click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 30, 2012

Lupakanlah sengketa...

Makan tidor, pergi dapor..makan lagi..he.he..masuk hari ke 3 di Brunei ni itu saja aktiviti yang dibuat sementara menanti majlis perkahwinan anak saudara sebelah bini aku Jumaat 31 Mei 2012.  Aku pun tak tau apasal lah sampai berhari-hari perlu ada disini. Nak meronda, aku rasa dah hampir segenap bandar dan pekan telah aku terjah, timur barat utara selatan...tak sampai sehari habis dijelajah. lagipun dah banyak kali aku ke sini jadi keterujaan untuk menjelajah tak sama sebagaimana pertama kali menjejakkan kaki dulu. Melayari internetlah wei...

 Apa yang aku nak tulis ini mungkin anda tak setuju dengan aku..tak mengapalah..Aku terpanggil menulis isu ini bila post politik banyak menyinggah dalam fb aku...sedangkan jari jemari ada panjang pendek, tapi  itulah kepelbagaian untuk diterima seadanya.Cuma aku tidak menyangka perbezaan pandangan terbawa-bawa sehingga bermusuhan. Dalam beberapa waktu ini banyak artikel berkenaan Dato Jamal Yunos diperkatakan di fb. Artikel penuh kebencian mengenainya sehingga meminta orangramai memboikot perniagaan beliau. Kalau si Samy atau Acong yang melancarkan kempen aku tak heran., ini rakan sebangsa seagama turut menjadi talibarut menyokong gesaan itu..Semua ini bertitik tolak bila beliau mengetuai peniaga kecil berdemo di hadapan rumah Ambiga gara-gara tak puas hati demo Bersih 1,2 dan 3.

Aku tak mengerti kenapa gambar beliau berdiri ditepi ferrari menjadi isu. Pada aku bukan setakat kereta mewah hatta jet peribadi pun apa salahnya sekiranya memang benar dia mampu..motif yang tersirat adalah   membangkitkan kebencian orangramai  mengaitkannya dengan kronisma. Puak-puak ini cuba menidakkan kebolehan beliau membina empayar perniagaan..berjaya hanya dengan kronisma.. Balik-balik kronisma dibangkitkan. Seolah-olah orang kaya lain bebas dari kronisma. Kalaupun andaian itu benar, pada aku dia seorang yang hebat, tahu merebut peluang berbanding sesetengah orang lain, walaupun makanan disudu emas tersedia didepan mata namun gagal memanfaat segala peluang yang ada.

Ditakdirkan kempen mereka berjaya., adakah kalian turut berbangga menyaksikan kejatuhannya. Berapa ramai  termasuk profesional-profesional dengan sijil berjela,  yang berani mengorak langkah membina empayar perniagaan. berbanding beliau yang hanya berbekalkan kelulusan SPM ..? sesetengah orang hanya gah bercakap tanpa tindakan. Aku percaya golongan ini turut melalak bila ekuiti bumiputra ditanah air jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Tapi apa yang mereka tahu..hanya tahu mengkritik dan menjatuhkan. Sepatutnya kita menyokong insan-insan seperti ini..lupakanlah sengketa politik demi survival bangsa seagama.

Aku percaya harta peribadi beliau cukup banyak untuk menghadapi sebarang kemungkinan setelah bergelumang dengan perniagaan sejak berumur 18tahun lagi. tapi bagaimana pula dengan ribuan orang termasuk ahli keluarga masing-masing yang bernaung dibawah syarikatnya..adakah anda rela menyaksikan kepayahan yang bakal dihadapi oleh insan-insan ini hasil kempen kalian.

Tak banyak yang aku pinta...fikir-fikirkanlah...

Jom Brunei...

Cuti sekolah dan kerja kahwin seolah tidak boleh dipisahkan. Mujur sekarang tak seperti dulu.. Kerja kahwin tidak lagi tertumpu semata dimusim cuti sekolah lagi. Kini pantang  cuti umum  ramai mengambil kesempatan membuat majlis tersebut hatta cuti hujung minggu. Bagus jugak erk.., paling tidak khidmat katering, sewa peralatan perkahwinan seperti khemah , kerusi meja,  pelamin dsb sentiasa punya kerja sepanjang tahun. Dimasa sama tetamu  tidak lagi kelam kabut membahagikan masa bertandang ke majlis jemputan.

Dan cuti sekolah kali ni  kami tak terlepas menerima jemputan kahwin di seberang...Jom Brunei...!.

Ingat Brunei ingat ambuyat he he..

Monday, May 28, 2012

Biarkan gambar berbicara...

Tarikh : 27 hb Mei 2012
Lokasi : FRIM
A
B
C
D
E
F
G
H

Sunday, May 27, 2012

WWW 1...

WWW 1 - RM520000...! ia menjadi tajuk berita sensasi kerana nilainya jauh dari jangkauan orang kebanyakan. Cuba harga dia RM 52 atau RM520, pasti ramai yang tidak mengendahkan dan media tidak akan melaporkan dimuka hadapan kerana dirasakan tidak memiliki nilai berita. Oleh kerana nilainya jauh dari jangkauan orang kebanyakan maka ia menjadi bahan debat. ada yang kata pembaziran..lebih baik diguna untuk perkara berfaedah  dsb...

Kalau ditanya pendapat aku..? Biar sajalah orang nak membeli. hatta dibida sehingga 1 juta lagi bagus..Paling tidak JPJ dapat juga kumpul duit hasil lelongan nombor kepada orang kemaruk main nombor cantik. Dikhabarkan dekat RM12 juta dapat dikumpul hasil lelongan nombor menarik bermula dengan WWW ini.. Lagipun orang yang membida nombor sehingga sanggup berhabisan ratuan ribu pastinya orang berduit. Aku tak fikir duit mereka setakat sejuta dua..paling tidak ratus juta atau ribu juta..,atau  paling koman  puluhan juta.. Orang seperti ini apalah  sangat dengan nilai ratus-ratus ribu itu. Katalah duit dia ada 100 juta..setakat berbelanja 520 ribu..ermm tak sampai pun 1 percent  dari nilai duit dia...Perbandingan mudah lagi, jika  memiliki RM100 adakah anda fikir membeli gula-gula lolypop berharga 52 sen adalah tersangat berlebih-lebihan...ada masalah..?

Kita lihat ramai  billionir-billionir dunia memiliki yayasan sendiri. Warren Buffet ada yayasan, Bill Gate pun ada, begitulah dengan kebanyakan yang lain..dan kalau di Malaysia ramai hartawan Malaysia turut memiliki yayasan...Barangkali duit yang  dbelanjakan kepada orang ramai melalui yayasan-yayasan mereka jauh lebih banyak dari berbelanja untuk kepuasan diri.. .Patutlah duit mereka semakin bertambah banyak...!.  Siapalah kita untuk mempertikaikan orang -orang seperti ini berbelanja  seperti membeli nombor menarik atau membeli barangan mewah lain sebagai suatu pembaziran...

Sebab itu nilai pembaziran  pada tanggapan ramai  seharusnya diukur dari nilai kekayaan sesorang. Aku tak kata billionir di India membina kediaman lebih USD 30 juta adalah pembaziran..  atau pun hartawan Malaysia yang membina yact bersadur emas juga pembaziran..sebab duit mereka terlalu banyak..!.tapi aku akan katakan  orang kebanyakan seperti kita yang kekadang duit dibank berbaki RM 5.20 tetapi sanggup membeli galaxy tab berharga lebih RM1000 semata-mata untuk melaram adalah kebodohan dan satu pembaziran...

He he dipihak manakah anda...?

Saturday, May 26, 2012

Cuti sekolah datang lagi...!

Cuti sekolah datang lagi...bagi yang mempunyai anak-anak sekolah diasrama, waktu nilah sausana rumah kembali meriah., dapur mula berasap semula..kalau sebelum ni gas setong boleh tahan berbulan-bulan , sekarang adalah waktu terbaik menukar tong gas baru. Tugasan terdahulu mula terpikul semula...menjadi tukang kejut anak-anak diwaktu pagi..Bebudak ni kalau tak dikejut silap-silap sehingga ke tengahhari baru mencelikkan mata. Taktaulah.., aku dulu tinggal di asrama juga, tapi tidor tetap awal, bangun pagi takdalah lewat macam anak-anak sekarang. Kekadang semasa tersedar ditengah malam sausana masih meriah mendengar mereka bergelak ketawa bersembang...itu yang liat untuk bangun suboh...

Waktu cuti sekolah juga waktu yang sangat aku tunggu...bila anak-anak ada dirumah, bini wa takdalah kesunyian ..ha ha..bolehlah wa ambil kesempatan untuk meronda naik motor. Sepatutnya masa anak-anak duduk diasramalah syok meronda naik motor dengan bini..boleh ronda negara orang macam mat-mat salleh buat..untuk jimat duit boleh tidor tepi jalan pasang khemah...yang jadi masalah bini wa gayat naik motor..wa pun gayat bawak orang...hu..hu..

Orang pompuan ni pun satu...bila ditinggal sendirian mulalah membebel selalu kena tinggallah, takda temanlah, sunyilah, bahayalah bla..bla bla..padahal berapa ramai  pompuan bujang, janda-janda yang duduk sendirian...takda apa-apa pun. Ini baru  bukak mulut nak meronda dah mula  cerita yang bukan-bukan...issh leceh betullah...sedikit sebanyak mempengaruhi pogram naik-naik motor bersama rakan-rakan., sedangkan banyak  pogram yang sedang kami aturkan. Projek Menjejaki Susur Galor Melayu...menjadi agenda kami..Salah seorang sahabat sedang menyediakan thesis Phd beliau. mentee kepada seorang rider yang turut berkongsi minat kajian yang sama..Syok bila mendampingi insan-insan hebat. Ride mempunyai matlamat. Kalau penyelidikan terpaksa menelusuri segenap benua...kenapa tidak.? Ada rezeki dan kelapangan, wa follow..

Bila geng motor nak buat Jelajah Borneo pada bulan September akan datang , aku lega..Waktu tu anak aku yang di Mesir cuti panjang dan dirumah..bolehlah temankan mak dia. Bolehlah kena tinggal yea...ha ha..

Jelajah Himalaya..? kami terpaksa menarik diri dahulu kerana koata penganjur Big Bike Shop sebanyak 17 orang telah dipenuhi. Selepas Jelajah Borneo lah baru ke sana.. Lagipun fund penyelidikan belum diluluskan ..namun berdasarkam maklumat terkini...Positif..!

Cuti sekolah...silalah datang lagi...!  ha ha..

Thursday, May 24, 2012

Nostalgia Kembara Segitiga Emas...


Ha ha..ada lagi rupanya teringat xpdc lama. Dulu trip seperti ini mungkin tak sebanyak sekarang...Sesekali mengimbau semula kenangan lama, syok juga...bila aku postkan cerita xpdc ini di forum-forum motorsikal dulu..berderu-deru orang menjengah blog aku...Bertahun entry  peserta-ekspidisi-segitigaemas aku berada dicarta post popular di blog Yok Rempitan ini. Hanya baru ni dipintas oleh entry Kenyir-Felda-Aring-pertama-kali-lalu juga berkaitan expdc motor. Aku pun tak pasti kenapa ramai orang  mencari maklumat pasal Felda Aring dan trafik terbawa ke entry ini.

Terkenang yang lama, menyuntik semangat untuk berxpdc lagi...manalah teman-teman..? menggeletar jari-jemari nak memulas throttle pergi xpdc. Aku teruja untuk ke Seam Reap, Jelajah Borneo  dan Grand Xpdc Himalaya yang sangat dinanti-nanti.

Jomlah layan slide show yang aku ciplak dari entry fb Brader Rosli Kadir, salah sorang peserta xpdc..Ingat Brader Rosli ingat Abang Chik..teringat Kak Pah...ha ha..Nostalgia Kembara Segitiga Emas

Wednesday, May 23, 2012

Hebatnya berbicara...

Korang sekelian dah tengok debat antara Rafizi Ramli dan Khairi Jamaludin..? Ramai kekawan FB yang menyediakan pautan ke video perdebatan tersebut. Secara jujur dari aku memang kedua-duanya hebat. Bagi aku pemidato hebat memiliki bakat semulajadi. Dalam keadaan diasak dengan pelbagai hujah, kedua belah pihak berjaya membalas hujah dengan bersahaja. Bukan senang mengemukakan /mematahkan hujah berserta fakta secara spontan sambil cuba menyakinkan pendengar.

Dalam situasi debat itu aku rasa RR memiliki sedikit kelebihan kerana dia masih berada dipihak dialam fantasi berbanding KJ yang terpaksa berhujah dengan reliti. Maksud aku segala jawapan KJ terpaksa mencerminkan  senario dipihak yang sedang memegang tampuk kuasa . Orang dapat menilai dan segala kelemahan mudah dikenalpasti.., berbanding RR dipihak orang bercita-cita memiliki kuasa.,  bagi RR tiada apa perlu digusarkan semasa menjanjikan fakta bulan dan bintang., samada janji boleh ditunaikan atau tidak  kelak...itu belakang kira

Baguslah sekiranya janji-janji boleh dipenuhi ditakdirkan mereka mendapat tampuk kuasa kelak..Siapa yang taknak pendidikan percuma...tapi yang aku gusar janji-janji manis hanya retorik semata. Secara peribadi aku skeptikal dengan janji-janji manis mereka. Sekadar contoh sebelum dapat kuasa berjanji akan mewujudkan liputan akhbar yang bebas..benarkah begitu...? Buletin selangorkini yang dimiliki kerajaan negeri dan dibiayai dari wang rakyat, diberikan percuma ditempat awam seperti masjid dll hanya menyebelahi PR..Akhbar yang tak sebulu dihalang berada dipremis mereka...jadi?...apakah anda fikir media seperti RTM, TV3, Utusan dll akan dibiarkan dalam keadaan sekarang  semasa mereka mempunyai kuasa kelak?!

PR mendakwa mereka menjuarai permasalahan rakyat tanpa mengira bangsa. Tapi kenapa dalam kes TeoBeng Hock ( TBH)dan Sarbini yang mengalami masalah hampir serupa, hanya TBH  mendapat tempat dalam agenda mereka, Aku tak nampak pun bilboard pasal Sarbini dimana-mana simpang jalan berbanding TBH. Perkara ini berlaku kerana DAP lebih dominan dalam pakatan tersebut.

Ketelusan..? kroni..? rasuah..?  argh..! korang pun tahu pihak-pihak yang menyalahguna kuasa semasa pengagihan tender  dikhususkan untuk bumiputra yang didedahkan semasa perbicaraan kes TBH...

Jadi macamanalah aku nak percaya dengan janji-janji mereka...

Maafkan aku ok, sekiranya pendapat anda dan aku berbeza...

Ada mata lihat, ada telinga dengar... ada otak fikir...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK