Sempena tahun melawat Malaysia 2014, silalah datang ke Batu Pahat. Boleh singgah ke Pantai Minyak Beku yang terletak dalam 10 km dari pusat bandar. Bagi yang tak pasti bagaimana Batu Pahat mendapat nama, lihatlah sendiri kesan sejarah perigi yang dipahat pada batu oleh tentera Siam di muara sungai untuk menadah air bersih...Walaupun aku berasal dari daerah Batu Pahat, baru ku tahu begini rupanya asal usul Batu Pahat...
Monday, January 21, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Penggunaan Kalimah Allah -Yang Benar Pasti Benar
Polemik penggunaan nama Allah nampaknya masih panas. Masih ada suara sinis yang mempertikaikan orang yang menentang penggunaan kalimah Allah itu oleh orang bukan islam...Aku ingin menyatakan pandangan aku berdasarkan pemahaman aku sebagai orang awam bukan yang mahir dalam ilmu agama.
Berdasarkan kepada penerangan-penerangan yang dikemukakan oleh pihak yang bersetuju atau sebaliknya, aku berpendapat pertentangan pendapat ini akhirnya akan bertemu sekiranya isu ini dilihat dari sudut yang sama secara jujur...Mendengar kupasan pihak yang bersetuju seperti Dr Maza Atau Ust Azhar Idrus, pada pandangan aku, kupasan mereka lebih terarah menyatakan tidak salah untuk orang bukan islam menyebut kalimah Allah untuk menyatakan tuhan adalah Allah (A)...namun bila diulas lanjut mereka turut akan menyatakan adalah salah sekiranya cuba menyamakan Allah yang Esa sama dengan tuhan yang mereka fahami yang berbagai-bagai.(B)
Mendengar kupasan Prof Haron Din dan Ust Kazim pula, mereka tidak mengulas tentang penggunaan kalimah Allah bagi kegunaan seharian (A) namun kupasannya lebih kepada tidak bersetuju jika Allah ingin disamakan dengan tuhan-tuhan yang difahami orang bukan islam (B) berserta fitnah yang bakal timbul sekiranya penggunaan itu dibenarkan.
Begitu juga menilai kebanyakan komen-komen dari pembaca yang berbeza pendapat
Kebetulan semasa aku sedang menulis artikel ini, sahabat fb aku memuatnaik salinan Kenyataan Rasmi Majlis Syura PAS...berdasarkan kenyataan rasmi itu, aku berpendapat keterangan semua tokoh-tokoh agama yang aku nyatakan diatas adalah sepadan dengan kenyataan Majlis Syura. Hanya kedua-dua pihak mengulas melalui perpektif berbeza..Tokoh yang bersetuju banyak mengulas melalui perpektif Perkara no 2, Manakala tokoh tak bersetuju lebih melihat dari perpekstif no 3...
Aku sedari awal berada dipihak yang tidak bersetuju...aku pun takda masalah menyetujui untuk bukan islam menyebut Allah sebagai tuhan mereka, tapi bukan tuhan yang mereka faham yang berbagai-bagai..Namun jika tuhan dikitab injil yang digambarkan sebagai tuhan anak, tuhan bapak atau tuhan ruh qudus cuba ditakrifkan sebagai Allah... aku berpendapat penggunaan itu secara terangan bercanggah dengan pegangan orang islam yag beriktikad bahwa Allah itu ESA...Jadi aku konfius jika ada orang islam menyokong penggunaannya ..., Hak bukan islam untuk menyebut walau dihalang itu terpulang kepada mereka tapi kita orang islam tidak boleh menyetujui atau redha seolah mengiktiraf kebatilan mereka...Apatah lagi secara rasmi bersetuju untuk menukar Lord kepada Allah dalam kitab mereka...Pendapat aku lebih teriring kepada pendapat Prof Haron Din dan Ust Kazim. Yang paling aku bimbang adalah fitnah yang bakal timbul sekiranya penggunaan ini sedari awal tidak disekat.
Wallahualam...

Monday, January 14, 2013
Jom Sutra Beach Resort Trengganu...
Siapa yang ingin membeli kereta atau motor aku pastinya termenung sejenak samada ingin meneruskan niat atau cari saja yang lain..hehe..kepada mereka yang obses dengan kenderaan berbatuan rendah memang kena lupakan saja, sebab batuan motor atau kereta aku semuanya tinggi belaka...Padahal jika difikirkan secara resional, batuan yang tinggi menggambarkan kenderaan tersebut adalah lasak dan boleh digantung harap. Paling utama selengaraan berkala mesti diutamakan insyallah kenderaan tidak mendatangkan masalah...

Kalau di Malaysia.. destinasi timur, barat, utara selatan tanahair seolah sudah menjadi rutin...sekejap menghantar, melawat, mengambil anak-anak bersekolah yang bertebaran dibumi Malaysia ini... tak cukup dengan itu meredah lagi sehingga ke negara-negara jiran..takapa demi anak-anak...

Yang seronoknya bila anak-anak sekolah berjauhan di destinasi berbeza.., sambil menghantar, mengambil atau melawat kami berpeluang berkunjung ke tempat- tempat menarik. Sementelah lagi tiada anak-anak kecil yang merengek mengiringi pemergian kami, boleh saja kami singgah dimana-mana destinasi sesudah urusan anak-anak selesai...he he itulah untungnya bernikah awal...
Sesungguhnya Malaysia amat bertuah...Bumi yang indah..sebut saja apa yang tidak kita miliki....? Pantai , gunung ganang ..hutan..flora fauna, cuaca nyaman sepanjang tahun dll...semuanya kita miliki...

Satu lagi masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib adalah hakisan pantai. Tebing tebing yang meruntuh semakin meluas dan merebak ke daratan. Bimbang-bimbang kawasan penempatan sediada hilang ditelan air laut jika tiada tindakan pencegahan diambil. Baru-baru ini aku terbaca artikel akhbar ada daerah rendah di Batu Pahat Johor yang dulunya kawasan penempatan kini berada di lautan. Hanya kesan tinggalan tapak-tapak rumah atau jambatan yang boleh dilihat semasa air surut meninggalkan kenangan. Pastinya banyak lagi kawasan rendah seluruh dunia mengalami nasib yang sama seperti itu...
Ada yang kata faktor semulajadi seperti kesan pemanasan global atau pembentukan pulau-pulau baru kesan ledakan gunung berapi/gempabumi dasar laut menyebabkan limpahan air berlebihan memenuhi kawasan rendah.. Namun faktor kemanusiaan seperti kegiatan tebus guna pantai yang berleluasa diseluruh dunia tidak boleh
dipandang ringan ..sebagai contoh dulu singapura sekangkang kera ., hasil tebus guna pantai, pulaunya semakin membesar... begitulah juga halnya dengan aktiviti tebus guna laut lain diseluruh dunia. Keadaan ini diburukkan lagi dengan semakin banyak kapal-kapal gergasi berada dilautan ..Kemana air yang terlempah ini ingin mengalir jika bukan ke kawasan rendah dipersisiran pantai....
Sayang sekiranya resort secantik ini turut akan tinggal kenangan...

Kembali kepada fitrah..dunia adalah fana...Wallualam
Friday, January 11, 2013
Ada Berani...?
Pergh...ada berani...? Walaupun aku tak hairan, tapi aku tabik kat pasangan Swedish ini. Beliau berbasikal sejak setahun dulu bermula dari Istanbul Turki dan akan mengakhiri kayuhan di Singapura setelah mengelilingi Semenanjung dan Borneo...Aku bertegursapa dengan pasangan ini di Sutra Beach Resort Trengganu pada 6hb Disember lepas...
Argh tak mahu aku menulis panjang..tak sabar menunggu hari esok...Mari adik-adik, kakak-kakak.. abang-abang.... kita mulakan langkah...jangan biarkan lemak bertepek ditubuh....sempena hujung minggu ini jom berkayuh lagi...!
JOM..JOM..JOMM..!
Labels:
JOM SIHAT,
MOUNTAIN BIKE,
warna warni kehidupan
Kenapa mesti berkongsi nama Allah dengan Bukan Islam...?
Argh semingguan aku tak mengemas kini blog ini...bermula dari hujung minggu lepas bermusafir menghantar anak balik asrama di Besut, sempat bermalam sehari dirumah, bermusafir lagi ke kampung menemankan abang yang terlantar dihospital.. sekembalinya dari sana hilang mood untuk mengemaskini blog bila perasaan terganggu membaca isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan islam...
Sebenarnya aku hairan kenapa ada pihak sanggup berkongsi nama Allah dengan orang bukan islam yang terang -terangan menyekutukan Allah. Ini semua demi apa...? Aku bimbang dengan pendirian kita yang semakin liberal akan menjahanamkan generasi akan datang..Adakah kita sanggup melihat masyarakat kita terlalu liberal seperti di negara jiran Indonesia...satu rumah dihuni pelbagai agama.. kuburan diselang seli dengan jenazah pelbagai agama....Kita bersyukur jika asalnya keluarga bukan islam tetapi kembali kepada fitrah islam . Ini tidak...! asalnya sebuah keluarga islam, namun sebahagiannya telah memeluk agama lain, atau bernikah dengan pasangan berlainan agama..semuanya dikira betul kerana berfahaman semua agama adalah sama ...Inilah bahana bila pemikiran liberal telah meresap dibenak pemikiran masyarakat..yang batil akan dianggap benar jua...
Berikut antara petikan harakah yang menghalalkan penggunaan nama Allah oleh bukan islam..selebihnya boleh dibaca di....SINI
'Adapun setelah diharuskan digunakan maka adalah mustahak dan penting untuk keharusan itu tidak disalahgunakan samada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa-dewa dsbnya atau tujuan mendi’ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri ummat Islam di negara ini.' --
Persoalan aku adalah siapakah yang akan memantau perkara ini...? dan selalunya penyalahgunaan pasti akan berlaku...Aku percaya setelah memperolehi apa yang dihajatkan akan banyak lagi tuntutan-tuntutan tidak masuk akal akan dikemukakan kelak..Percayalah pihak yang bersetuju akan terperangkap bilamana tiada hujah untuk menghalang penggunaan kalimah suci itu secara meluas bertentangan dengan matlamat asal permintaan yang kunonnya hanya untuk perkara kebaikan sahaja...ibarat empangan yang telah pecah, air yang membuak akan membawa bencana. Punca..? kebocoran yang sedikit dibiarkan berlarutan. begitulah juga dengan tuntutan penggunaan nama Allah ini...
Sanggupkah kita melihat kalimah Allah terpampang di papan tanda gereja berlambangkan salib...
Adakah kita rela berkongsi nama tuhan yang secara terangan berlawanan maksud dengan Allah yang maha ESA...tidakkah kita rasa tercabar bila sahabat bukan islam kita berbicara dihadapan kita, Allah Yesus, Allah Maryam, Allah Ruh Qudus..atau Allah Brahma dan pelbagai Allah lagi...bukankah itu semua bertentangan dengan akidah kita yang meng ESA...kan Allah
Dapatkah kita bayangkan, sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa tentangan, memungkinkan penganut agama lain turut menuntut penggunaan nama allah dirumah ibadat mereka..tidakah kita tercabar bila terpampang nama Allah di patung emas terbesar dunia Batu Cave dengan nama "Allah Murugan" sebagai contoh...Ketahuilah tuntutan yg besar bermula dengan tuntutan yang kecil
Aku musykil kenapa ada pihak yang secara berterusan menyerang akhbar dan tv arus perdana... Tidak lain mereka cuba meruntuhkan kredibiliti media untuk memudahkan mereka mendakyahkan agenda mereka. Kekadang kita hairan berita yang betul pun akan ditafsir dari sudut yang negatif...pendek kata tiada satu pun yang betul..
Untuk menghadapi isu yang besar ini jomlah kita lupakan sengketa, bersatulah demi agama, tinggalkanlah ego ...janganlah kita menjadi seperti ayah saudara nabi, AbuTalib..Bukannya beliau tidak mengakui kenabian nabi, hanya kerana malu ego tercemar dikalangan masyarakat beliau sanggup mati dalam kekufuran..Nauzubillah...
Walluhualam...

Monday, January 7, 2013
Jom Ayutthaya- Aksi monyet yang menghiburkan...hehe.
Lawatan ke kilang payung, kebun strawberry dan pertunjukan monyet berkesudahan jam 5 petang waktu tempatan. Kembali semula ke Chiangmai untuk makan malam. Semasa di kebun strawberry aku mengusulkan kepada sahabat untuk terus saja ke Chiang Rai yang berjarak tak lebih 200km dari Mae Rim... alang-alang sudah menempuh jarak sejauh ini lebih baik dilanjutkan sedikit sehingga ke sempadan Myanmar...Disebabkan kesuntukan masa dan memikirkan anak bujang beliau yang ditinggalkan keseorangan di rumah, hasrat itu tidak kesampaian. Ok-ok aku mencadangkan saja.
Semasa di Chiangmai kami membeli set GPS Garmin sebagai persediaan memasuki Kota Bangkok. GPS sediada menggunakan komputer tablet. Kekurangannya berbanding GPS Garmin, gps komputer tablet tidak mencadangkan laluan alternatif sekiranya tersesat sebaliknya menganjurkan laluan yang sama. Set GPS bernilai 3990 baht yang mempunyai peta empat negara Thailand, Malaysia, Singapura dan Brunei....
Untuk menyingkatkan masa perjalanan ke Bangkok dan mengurangkan kos penginapan, kami bermalam di Lampang lagi. Setibanya di Lampang kami menginap di hotel yang sama semasa berpergian sebelum ini.
Ikuti diari perjalanan seterusnya ke Ayuthaya dan Bangkok....
Labels:
kembara Ayathuya.,
vacation,
warna warni kehidupan
Thursday, January 3, 2013
Kembara Ayuthhaya- Kilang payung, Kebun Strawbery dan Monkey Show..
Berdasarkan carian di internet sukar juga mencari tempat menarik unik untuk dikunjungi di Chiang Mai...antara lain carian menyenaraikan zoo, pertunjukan gajah, sekolah monyet, aktiviti berkayak, berbasikal, melawat sekolah memasak , kilang payung, melawat wat dsb sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi...sedangkan bagi aku hanya senaraian dua yang pertama menarik minat...Pertunjukan gajah telah dilawati di Lampang dan pagi itu tumpuan kami terarah kepada melawat sekolah monyet di Mae Rim berkedudukan 40Km dari Chiangmai. Kebetulan kebun strawberry dan anggur juga terdapat di tanah tinggi Lameung yang tidak jauh dari Mae Rim. Dengan bantuan GPS, kami melawat kebun Strawberry dahulu di ikuti dengan lawatan ke Mae Rim ....
Untuk tidak menghampakan kaum ibu dalam perjalanan ke Samoeng, kami menyinggah kilang payung di Kampheng San. Lawatan yang dijangka sekejap rupanya berlarutan sehingga berjam disana...
Kilang payung kertas berstrukturkan buluh yang semakin pupus dihidupkan untuk tatapan pelancong...

Aktiviti melukis pelukis-pelukis kreatif yang asalnya khusus melukis corak pada payung-payung kertas turut ditawarkan kepada pengunjung untuk melukis corak pada pada baju, handphone dsb.
Kami turut membeli sentuhan artis ini...
Bermotor sudah, bekenderaan empat roda sudah..kembara akan datang insyaAllah berbasikal pulak...he he..
Tanpa diduga bertemu dengan rombongan dari Malaysia yang kebetulan berasal dari Bandar Baru Kundang, Selangor yang sangat hampir dengan taman perumahan kami...mereka berombongan melalui pakej pelancongan yang dibeli semasa Matta Fair menaiki Air Asia. Kos melawat Chiangmai selama 5 hari 6 malam adalah RM1700 seorang. Terkejut beruk bila diyatakan kami hanya memandu dari Kuala Lumpur ke sini...he he apa yang nak dihairankan ...sedangkan dengan berbasikal, ramai yang telah mengelilingi dunia apalah sangat menaiki kenderaan empat roda yang serba selesa...selagi ada kemahuan disitu ada jalan...alah bisa tegal biasa...
Lawatan seterusnya adalah ke tanah tinggi Lameung...beriya benar ahli rombogan yang lain ingin melihat tanaman strawberi Thai...erm padahal sama saja dengan strawberi Cameron Highland...
Kebanyakan kebun strawberi yang kami kunjungi ditanam diplot tanah bersekala kecil..kebun-kebun besar terdapat di pendalaman berdekatan Daerah Pai yang hanya selesa diakses menggunakan pacuan empat roda....
Namun begitu kebun sekecil ini turut dipromosi sebagai salah satu produk pelancongan yang mesti dikunjungi...
Aku percaya sekiranya ladang sawit dan getah kita yang luasnya saujana mata memandang boleh dieksploitasi untuk menarik minat pengunjung luar merasai pengalaman baru yang tiada ditempat mereka...
Lokasi kebun strawberry agak terpencil di Lameung melalui jalan kecil berliku..bagi mereka yang pernah sampai ke Mae Hon Son ataupun Pai ..laluan adalah lebih kurang sama tapi berskala kecil. Agak lambat tiba di Mae Rim untuk lawatan ke sekolah monyet...Ikuti coretan esok...

Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.