2. spare parts ada juai ka itu..sbab sblm ni saya cari spare part melalui e bay..

      Delete
    3. n..buleh join club ka bro

      Delete
  17. bro..mcm mano nak join club nih

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK