click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 31, 2011

Kau betul, kau salah.. kedua-duanya kau kalah...

Kes 1.


Kes 2..Mangsa ?, aku pun konfius macam bangla pun ada..,macam india pun ada ...

 Myvi ni amoi yang bawak...bila ramai bagitau mamat motor yang salah, timbul juga rasa simpati pada dia, bumper myvi pecah..tapi bila aku cuba dengar cerita dari pihak dia dah cakap tinggi suara dan mencarut.., erm wa terus blaah angkat kaki...menyampah..! harap muka je cantik...

Dua senario berbeza tapi hasil yang serupa. Mangsa motorsikal tergolek dan tercedera mengalami patah kaki barangkali kerana kedua-dua mangsa terpaksa diusung untuk di bawa ke kelinik.

Dua foto di bawah adalah kemalangan yang sempat aku tangkap pagi tadi 31 Mac 2011-Kes 2, manakala gambar teratas sekali-Kes 1, telah beberapa hari tersimpan dalam galeri handphone aku. Kedua-dua kemalangan berlaku di taman tempat aku.

 Kes 1, aku berpendapat pemandu  kereta yang salah., sebab kereta nak keluar simpang. Motorsikal tu berada di jalan utama , tapi yang cedera mamat motorsikal..

Kejadian pagi tadi, kalau ikut cakap orang di situ mamat motor yang silap sebab  beliau nak masuk simpang tak pandang kiri kanan, manakala pemandu kereta di laluan dia..

Tapi bila aku amati cakap-cakap saksi yang berada di tempat kejadian, kes no 2 susah juga nak beri salah seratus peratus pada mamat motor tu...Kes sebegini memang kerap terjadi di jalan empat lorong...lebih kurang beginilah yea.. Dua biji kenderaan dilaluan bertentangan. Satu kenderaan lorong tengah memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada motor  untuk masuk simpang, manakala kenderaan satu lagi di lorong kiri tidak dapat baca niat pemandu kereta yang memperlahankan kenderaan serta tidak perasan pulak kehadiran motor yang terlindung , bila mamat motor melintas maka bertembung la dua kenderaan ini...dan yang pasti mamat motor tu jugak yang tergolek..

Walaubagaimana diolah kes ini yang pasti penonggang motorsikal jadi mangsa...Jadi kepada rakan bikers di luar sana berhati-hati ok..Kepada pemandu-pemandu  kenderaan lain ..simpatilah pada kami hu..hu....


Wednesday, March 30, 2011

Apa sudah jadi..?





Setiap kali aku terpandang signboard macam ni mesti hati aku pedih...semakin banyak papantanda seumpama ini di sepanjang lebuhraya dan ditempat awam lain....Kenapa tiada tindakan diambil sedangkan papan tanda seperti ini semua orang terpandang termasuk penguatkuasa., bukankah papan tanda ditempat awam mesti mendahulukan Bahasa kebangsaan. Apa yang aku tengok, takda sebutir pun perkataan bahasa kebangsaan yang dipaparkan. apa sudah jadi? Diorang memang semakin kurang ajar...

Tuesday, March 29, 2011

AZABNYA BERMOTORSIKAL KALAU...

Yea memang betul, Allah jadikan setiap sesuatu didunia ini mesti berpasangan..Jika sebelum ini aku pernah menulis berkenaan nikmatnya bermotosikal,kali ini aku cuba senaraikan yang termampu, azabnya bermotorsikal, sekadar menjadi peringatan dan pengajaran..Kalau ada sesapa mahu tambah, silalahh yea..

Korang pernah ke mengalami situasi ini..? Baju basah walau hari tidak hujan.. riders sering terkuyup dengan simbahan air lopak oleh kenderaan besar lain yang tidak bertimbang rasa..kena pula hari itu ada mesyuarat..pergh azabnya bermotorsikal..

Tertinggal baju hujan memang mengazabkan..sedang menunggang tetiba hujan lebat.,tempat berteduh jauh lagi pula..Kalau hujan sewaktu ke tempat kerja habis basah pakaian luar dan dalam..alamak..!

Aku sering bertemu dengan riders yang menolak motor dalam terik matahari..motor pancit,kehabisan minyak atau rosak di lebuhraya..Kalau sesama riders tidak berkerjasama alangkah azabnya..Motor kecil boleh lagi.. Motor besar..? Adakah riders seperti kami tidak layak mendapat simpati trak penunda percuma lebuhraya..? Ya memang azab..

Tayar pancit dalam perjalanan. Talifon pomen alamat kena sembelih laa..Tampal cacing kalau dibengkel Lima ringgit..Tampal di jalanan, tuu dia.. Minima RM20 ..Kena pula masa tu dalam poket cuma ada sepuluh ringgit..Tidak ke azab..?


Kena halau Jaga tol plaza..Kekadang aku sering terlajak memasuki lorong kenderaan besar..Bila tiba tol plaza kena tahan dengan Jaga dan disuruh pusing balik..Alamak langsung tidak boleh lebih kurang laa..


Lampu merah lambat bertukar hijau..Kalau bersauna pun ada had masa.. Lama sangat menunggu sampai hangit bau badan..Kena pulak orang berkereta pakat jeling-jeling..Naik motor kecik boleh tahan beb..motor besar..? Saja dapat kutukan percuma..ha.ha azab..azab.

Monday, March 28, 2011

Betul ke awak Sdr Hadi...?




Korang kenal brader ni..? inilah Sdr Hadi yang banyak kali aku sebut dalam tulisan aku sebelum nih. Aku terserempak dia semasa singgah di bengkel motor Two Wheel Garage milik Sdr Azman di Shah Alam baru-baru ni...Sebelum ni hanya bersua di alam maya., memang la berbeza bila jumpa di alam nyata. Aku koreklah serba sedikit rahsia xpdc dia sebelum ni. Beliau merupakan sukarelawan UN. Kebanyakkan ceruk tempat yang mengalami bencana seperti perang dan bencana alam dia pernah pergi seperti tsunami di Acheh, gempa di Padang, perang di Afgahnistan, Selatan Filifina, Iraq dll. Semasa dalam perjalanan ke London dia sempat membantu mangsa banjir di Pakistan. Boleh tahan jugak kos ke London selama 6 bulan dekat 100 ribu lah gak. Dia ada projek besar selepas ni..dia tak cerita nak ke mana.., tapi aku agak nak sambung keliling dunia dengan motor kecik gak. Motor apa pun tak jugak dibagitau bergantung kepada siapa yang sanggup sponsor.
Berdasarkan pengalaman beliau , saiz tangki minyak akan diubah suai untuk mencapai jarak perjalanan sehingga 400km. Botol-botol tambahan minyak sangat menyusahkkan dan memerlukan ruang yang banyak. Tips menarik ni..

Menurut beliau sepanjang xpdc berjalan lancar. Paling penting minyak enjin dan filter mesti dijaga., tukar setiap 2000km. Pakaian jangan bawak banyak, bawa yang perlu saja. Tayar pun hanya ditukar sekali sepanjang perjalanan sejauh 25000km. Pengetahuan pasal enjin dan motor perlu ada untuk xpdc yang jauh ni. Beliau menyarankan supaya 'membaraikan' enjin dan pasang semula sehingga jadi supaya mahir berkenaan motor yang akan dibawa..Buat 2 kali cukup, nescaya kita akan mahir pasal enjin dan fungsi-fungsinya.. Betul jugak erk..Ini kalau nak xpdc sorang-sorang la, kalau berxpdc secara berkumpulan ada sorang pomen pun ok juga..Tapi bagus juga ikut saranan dia. Kena ada pengetahuan asas pasal motor ni, takdelah mengharapkan pomen seratus persen. Buat permulaan ni aku nak cuba jugak. tapi tak maulah aku terus baraikan motor aku..aku nak cuba pada mesin rumput aku...yaa aku nak cuba..Ha ha..

Friday, March 25, 2011

Aku ingat dia dah mati....!


Mamat baju biru ni begitu asyik mengambil data tambahan semasa taklimat ..klik sana..klik sini...

Tak perasan ada perangkap maut....
Umur masih panjang....


Prapp. Tetiba kami dengar benda jatuh. ergh--ergh ada orang terjatuh... bila aku jengok dari lubang ada orang tertiarap tak bergerak langsung...cepat-cepat  aku snap gambar..habis .habis .! mati wei...! kami berkejar turun tangga...sampai bawah alhamdulillah dia bergerak..pergh panjang umur.!  mujur tersangkut pada tray kabel yang belum berfungsi kalau terus terjatuh tertungging kepala dulu, mau hilang nyawa.

Kejadian berlaku di ruang sub station Pusat beli belah Pavilion KL 22hb Mac 2011 baru ni. Kami menghadiri taklimat lawatan tapak TNB. Sedang asyik mendengar taklimat pegawai TNB, tetiba seorang peserta terjerlus lubang kabel dari tingkat atas ke tingkat bawah...lubang kabel tiada penghadang, sedang peserta asyik memandang sekeliling tak sedar perangkap lubang ternganga...Taklimat  dibatalkan serta merta. Peserta tersebut pengsan  dalam 2-3 minit dan mengalami patah jari telunjuk, tulang tersembul beb..Beliau  dihantar ke hospital...hai..malang tak berbau..

Wednesday, March 23, 2011

River Cruising Sg Melaka...







Hari biasa pun sesak, hujung minggu lagi la...

Kincir air lama yang terdapat di Sg Melaka..







Menyusuri perkampongan  tradisional melayu Melaka  di Kg Morten.




 Rumah tradisional melayu Melaka Kg Morten.


Kekadang kita pun naik heran, ada negeri/negara hasil semula jadi takdalah seberapa, tetapi macamana negara/negeri itu boleh lagi maju dari negara.negeri yang dikurniakan sumber asli semulajadi yang melimpah ruah...Mungkinkah bila dah terbiasa dengan sumber asli yang banyak menjadikan rakyat malas berfikir kerana terbiasa dengan zon selesa....ambil contoh air ok. mungkinkah disebabkan kita dah terbiasa menerima hujan sepanjang tahun, manakala kawasan tadahan pun masih luas jadi kita malas nak berfikir macamana nak mengoptimumkan penggunaan air..?

Alangkah baiknya kalau sumber semulajadi pun banyak  ditambah pula dengan kepala hotak yang hebat bertambah makmurlah negeri/negara itu...ha ha panjang mukadimah aku...sebenarnya aku nak tulis pasal River cruising di Sg Melaka je...Semua negeri./negara ada sungai , sesetengah sungai menjadi sumber liabiliti seperti dijadikan tempat pembuangan sampah, toksik dan berbagai pencemaran lain dan sebahagian  pulak menjadi sumber rezeki seperti di Melaka ni...

Aku berpendapat adalah ok menciplak idea negara/negeri lain yang dah terbukti berjaya hanya perlu disesuaikan dan nenonjolkan  ciri-ciri unik setempat. Ada orang cakap idea river cruising Sg Melaka ni meniru idea river cruising di Vanice..so what.. Aku tabik usaha kerajaan negeri Melaka mengindahkan sepanjang tebing Sungai Melaka disamping mengekalkan keunikan yang terdapat disepanjang sungai seperti Kg Morten yang telah diserlahkan menjadi muzium hidup. Nilai keunikkan tu yang mahaal..., Tempat orang lain pun ada keunikan tersendiri tetapi kelebihan kepala hotak dan keberanian kerajaan negeri Melaka telah menjadikannya sumber ekonomi negeri.

Baru-baru ni telah diumumkan bahwa akan diwujudkan  perkhidmatan tram di bandar Melaka untuk  mengurangkan kesesakan jalanraya disamping menjadikan sumber tarikan pelancongan baru ke negeri itu.Aku harap penampilan tram disesuaikan dengan keunikan setempat, mesti best kann... macam bas yang ada di trengganu tu...!

River cruising diwaktu malam memang mengasyikkan. Aku bukan syok sorang ok. aku tengok ramai pengunjung pun sibuk tangkap gambar membuktikan mereka pun syok  menghayati pemandangan sepanjang sungai....Kepada sesiapa yang ke Melaka ambil lah peluang bercruising...yang belum pergi tu segeralah pergi...ha ha..

Monday, March 21, 2011

Menara Taming Sari-Terkena lagi kami ha ha...

Deretan gerai menjual cenderahati...aku beli replika basikal klasik..ha ha..



Puncak Menara Tamingsari tanpa dek pemerhati...

Jambatan lama bila dihias dengan penataan lampu boleh jadi sangat menarik...sungguh kreatif..


;

Fuyo berkaler-kaler...bila sekilas pandang nampak macam kavadi plaak...1 jam 40 ringgit..



Dulunya tapak terminal bas...kedudukan strategik ditepi sungai ..sungguh menarik diwaktu malam dihiasi lampu lip-lap..



Perkarangan Menara Tamingsari...


Pemandangan Bandar Melaka dari menara pemerhati Tamingsari...





' Takpa bang..takpa ..kami ambik gambar untuk rekod je..'.Kami  anak beranak pun berposing le depan kamera diorang..bila kami hulurkan kamera kami..diorang tunjukkan notis larangan mengambil foto menggunakan kamera sendiri...ok2..Ini adalah pertama kali kami berkunjung ke Menara Taming Sari...Geliga jugak idea pembinaan menara seumpama ni ...Syabas..! seingat aku dulu pun ada yang menentang...terkena kawasan arkealogi la dsb..Paling tidak dapatlah juga mewujudkan peluang perkerjaan kepada anak-anak muda, itu belum kira kesan limpahan lain seperti kepada pengusaha hotel, ejen pelancongan, ,pengangkutan, pengusaha kedai makan  dsb.

Kami dibawa menaiki pelantar berputar sehingga ketinggian 80m dari aras tanah., aku ingat adalah dalam 10-15 minit di atas menara tu...Dapat meninjau seluruh pelusuk  bandar Melaka dari menara. . Tambang dewasa RM20, kanak2-RM10. Kalau berkumpulan dewasa RM15/org . Ada perkhidmatan menyewa binokular RM10 sebuah. Bila musim cuti sekolah..pergh sikit punya ramai pengunjung yang berbaris nak naik. Masa turun dan masa nak keluar nilah kami dipelawa oleh anak-anak muda untuk melihat photo yang diambil tadi sebelum menuju menara..'.Takpa bang, kak..kami tak paksa beli...tapi kalu nak beli RM30 je...kalau sepasang dengan  pemberat tindih dokumen ni harga istemewa RM50'. Pergh..! Bila dibelek-belek macam berbaloi jugak beli untuk kenang-kenangan...Photo disisip kemas di katalog menarik, berserta coretan  Menara Tamingsari...boleh gantung di dinding rumah nanti..Aku tengok ramai yang tidak melepaskan peluang membeli..,menarik beb...! Pandai diorang buat strategi pemasaran...idea canggih ni yang  patut kita tiru...kita dengan rela membeli...he he..terkena lagi kami.. Dulu masa kami ronda Beijing strategi sama diorang gunakan...anak2 muda turut sama disepanjang trip kami. dan diakhir lawatan mereka menunjukkan photo-photo yang diambil dengan menyisip kemas photo di buku katalog bergambar  menceritakan tempat-tempat menarik yang kami lawati...Ramai yang membeli ...termasuk aku...ha ha..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK