click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, April 28, 2012

Bersih3- Cukup-cukuplah tu...!

Ada mata lihat, ada telinga dengar..ada otak fikir...ini saja pandangan aku kepada mereka yang taksub sangat nak berdemo di Dataran Merdeka harini. Sebenarnya aku jadi semakin keliru akan tujuan sebenar mereka nak berdemo...setelah aku tengok video debat antara Ambiga dan KJ, semakin menyampah aku dengan puak-puak ini... antara lain, boleh ke si Ambiga kata kesuntukan masa untuk pindah venue berdemo sebab notis yang pendek....la nak notis panjang macamana lagi..? .ini bukannya zaman dulu kena pakai telegram untuk maklumkan berita secara pantas..lagipun bukannya nak buat persiapan pentas grand macam nak  sambut hari kemerdekaan atau terpaksa menyediakan logistik hebat macam penganjuran F1.. setakat untuk melalak berdemo ..bukan ke 'Any time, any place..' Orang dah  bagi tempat berdemo tu dah kira bagus...kata pejuang hebat...tempat pun  nak memilih, sebab tu aku ragu akan tujuan sebenar mereka berdemo...

Bila aku baca pandangan  ini menyampah aku semakin meluap-luap...

Adakah kita inginkan Malaysia nanti jadi seperti Iraq, Afghanistan, Mesir, Tunisia, Syria dll. Bergolak tak pernah aman..Nak puaskan hati semua orang memang mustahil...

Aku ragu, adakah kesemua pendemo tu tau apa yang mereka inginkan...atau jadi pak turut saja..

Argh daripada aku berserabut fikirkan hal mereka, lebih baik aku ronda 1 Malaya lagi...sambil selesaikan urusan kerja , lawat anak dan orang tua dikampong dapat jugak  tipiskan tayar motor BM yang baru tukar pada mileage 69500km pada 26hb April baru ni. ha ha..

Jom Perak-P.Pinang-Kedah- Kelantan-Trengganu-Pahang...jumpa Sabtu 28hb Apr 2012 , 10 pagi di
R n R Rawang ok...

Friday, April 27, 2012

Kutipan derma-Hilang lagi...!

Tabung masjid di taman kami kecurian lagi..! Peti besi di atas diumpil, walaupun tindakan pencegahan tambahan telah dibuat dengan menambah penutup besi berkunci di bahagian dalam peti besi, namun ini semua tidak menghalang penjenayah   untuk mencuri. Selain dari itu pihak polis turut membuat rondaan berjadual setelah berlakunya kecurian terdahulu. Buatlah pelbagai cara pencegahan..Kita fikirkan pencegahan kaedah A, pencuri fikirkan kaedah B...! curi tetap curi selagi sifat pencegahan dalam diri telah tercabut dari dada-dada manusia.

Kalau masjid, tempat yang sepatutnya aman  dah tak selamat, bayangkan tempat selain daripada itu. Inilah padah bila manusia berhukum bersandarkan kepala otak sendiri membelakangkan hukuman yang telah Allah gariskan dalam al-Quran untuk mengajar penjenayah dan orang ramai.. sifat gerun terhadap hukuman di dunia apetah lagi di akhirat telah tercabut dari dada-dada manusia kerana hukuman didunia yang tak setimpal dengan jenayah yang dilakukan.. manusia merasakan diri lebih hebat dari Pencipta itu sendiri. Penentang-penentang terlaksananya hukum Pencipta sering mengaitkan hak asasi penjenayah yang patut dibela kerana hukuman yang keras dipandangan mata kasar, tetapi penentang ini terlupa akan hak asasi si mangsa dan orang awam keseluruhan yang dinafikan hak untuk hidup aman..!

Kalau dah terkena batang hidung sendiri baru tersedar kot...

Thursday, April 26, 2012

Aksesori motor-sport light...

Dari mula tengok motor kat bilik pameran dulu aku tak berapa berkenan dengan rekabentuk lampu hadapan motor ini. Sedikit pengubahsuaian terpaksa dilakukan.


Lampu hadapan yang bersegi tajam macam kening pelakon opera cina, kini dah aku tampal dengan sticker supaya kelihatan bulat...bila dah ditampal rasa macam terlebih janggal pulak, pandangan keseluruhan nampak seperti  tirus bahagian hadapan dan mengembang dibahagian belakang...lagi senang cakap, bahagian dada nampak kecik, bahagian ponggong kelihatan lebar..ha ha. ilusi mata barangkali...walaupun orang cakap, macam motor posmen, motor kutip sampah dbkl..aiman tak kesah...


Aku tambah aksesori sportlight dikirikanan supaya nampak lebar sikit bahagian hadapan. Ok.kelihatan macam menarik...Kos termasuk ubahsuai bracket penyangkut dekat 200 ..bila pendawaian disempurnakan nanti tak taulah pulak berapa pomen Mail akan caj...tak banyak kot..

Kalau dapat lampu kirikanan yang lebih besar berserta pelindung berjaring  macam motor polis trafik lagi ok kot...baru nampak jalan mendada...Bila balik rumah bini komplen, motor nampak semakin huduh...pulak dah... dengki lah tu...he he..

 Lain padang lain belalang..lain orang lain citarasa...

Wednesday, April 25, 2012

Kurang hajau...!

Pergh..Barcelona kena buli...mentang-mentang Chelsea menang agregate 3-2...Peminat Chelsea suka la tu..Tapi aku tetap sokong Barca...Berilah peluang orang lain..Selalu sangat juara jeles orang lain..ha ha..

Tuesday, April 24, 2012

Ronda-ronda 1 Malaysia- Jom Cameron Highland

Kekadang rasa syok jugak bila semua anak dah besar dan duduk di asrama...bila berjalan tak gaduh nak balik cepat.. Kepala otak sudah lapang..takda nak fikir pasal kerja sekolah anak tak siap lah, pakaian anak belum bercucilah..barang makanan belum berbelilah bla..bla.bla..untung-untung kahwin cepat dulu. ha ha..Kepada anak anak muda yang sudah ada pasangan, tunggu apalagi..?  Daripada korang ke hulu ke hilir tanpa ikatan lebih baik kahwin segera. Argh korang bukan malaikat...ingat jalan berdua-duaan tu tak meremangkan bulu roma ke..?  jangan cakap la..Tetapi yang sedang belajar di U tu jangan menggatal awal sangat pulak ok..sabarlah, paling kurang sehingga tahun akhir pengajian..



 


Ada orang cakap jangan kawin muda sangat, nanti tak sempat enjoy..betul ke..? Pada aku  nak enjoy masa muda macamana kalau duit pun sengkek memanjang. Lebih baik masa muda bina kehidupan. Bila anak dah besar, ada masa qada keriangan yang tak sempat dikecapi masa muda-muda dulu...Jadi kepada pembaca muda sekalian, sekiranya  dah ada yang berkenan dihati jangan tunggu lama-lama..buat majlis  ringkas -ringkas. sudahlah...Duit hantaran tu sebenarnya korang boleh  berbincang hati ke hati..Kalau mata duitan sangat, tulis saja cek kosong... berapa banyak nak tulis..tulislah...tapi jangan di bank in sudah..ha ha..



Kalau ikut formula orang yang berjaya, kena angankan apa yang diimpikan. Yang lecehnya bila tengok yang itu teringin, terpandang yang ini berkenan...isshh apasal lah Porshe Cayman ni parking kat sini..mujur berangan tak kena bayar...

Aku curi-curi pandang juga siapa pemilik Porshe kuning ini...rupa-rupanya milik sorang wanita tuanpunya kafe  ini...berdasarkan artikel yang terdapat di kedai cenderahati, beliau merupakan waris generasi ke 3 pemilik ladang Tea Bharat ini...aku agaklah sebab muka dia iras-iras atok dia yang fotonya jelas terpampang di kedai...

Aku suka pemandangan sebegini..sungguh mendamaikan dan nyaman..minum teh berlatarbelakangkan ladang teh Bharat..

Jom pekena teh...!


Saturday, April 21, 2012

Ronda-ronda 1Malaysia-Trailer tercabut

Gambar ini dirakam sewaktu menuruni Cameron Highland ke Tapah baru-baru ni...


Memang cukup berbahaya...jalan yang lengang biasanya membuatkan pemandu mudah leka...mulalah melayan kepala otak...fikir sana fikir sini, teringat sana, terkenang sini..angan-angan menerjah lagi... bla bla..tumpuan pemanduan semakin kurang...Bila  situasi begini tetiba muncul didepan mata baru tergamam dan panik...berdebooM...!


Jarang berlaku kemalangan yang melibatkan kematian di jalanraya yang sesak teruk...setakat ringan-ringan tu biasalah....Tapi  sausana lengang seperti diatas ditambah pulak lokasi berselekoh, kemalangan sebegini memang mudah mengundang maut..


Kita mengharapkan tuanpunya kenderaan rosak lebih perihatin akan keselamatan pengguna jalanraya yang lain..kalau kon keselamatan kurang/tiada letaklah sesuatu objek yang dapat memaklumkan pengguna jalanraya akan situasi bahaya begini, ditempat yang mudah dilihat...

Keselamatan di jalanraya adalah tanggungjawab bersama...

Friday, April 20, 2012

Ronda-ronda 1Malaysia-Jom Besut

Ohh yess...! lepas ni kalau aku lalu Dungun, aku ingat nak bermalam di rumah kawan aku tu.., lagipun dia serius menjemput kami bermalam di rumahnya bila ada  kelapangan. Kenapa tidak yea tak.. daripada bilik tamu dibiar bersawang jarang orang bertandang, lebih baik  kawan-kawan tolong meriahkan rumah dia...dia pun dah hampir serupa macam aku, kosong saja rumah sebab anak-anak mula berjauhan dari ibubapa...Sambil menumpang boleh korek rahsia macamana dia boleh jadi kayo..Orang cakap kalau kita ingin jadi orang baik kenalah bergaul dengan orang baik, ingin jadi kaya kena pandai bergaul dengan orang kaya ..mana tau boleh terikut cara pemikiran mereka...cuma bahayanya bila selalu memerhati bintang di  langit takut- takut lupa pula rumput dibumi...seeloknya berpada-pada membawa diri..ke tengah boleh, ke tepi pun boleh..


He he Terpandang masjid ni segera teringat rumah kawan aku tuh...tapi ini bukan rumah dia, ini masjid kayu yang baru sangat siap di Seberang Jertih , betul-betul di tepi jalan utama Jertih- Kota Bharu...Masjid ni unik kerana dibina dari kayu juga..Tersergam indah ..Sekiranya kerajaan negeri pandai mengeksploitasi keunikan ini nescaya ianya boleh dijadikan mercu tanda untuk pengunjung luar mengabadikan foto disini...selitkan saja perihal sejarah masjid terdahulu, sejarah pembinaan, kehebatan ukiran anak tempatan bla.. bla.bla..nescaya melopong orang luar membaca...pastu pastinya klik..klik..klik berposing mengabadikan gambar...

Alah kalau korang perhati di negara orang, kekadang mercu tanda pelancongan diorang takdalah gah sangat, tapi disebabkan promosi dan gimik, berebut orang luar mengabadikan gambar dilokasi tersebut.


Selepas menghantar anak di Besut, kami bercadang untuk bermalam di Cameron Highland , namun tak kesampaian..tiba di Gua Musang jam sudah 8 malam, kalau diteruskan juga perjalanan ke Cameron Hilghland silap-silap bertembung dengan gajah semasa melalui lebuhraya timur barat Gua Musang -Lojing. Jadi kami tidur saja di Kesedar Inn. Gua Musang.

 Semasa disini teringin aku nak bersembang dengan tuanpunya basikal touring ni. Ada 4 biji kesemuanya. Tak pasti pulak samada pengembara tempatan atau orang luar..pagi-pagi buta dah hilang kelibat pengembara nih...Begitulah..., dimana ada kemahuan disitu ada jalan...Kekadang heran erk...semua orang memiliki tempoh masa 24 jam yang sama, tapi mereka ni ada masa  keliling serata dunia..kita ni maaanjang sibuk..!

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK