click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 29, 2013

Pendapatan bumiputera masih tercorot...

Purata pendapatan bulanan isirumah rakyat Malaysia 2012

Bumiputera-RM4457

Cina-RM6366

India-RM5233


Data ini aku baca di suratkhabar semalam.

Bumiputera walaupun mewakili majoriti penduduk Malaysia, ternyata purata pendapatan bulanan mereka dikedudukan tercorot. ...Walaupun masih terkial-kial mencapai sasaran 30 peratus , aku rasa elok dinaikkan sasaran perkongsian kek ekonomi negara kepada lebih 65 peratus mengikut  nisbah jumlah penduduk Malaysia 65 Bumiputera 35 Bukan Bumiputera...Selalunya jika meletakkan sasaran rendah, maka pencapaian juga rendah...Selagi kek ekonomi dikuasai bangsa lain, aku yakin amat sukar untuk mengubah kedudukan pendapatan isirumah bumiputera...Sudah menjadi lumrah, pengambilan pekerja pasti mendahulukan bangsa  yang menguasai ekonomi itu...Jawatan utama sudah tentu dimonopoli oleh mereka...

Rapatkan jurang pendidikan antara penduduk luarbandar dan bandar. Tingkatkan prasarana sekolah dan guru luarbandar setaraf kemudahan dimiliki pelajar-pelajar dibandar. . Jika ingin bersaing, biarlah dipadang yang sama rata...Hanya dengan pendedahan ilmu, kesedaran akan meningkat untuk mengubah nasib diri. Sebab itu aku tidak bersetuju PPMSI diperkenalkan dulu, kerana ianya boleh membunuh minat pembelajaran kanak-kanak terutama  dipendalaman kerana faktor persekitaran.

Bimbingan terhadap pelajar lepasan spm terutamanya yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan.perlu diteruskan  dengan menyediakan pelbagai pogram lanjutan dengan kos yang murah.. Mereka mungkin kurang menyerlah didalam bidang akademik tapi potensi mereka dalam bidang lain masih boleh digilap.. Kekadang ada  pelajar yang lambat menyinar. Ramai pelajar yang ditakrifkan lemah semasa diperingkat sekolah tapi menyerlah setelah mengikuti pogram-pogram lanjutan sebegini,  berjaya dan menandingi pendapatan yang diperolehi oleh rakan-rakan hebat sekolah terdahulu.

Aku sangat bersetuju bila pogram keusahawanan akan diperkenalkan di sekolah-sekolah dibawah kendalian MARA dan sebaiknya diperluaskan disekolah-sekolah lain juga...Pendedahan awal akan membuka minda pelajar tentang peluang-peluang perniagaan apabila tamat pengajian kelak...Dalam ratusan ribu pelajar yang terlibat saban tahun, pasti akan ada yang menyerlah dan menjadi usahawan ternama untuk meningkatkan lagi penguasaan ekonomi bumiputera...

Jika diperhatikan, ramai pendatang dari Indonesia, Bangladesh, Kemboja dsb yang semakin kaya sekarang..Sesetengah tempat rakyat tempatan tidak mampu bersaing dengan perniagaan mereka...dulu beginilah yang terjadi terhadap pendatang-pendatang dari tanah besar china..kehadiran asal mungkin sebagai kuli tapi telah disematkan dihati untuk mengubah kehidupan dan seterusnya membina kekayaan. Keberanian mereka untuk berhijrah telah mengubah nasib diri...dan sifat ini sewajarnya perlu ditiru...Untuk berjaya setidak-tidaknya  berhijrahlah dari kampung halaman untuk meneroka dunia luar...lagi hebat kena lah berhijrah mencari rezeki diluar negara, sebagaimana dilakukan oleh ramai sahabat-sahabat kita di negara-negara luar seperti arab dsb...Aku percaya pendapatan mereka jauh lebih besar berbanding purata pendapatan bulanan rakyat tempatan dalam negara...

Tidak akan berubah nasib sesatu kaum melainkan kaum itu  sendiri mengubahnya...

Wallahualam...











Wednesday, March 27, 2013

Ramalan ini selalunya tepat...

Kalau nak ramalkan perangai anak-anak sesudah dewasa, cuba perhatikan gelagat mereka semasa kanak-kanak . Selalunya fe'el semasa kecil akan terbawak-bawak sehingga dewasa.. Kalau aktif beraktiviti semasa kecil, selalunya mereka ini tak betah duduk ..pasti ada saja aktiviti yang dilakukan untuk menghilangkan kebosanan...Jika anak-anak kaki tidor semasa kecil, emak ayah sepatutnya bimbang, takut-takut nanti begitulah sikapnya sesudah dewasa....


Kawan-kawan yang aku kenali kaki outdoor sekarang semuanya aktif semasa zaman kanak-kanak... Memang tak pernah duduk diam...main sungai, mandi lombong, main guli, main basikal keliling kampung, main sorok-sorok, ngurat awek hehe... dsb

 Cuma bila dewasa, aktiviti luaran terjurus kepada minat individu itu..........Tak kesahlah janji beraktiviti daripada membuang masa menambahkan peta di atas bantal...

 Aku pun tak sangka rupanya ramai kaki pancing diluar sana...Gambar-gambar berikut aku ambil sewaktu berbasikal menyusuri Sungai Sembah baru-baru ini....








 Kekadang datang memancing dengan membawa ahli keluarga...lokasi memancing bukan dekat ,  nun jauh dari tempat tinggal masing-masing...siap berkhemah...


Sepanjang sungai akan ada saja kelompok kaki pancing dengan sabar menunggu umpan di sambar ikan...

                            
Kaki pancing apa peduli muka berkarat berjemur bawah terik matahari berbanding kenikmatan mendaratkan tangkapan.. Mereka sanggup berjemur berjam.jam menunggu mata kail di sambar ikan

 Tapi kalau dapat tangkapan macam ni aku pun teringin nak jadi kaki pancing...tapi tak mau tunggu lama...campak umpan, terus disambar ikan..campak umpan terus dapat ikan...haha

Amacam dengan tangkapan ini...?

Inilah salah seorang kawan aku yang kaki outdoor semasa zaman kanak-kanak.....Seawal usia 12 tahun kami telah berkhemah di Gunung Ledang yang berjarak lebih 100km dari kampung , tanpa pengetahuan ibubapa...pergi dengan menumpang kenderaan yang lalu-lalang...Difikir-fikirkan balik, aku pun tak sanggup melepaskan kanak-kanak semuda 12 tahun berkeliaran tanpa ditemani orang dewasa....

Jom kita rancang sesuatu sempena cuti sekolah dihujung minggu ini...


Tuesday, March 26, 2013

Rezeki yang berkat...



Sambil berbaring sebelum keluar rumah sempat membelek  suratkhabar hari Ahad...Banyak-banyak berita..cerita ini syok aku membacanya...Naza Italia pegedar tunggal Ferrari Malaysia meminta peruntukan 20 unit tambahan Ferrari Berlinetta bernilai antara RM3.2 sehingga RM3.3 juta seunit...10 unit yang diperuntukkan terdahulu oleh pengeluar kereta yang berpengkalan di Itali, telah habis disambar sebelum hari pelancaran lagi...hebat ....Dalam pada orang kebanyakan  terpaksa  bersilat menepis panggilan pihak bank kerana tertunggak membayar pinjaman yang ciput, segelintir individu membeli kereta jutaan ringgit seolah membeli model kereta mainan....Berkat usaha  memerah otak dan tenaga mereka berjaya mengumpul kekayaan yang luarbiasa...

Semasa diluar, aku makan laksa dan cendol tepi jalan. Lama jugak aku duduk dan perhati. Cuaca panas menambah lagi kelazatan laksa dan cendol. Aku tengok tak menang tangan penjual melayan pelanggan. Cendul dan laksa rm5. Semasa membayar dapat juga curi-curi pandang pada tin simpanan hasil jualan. Aku agak banyak dia dapat.. Berkat kegigihan dan usaha dia...nampak saja berjual guna motorsikal buruk, entah-entah bersusun kereta mahal  digaraj rumahnya...

Contoh dua senario ini segera teringat kuliah ustaz di masjid taman kami...terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai maksud sebenar rezeki yang BERKAT....Selagi hayat dikandung badan, setiap manusia telah dijamin rezeki didunia...tetapi mengapa zahirnya, sesetengah individu memiliki rezeki melebihi orang lain....? Sebahagian berpendapat, BERKAT memberi maksud nilai tambah terhadap rezeki asas yang dimiliki....siapa yang berusaha, gigih dsb maka mereka akan mendapat keberkatan terhadap rezeki yang dimiliki...

Wallahualam...






Saturday, March 23, 2013

Motor, basikal dan kunci kereta Hilang...!

                                  

 Saudara Shahirunizam Salleh telah mula menunggang motosikal berkuasa tinggi semenjak tahun 1995 apabila berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Honda CBR600. Selepas itu antara motosikal yang pernah beliau miliki adalah Kawasaki ZX750, Suzuki GSX1000 dan Kawasaki GTR1400. Beliau sering berkonvoi bersama rakan-rakan biker di dalam negara bagi meramaikan kenalan disamping meningkatkan pengalaman jelajah bermotosikal. Beliau telah beberapa kali berkonvoi ke Negara Thailand, namun jarak yang paling jauh adalah sehingga ke Chiengmai, Segitiga Emas, meliputi sepadan Thailand, Burma dan Laos pada Okt 2010. Kini beliau menunggang motosikal Kawasaki Z1000 yang dirasakan agak sesuai bagi memenuhi kehendak penunggan semasa beliau.- Petikan dari entry latar belakang peserta Kembara Cambodia

Brader Nizam sepatutnya menyertai konvoi kami ke Cambodia baru-baru ini, tapi disebabkan aral melintang disaat-saat akhir beliau terpaksa menarik diri... berita baru yang aku terima dari rakan kembara Pak Usop SYM  petang semalam...Rumah Rider Nizam  di Tmn Malewar Gombak di pecah masuk pencuri....Antara barang yang hilang..motor Kawa z1000sx, basikal MTB yang aku yakin mahal harganya juga spare kunci kereta...

Tak taulah apa nak jadi dunia sekarang...barang besar berkunci dalam pagar pun masih boleh hilang...Mujur tuan rumah dan famili tidak dicederakan...namun trauma pasti kekal berparut untuk tempoh yang lama...

Masih tak berkesempatan untuk menanya khabar lebih dekat kerana beliau sedang sibuk menguruskan musibah yang menimpa...Semoga tenang dan mendapat kembali barangan yang hilang...

Kepada yang lain, kejadian kali ini ditakdirkan menimpa  sdr kita ini...nasib kita tak diketahui, harap-harap terhindarlah..Berbicara/menulis memang senang berbanding insan yang menghadapi musibah...tapi apa boleh buat....Nak tak nak kena hadapi hari mendatang...Bersedih dan meratapi kejadian ,  perkara telah berlaku...Kena redha dan menerima seadanya...Pasti ada hikmah disebalik kejadian...

Salam takziah dari kami...

Friday, March 22, 2013

SPM Oh SPM....

Berita hangat semalam dan harini pastinya pasal SPM...Bagi yang mendapat keputusan cemerlang status  wall fb,twitter dsb  pastinya  dipenuhi  dengan ucapan tahniah...Tak cukup dengan wall anak, wall emak bapak turut memaparkan kegembiraan. Yang kurang elok, janganlah  menganggap seolah inilah penghujung kejayaan anda. Perjalanan masih jauh sebenarnya...

Berdasarkan statistik 472541 calon menduduki peperiksaan, 15793  calon memperolehi semua A dalam setiap matapelajaran...Alhamdulillah, anak lelaki aku termasuk dalam kalangan 15793  calon itu..Aku yakin calon-calon cemerlang perempuan pasti mengatasi calon lelaki...Bukan nak menidakkan kemampuan pelajar perempuan, tapi  kegigihan dan ketekunan semulajadi pelajar perempuan memberi kelebihan kepada mereka...Dan jika kemasukan ke pusat-pusat pengajian tinggi  sekadar bersandarkan meritokrasi  keputusan akedemik yang cemerlang maka akan semakin ramai graduan perempuan membanjiri pasaran berbanding lelaki...Kesian dengan orang lelaki terpaksa bersaing dalam segenap bidang..Tidak pelik sekiranya bidang yang sepatutnya  didominasi kaum adam seperti juruterbang atau pemandu akan tergugat dengan kehadiran pesaing-pesaing wanita...

Aku berpendapat pemilihan  kemasukan pelajar ke pusat penggajian tinggi atau pemberian biasiswa sepatutnya lebih diberikan keutamaan kepada pelajar lelaki walaupun keputusan peperiksaan tidaklah secemerlang pelajar perempuan...Kekadang emak ayah atau kerajaan terpaksa berbelanja besar, tetapi berapa ramai graduan-graduan wanita terpaksa melepaskan jawatan untuk memberi tumpuan kepada keluarga sesudah bergelar  isteri ...Mengikut suami bermastautin, masalah pembantu rumah, masalah penderaan kanak-kanak di pusat-pusat asuhan dsb...

Dikalangan batch aku saja berapa ramai yang terpaksa menjadi  surirumah sepenuh masa...termasuk bini aku sedangkan kemasukan mereka dulu ke universiti -universiti telah menidakkan peluang calon-calon lelaki....

Argh dilema jugak yerk...Aku ada 4 anak perempuan dan sorang  lelaki...Pelajar perempuan ternyata semakin gigih disebabkan persaingan sengit , dan ternyata kegigihan mereka terbalas dengan keputusan yang cemerlang..Alangkah kasihannya jika dinafikan  hak mereka semata-mata memberi peluang kepada pelajar lelaki....


Akhir zaman kot ....bukan sekadar bilangan tapi penguasaan mereka disegenap bidang... huhu





Wednesday, March 20, 2013

Rabu Tanpa Kata...?



Jika yang sihat walafiat masih mengeluh...Fikir-fikirkan...

Foto foto diperolehi  semasa kembara Cambodia...

Tuesday, March 19, 2013

Kembara Cambodia-Rumusan Kembara

Maklumat yang dikongsikan ini mungkin bermanfaat kepada rider atau siapa saja yang ingin menjelajah ke destinasi sama atau mana-mana destinasi. Rider  yang telah pergi mungkin boleh membandingkan pengalaman yang mereka  diperolehi...

A. Jarak kembara

Jarak perjalanan keseluruhan dicatatkan melebihi 5500km..Bermakna sebaik pulang ke tanah air, motorsikal perlu diselenggara semula. Jarak  terjauh ditempoh sehari adalah sejauh 1130km pada hari ke14 dari Kenchanaburi ke Songkla, Bermula 6.30 pagi dan tiba sebaik waktu magrib dalam 6.30 ptg. Kedua jauh  pada hari kedua sejauh 980km dari Tammot ke Bangkok. Namun hari kedua mencatat waktu ride melebihi 16jam, tiba destinasi akhir sesudah jam 1pagi walaupun bermula sekitar 6.30 pagi. Kelewatan ini disebabkan konvoi terpisah beberapa kali dan mengambil masa lama untuk regroup selain terperangkap dalam kesesakan di Bangkok.

B. Kos kembara

Aku lebih suka memaparkan kos yang aku tanggung berbanding grup kerana tiada kaji selidik  berkumpulan dibuat. Kos secara umumnya terbahagi kepada 4 perbelanjaan utama iaitu Minyak, penginapan, makan dan lain-lain seperti cenderahati, barangan peribadi ,duit kopi dsb.

Minyak...setiap kali pengisian minyak memang dicatatkan untuk mengetahui prestasi penggunaan minyak...sepanjang pengembaraan kos minyak aku secara tepat adalah sebanyak RM986.

Penginapan- Penginapan keseluruhan- RM 850 untuk bilik yang dikongsi 2 orang. Purata kos penginapan dalam RM60 sehari atau 30 ringgit seorang saja...Daripada jumlah itu kos penginapan kami di Cambodia  sebanyak RM350 ditanggung oleh pihak penaja.

Makan-Tiada catatan spesifik dibuat..cuma sebelum berperpergian setiap peserta membuat koleksi 500 seorang...Koleksi ditambah sebanyak 50 usd lagi sewaktu di Cambodia. Koleksi ini digunakan untuk membiyayai makan secara berkumpulan dan sebahagiannya digunakan untuk   kos kenduri sewaktu melawat sekolah di Kg Chanang berjumlah RM1500. Setelah selesai kembara koleksi berbaki RM120 untuk  setiap peserta .Makan yang menggunakan duit sendiri-tak ingat...

Lain-lain perbelanjaan- . Ini  bukan perbelanjaan wajib. Perbelanjaan bergantung kepada keperluan masing-masing. .Perbelanjaan tidak direkodkan. Semasa menulis ini aku cuba mengingat ke mana duit aku diperabihkan...kira  yang ingat saja ... .

Jaket riding -460, kasut basikal-330, pedal basikal 180, topeng muka 30, Kompas 45, lampu suloh 50, replika basikal 20, magnet-15, pakaian berbasikal 45, kasut sukan anak 70, seluar tradisi kemboja  untuk bini  2 helai 60.., set pemotong kuku 20., minyak rantai 20..   duit tambang tut-tut, sewa motor, tiket lawatan, duit kopi  imegresen..pergh melepasi angka 1500 juga.. Nampaknya perbelanjaan bukan wajib mengatasi perbelanjaan wajib lain.

Namun perbelanjaan keseluruhan sebenar tidak banyak berbeza dengan anggaran . Duit diperuntukkan dalam kembara ini sebanyak 3500 habis digunakan sepanjang kembara selama 15 hari. Kos tidak termasuk  penyelenggaraan kenderaan sebelum dan sesudah kembara.

C. Permasalahan sepanjang kembara...

Keseluruhan kembara adalah lancar...melainkan terdapat sedikit masalah  sewaktu berurusan dengan imegresen dan kastam Cambodia. Walaupun memiliki dokumen sokongan kedutaan masing-masing dan dibantu lagi oleh jurupandu tempatan,, masalah birokrasi masih menganggu kelancaran konvoi. Selain itu terdapat sedikit salah faham sesama rider terutama di hari kedua dan ke 13 kembara. Masalah terhadap motor rider-Alhamdulillah tiada.

D. Saranan kepada bakal peserta  kembara

1. Anggaplah solat adalah keperluan..bukan pilihan...

2. Jika pergi secara berkumpulan pastikan setiap rider melengkapi diri dengan pengetahuan laluan. jangan terlalu mengharap kepada ketua konvoi atau sweeper menjaga pergerakan anda. Ada ketikanya secara tak sengaja rider akan terpisah sesama sendiri... Jika tidak memiliki peralatan GPS...peta perjalanan adalah tersangat penting. walaupun anda  peserta baru.. Anda akan menghargai pengetahuan itu bilamana terpisah daripada konvoi utama..

3. Bersikap terbukalah sesama rider..Sedia menerima keunikan setiap peserta...Setelah beberapa hari bersama  pasti akan timbul  pelbagai watak, Masing-masing mempunyai persepsi terhadap watak anda atau rakan-rakan...Usik mengusik sesama rider adalah perkara biasa...isu yang dianggap biasa mungkin sensitif bagi sesetengah orang...berlapang dada untuk menerima seadanya...

4. Elakkan bergerak diwaktu malam. Tetapi selalunya  gagal dipatuhi.. Tiada cara, melainkan sentiasa menyiapkan diri dan minda untuk  bergerak dalam apa jua keadaan ....

5. Lupakan protokol...tinggalkan  ego...Tanamkan dalam minda..., Jika anda merasakan berpangkat tinggi, percayalah ramai lagi yang jauh berpangkat  tapi sanggup mengabaikan pangkat yang disandang...Jika anda merasakan anda kaya..percayalah ramai yang jauh lebih kaya tapi tetap merendah diri...begitulah seterusnya dan sebaliknya...

Kita berkonvoi untuk enjoy ok...

Diari hari terakhir boleh lagi dibaca di sini Kembara Cambodia-Hari terakhir Day 15



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK