click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, December 24, 2012

Jom Ayutayya-Lawatan singkat Koh Samui


Kembara Hari ke 3












                            

 Pemandangan di lorong penginapan The Fishermen's Village. Walaupun lorong-lorong sempit tapi persekitaran yang bersih menceriakan sausana...




Sepatutnya 2 malam diperuntukkan di Koh Samui..memandangkan tiada lokasi menarik boleh dilawati maka keesokan hari segera berkemas untuk menuju destinasi seterusnya. Semasa di sini bertembung dengan 2 buah bas berpletkan no Malaysia dan bertemu pasangan muda dari Sungai Buloh Selangor semasa menikmati juadah malam digerai muslim berhadapan Bangkok Hospital...Mereka  turut berkonvoi dengan 3 buah kereta bersama ahli keluarga lain.

Bila datang berfamili memang kena peruntukkan pelan A, Pelan B, C dsb.. Jadual yang disediakan jarang boleh diikuti..Suruh bersiap awal, memanjang terkeluar waktu diperuntukkan...bukannya sibuk menikmati pemandangan, tapi berlingkar diatas katil. Sepatutnya jam 8 pagi  keluar rumah penginapan untuk menaiki feri jam 9 pagi,  terlajak jam 10 baru keluar. Bukan itu saja sebelum tiba di terminal menyinggah lagi ke destinasi perkampungan orang islam dan kawasan rekreasi bergajah...Hasrat menonggang gajah dipendamkan walaupun anak kecil kawan  beriya benar ingin menonggang....Tiket menonggang adalah mahal dalam 700 baht...Lagipun kami akan ke Chiangmai, elok saja menonggang disana.




 Lorong menuju perkampungan orang islam...Mendapatkan makanan halal di pulau tiada masalah...ramai peniaga dari patani berniaga disini..terdapat juga masjid diperkampungan ini..


                           

Biasalah lawatan ke pulau..pusing-pusing jumpa tempat sama...argh tak maulah menghabiskan masa di sini lebih baik balik segera ke tanah besar untuk distinasi berikutnya...anak-anak pun dah merungut.

."Tak rasa macam bercuti pun..." Aku pun tak taulah bercuti yang macamana yang anak-anak remaja inginkan...


Sampai diterminal hanya dapat slot jam 2 petang menaiki feri ke tanah besar...

Jam 4 petang tiba di terminal feri Donsak. Terus saja bergerak ke distinasi berikutnya...Huahin, jarak perjalanan dalam 600km.. Namun hasrat itu terpaksa dipadamkan apabila  mata tidak mengizinkan. Jam pula sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Kami menginap di Prachuap Khirikhan berjarak 100 km lagi ke Huahin. Kos penginapan sebilik 480 Baht.

Jarak perjalanan hari ini. 470 KM

 Lagi foto di Koh Samui boleh diakses disini..

2 comments:

  1. saya teringin sangat untuk mengembara begitu menggunakan kenderaan sendiri. adakah ianya selamat? kita patut buat persatuan pegembara lah macam ni. mudah kita cari geng untuk mengembara...

    ReplyDelete
  2. UmmiF, tkasih krn sudi melawat disini dan maaf krn lambat membalas..sy mengembara bermotor ke pnom penh..kebanyakan negara adalah selamat utk dilawati skrg..cuma kena buat sedikit kajian sebelum memulakan kembara..ikuti coretan kembara kemboja dlm entry akan dtg..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK