click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 6, 2013

Anak siapa pandai memasak...?



Cuti sekolah hampir berakhir...Minggu depan kebanyakan rumah yang menghimpunkan anak-anak pulang dari asrama akan kesunyian lagi....tunggu cuti akan datang untuk 'kemeriahan' selanjutnya. Kemeriahan yang tak seberapa sebenarnya...Walaupun anak-anak berada dirumah entah beberapa minit dapat bersua muka dalam sehari. Itu pun terpaksa berpekik memanggil  baru menyahut...keluar/turun  sekejap, bersegera  masuk semula ke bilik ...Masa dirumah dihabiskan dengan memerap sesama adik beradik dibilik..bersembang sesama sendiri atau membuta...Bagi ibubapa yang berkerjaya diluar lagilah hanya lewat petang atau hujung minggu baru dapat bertemu.

Ibubapa kena memikirkan aktiviti sepanjang musim persekolahan untuk anak-anak. Jika masa tidak dimanfaatkan sebaiknya, masa akan terbuang begitu saja.  Sebenarnya banyak kemahiran asas tersangat kurang pada anak-anak zaman ini. Salah satunya adalah kemahiran memasak...baik anak lelaki atau perempuan, ramai yang langsung tidak pandai memasak dan  kenal dengan bahan-bahan masakan....Tak caya cubalah suruh anak-anak  membeli barangan dikedai  seperti  lengkuas, serai, daun kunyit atau daun limau purut dsb..Tabik springlah kalau anak-anak kenal dengan barang yang dipesan...

Dengan segala peralatan serba canggih dan ringkas, memasak pun belum tentu menjadi .. Disuruh menanak nasi silap-silap nasi keras atau lembik, disuruh menggoreng ayam atau ikan ..mau rentung  atau tak masak langsung... Aku tak dapat bayangkan kalau disuruh memasak menggunakan dapur kayu macam orang dulu-dulu...Entah-entah terbakar dapor agaknya haha ..padahal kemahiran itu tidaklah sesusah mana untuk dipelajari...Yang penting pendedahan dan tunjuk ajar..

Menyedari hakikat ini  kami bercadang  mengadakan kelas  memasak  untuk anak-anak remaja seawal usia 10 tahun dimusim cuti sekolah akan datang. Disamping mengajar anak-anak sendiri usaha ini diharap dapat dimanfaatkan anak-anak remaja di taman perumahan kami dan berhampiran.. Untuk mereka yang tinggal berjauhan pun tiada masalah kerana kemudahan penginapan boleh disediakan. Kami sedang memikirkan module pembelajaran dan caj yang akan dikenakan. Ini kelas asas saja seperti mengenal bahan masakan, menanak nasi, menggoreng, menumis, mengemas dapor dll.  Apabila ilmu asas sudah diperolehi akan mudah untuk meneroka ilmu yang lebih advance. Yang penting anak-anak diberi pendedahan  ilmu asas memasak yang sangat bermanfaat untuk kegunaan sendiri atau berkeluarga dimasa hadapan nanti...

Diharap dengan pendedahan ilmu itu takdalah kekok untuk memasak sendiri ..Bila mak ayah tiada dirumah sudah boleh berdikari...tidaklah menahan lapar  semata-mata menunggu mak balik untuk memasak...atau sekadar melahap maggi..maggi dan maggi..Ilmu boleh dimanfaatkan sewaktu melanjutkan pelajaran. Masa tu mana ada dewan makan atau dewan selera.. .Masing-masing kena usahakan sendiri. Sewaktu menamatkan zaman bujang  tidaklah asyik makan dikedai saja .. Hati sudah pasti tidak berdebar atau takut-takut untuk ke dapor sewaktu bertandang ke rumah mak/ayah mertua. Atau sewaktu isteri berpantang  pandailah jugak si suami menjenguk-jenguk dapor...

Belajar jangan tak belajar...








Wednesday, June 5, 2013

Rabu tanpa kata...?,

Banyak betul motor yang ditinggalkan sebegini ditepi-tepi jalan...

Tuesday, June 4, 2013

Anak kucing sudah mati....


Semasa kehadirannya maklumat  dari blog perihal kucing sentiasa menjadi rujukan., nak tahu bagaimana menjaga anak kucing yang ditinggalkan ....ibukandung lepas hantar anak dalam stor bawah tangga., langsung tak balik...taktaulah apa jadi ..samada membawa diri atau barangkali menjadi mangsa langgar lari...

Mujur ada anak perempuan yang menjaga keluarga baru. Aku harap sempatlah membesar dan sihat sementara mereka ada dirumah sempena cuti sekolah...Bersungguh benar menyuruh  membeli susu kucing. Sebelum itu aku beri susu awal lembu...hehe

' Mana boleh ..beri susu lembu..' Maklumat dari blog kucing memberitahu sedemikian katanya..owh..owh mana aku tahu...Maka membelilah botol dan susu tepung bayi kucing dari kedai pet berdekatan...Maklumat dari blog kucing lagi, bayi kena usapkan dibahagian dubur dengan tuala basah suam untuk merangsang supaya membuang air besar/kecil..Semua dituruti...

Namun usaha dan niat  untuk membesarkan bayi kucing tak kesampaian...bayi kucing sudah mati. Terdapat pendarahan pada dubur bayi...Keracunan makanan sebab sembelit kot...wallahualam..Aku respek orang yang pandai membela anak kucing yatim. Kami gagal dalam ujian ini..huhu

Kepada peminat kucing kalau nak baki susu kucing dan botol susu silalah datang tempat kami... 




Friday, May 31, 2013

Ke mana si ibu menghilangkan diri....!



Seingat aku kucing ni dah lama aku buang kat pasar awam di Pekan Rawang. Jauh tu lebih 5 km dari rumah...tapi entah macamana kucing tu boleh berada semula di rumah. Masalahnya kami  tak betah membela kucing...

Masa mula-mula bertandang ke rumah pertama kali dulu agak liar. Bukan seekor bahkan dua...Jantan dan betina...Kucing yang orang luar buang juga barangkali...Mana-mana makanan yang lebih kami berikan. Lama kelamaan menjadi jinak, dah pandai bergesel pada kaki..miow-miow..terus bermastautin dirumah . . Kira bolehlah...kot boleh tolong memburu tikus yang bersarang disiling..ermmm haram...! Tikus nampaknya tetap beranak pinak..Yang lagi tak tahan, berak tak pandai cari tempat..ikut mana sempat.  Suatu hari sudah berak atas katil.. Tak tau yang mana satu punya kerja , jantan atau yang betina. Sekali sabar..2 tiga kali berak tempat yang sama mana kami  tahan...

"Ciit..cit..cit..meow.meow." haha mau kasi tipu, mintak dua-dua datang dekat.. rapat saja terus  tangkap dan bawa ke pasar awam...meronta dan melompat sana-sini dalam kereta mintak lepaskan... ... setiba saja di pasar, buka pintu kereta terus melompat dan ghaib dari pandangan. Lama juga rumah tak berkucing..Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..3, 4  bulan lepas kucing betina yang disangkakan tak akan kembali, muncul lagi dirumah..tapi dah tak berani datang dekat..Masuk rumah pun curi-curi...


Masalah baru datang...kucing betina itu sudah beranak...beranak atas bumbung dan kini dikesan membawa masuk anak ke dalam stor dalam rumah...mujur cuma seekor..sehingga artikel ini ditulis si ibu menghilangkan diri...semalaman si anak tidur bersendirian..pagi ni meow..meow  menangis tak henti....hishhh..Siapa mau jaga ni......?!

Peminat-peminat kucing marilah datang tolong...Huhu...


Saturday, May 25, 2013

Khasiat herba dukung anak dan susu kambing segar...



Berdasarkan cakap-cakap, rakan karib aku Allahyarham Hj Rosli Abdullah meninggal kerana Hepatatis B setengah kata Hepatatis C. Argh tak taulah yang mana betul. Namun pentunjuk pada jenazah menidakkan andaian itu kerana tiada warna kekuningan pada  anggota jenazah. Tidak pulak aku menanya punca sebenar kematian berdasarkan repot doktor., yang pasti ajal dah sampai disebabkan komplikasi dalam perut dan kegagalan anggota penting dalam tubuh.

Kebetulan juru mandi jenazah pernah menghidap penyakit hepatatis  dan beliau turut mengakui ketiadaan tanda kekuningan pada anggota jenazah yang sepatutnya boleh dilihat dengan jelas..Dimaklumkan masih tiada ubat moden yang mampu merawat penyakit hepatatis ini. Kebarangkalian pengidap untuk pulih hanya sekitar 20 peratus.

Hj Shaari yang kini bertugas sebagai jurunikah dan jurumandi jenazah kariah kami di Bandar Country homes Rawang memberi tips berikut kepada pengidap penyakit hepatatis. Amalkan meminum perahan air dukung anak yang dicampur dengan susu kambing segar setiap hari. InsyaAllah berkesan untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana  dialaminya. Orang yang sihat boleh turut mengamalkannya juga kot..Wallahualam

Friday, May 24, 2013

Allahyarham Rosli Abdullah dalam kenangan...

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Alfatehah untuk rakan karib ku Allahyarham Rosli Abdullah 48 yang kembali ke rahmatullah pada Khamis 23 Mei 2013 di KPJ DMC. Walaupun bermastautin di Bdr Country Homes, Rawang, atas permintaan keluarga beliau, jenazah  selesai disemadikan di kampung kelahiran Sanggang Temerluh selepas isya hari yang sama.

2 minggu menghidap demam  dan minggu terakhir dimasukkan ke hospital. Keluar hospital dan masuk semula pada magrib selasa, tidak sedarkan diri keesokan pagi sehinggalah menghembuskan nafas terakhir lebihkurang jam 10 pagi khamis. Difahamkan punca kematian adalah komplikasi dalam perut dan kegagalan hati.

Aku berpeluang melawat beliau diawal kemasukannya dihospital, bersembang dengannya. Walaupun keinginan bermotorsikal besar tidak seghairah sewaktu beliau sihat dibulan-bulan terakhir, namun topik perbualan ketika itu pasti akan menjadi kenangan. Di akhir hayatnya tetakala kami menggosok tengkok dengan harapan melegakan pening-pening yang dialami, sempat beliau bertanyakan ...

'Siapa ni...?'

'Akulah...Latep"

" Latep motor besar...?"

"ha.."

Itulah perbualan terakhir aku dengannya sebelum beliau diusung ke hospital...Semoga rohnya tergolong dalam golongan orang yang dirahmati. Amin. Al Fatehah...


Tuesday, May 21, 2013

Pasca pilihanraya- Kuasa ekonomi pribumi mesti ditingkatkan...!

Kita sedia maklum hampir 80 peratus jawatan tertinggi di pihak swasta dikuasai oleh orang bukan melayu manakala peratus yang sama menghimpunkan jawatan rendah kepada bangsa melayu atau bumiputra. Adakah kita pelik ...? Kita sedia maklum kebanyakan syarikat swasta dikuasai oleh mereka. Sudah pasti mereka akan menghimpunkan kaum sebangsa untuk jawatan penting. Itu adalah hakikat dan lumrah...Kenapa perlu kita pelik ..Kebanyakan orang lebih selesa berurusan dengan orang yang dikenali dan rapat..Cuma yang menjadi masalah apabila amalan itu yang keterlaluan...

Apa yang aku sangat menyampah, mereka   cuba pula menonjolkan orang lain mengamalkan nepotisma dan kronisma terutama dipihak pemerintah.......Dalam kempen pilihanraya yang lepas isu ini begitu hebat diapi-apikan....Sedangkan amalan ini sudah terlebih sebati dengan diri mereka.. Cakap tak serupa bikin..Ibarat orang yang membuang angin didalam lif , tak akan pernah mengaku.. lagi buruk perangai, cuba pula menuduh orang lain  berbuat demikian. Dan lebih malang, ramai  yang terpedaya dan sanggup pula berpencak silat mempertahankan golongan ini sekiranya ada yang cuba menyanggah  setiap tuduhan mereka...

Banyak contoh didepan mata...Aku punya  sahabat yang berkerja di EON Bank, kini bertukar pengurusan setelah menjadi milik Hong Leong Bank , begitu juga Sime Tyre kini Continental, Sharp Roxy....Aku terlibat dalam industri pembinaan dan punya ramai sahabat terlibat dalam industri yang sama. Argh banyak lagilah kalau aku ingin senaraikan... Pengalaman boleh menceritakan  tentang amalan kronisma dan nepotisma dikalangan mereka. Itu amalan pengurusan di sebuah syarikat..bagaimana sekiranya mereka berjaya menjadi dominan dalam pemerintahan negeri/negara..?...sebab itu aku sangat khuatir sekiranya puak ini memegang tampuk kuasa...Pastinya mereka akan gila kuasa...Tidak boleh dilakukan secara terangan..pastinya secara halus...

Cukuplah...sesuatu mesti dilakukan untuk mengimbangi kuasa ekonomi dan kini politik puak chauvinis ini.. Aku berpendapat hanya dengan kuasa ekonomi mampu menyekat kerakusan mereka.  Kita tak boleh lagi terlalu megharap dengan kuasa politik yang semakin menghakis.. Tanpa kuasa ekonomi, kuasa politik mudah diperkotak-katikkan.. Tidak boleh berpuashati sekadar mencapai 30 peratus kek ekonomi negara. Walaupun sasaran masih berkisar ditakuk 20 peratus, usaha mesti digembeling  untuk mencapai setidak-tidaknya 70 peratus penguasaan  menurut nisbah komposisi kaum. Untuk tujuan itu program keusahawanan mesti dipertingkatkan. Aku gembira bila institusi ulung seperti UiTM turut berkesedaran untuk melahirkan ramai usahawan dikalangan pelajar mereka. Glc-Glc seperti Felda, Felcra. Risda dll sepatutnya turut memainkan peranan yang aktif untuk tujuan yang sama. .Giatkan kempen 1Keluarga1Syarikat. Walaupun tidak semua pogram keusahawanan akan berjaya dan menepati sasaran, diharap pogram diteruskan. Dapat melahirkan sebahagian yang berjaya pun sudah dikira berjaya.

Pelaburan dalam modal insan jangan dianggap sebagai satu pembaziran..Kesedaran menuntut ilmu mesti  sentiasa disemai dikalangan orangramai. Mana-mana pelajar yang tercicir dalam bidang akedemik, juruskan mereka ke bidang yang diminati..seperti dalam bidang teknikal, sukan dsb. Pendedahan ilmu dapat mengubah nasib seseorang.

Pekerja-pekerja yang memasuki alam pekerjaan dalam apa juga bidang mestilah dipupuk berwawasan untuk membina kerjaya sendiri apabila berpengalaman kelak.  Atau sekiranya ingin kekal berjawatan, biarlah dengan jawatan yang boleh menentukan  dasar organisasi/syarikat  Orang yang berwawasan akan bersungguh menimba ilmu sebagai persediaan apabila membuka syarikat sendiri nanti. Mulakanlah awal sementara komitmen hidup belum bertambah...bertatihlah dari bawah setimpal dengan modal yang kecil. Rebutlah peluang yang nabi beritahu 9 /10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Kita sepatutnya tidak selamanya bergantung rezeki dengan orang lain. Selayaknya  mempunyai azam untuk menyalurkan rezeki kepada orang lain pula...Bukankah tangan yang diatas itu lebih mulia dari tangan yang dibawah...?Apabila telah wujudnya ramai majikan muslim, dengan sendirinya isu nepotisma/kronisma disyarikat bukan islam akan berkurangan kerana majikan muslim akan memanfaatkan kepakaran pekerja islam itu sendiri...

Ungkapan-ungkapan seperti 'Harta/duit tidak boleh dibawa mati ' mesti diperbetulkan.  Sedangkan dizaman nabi ramai sahabat yang kaya raya, Abu Bakar, Omar, Osman dan ramai lagi hatta isteri nabi, Khadijah juga tokoh korporat dizaman itu...Mereka kaya tapi tidak menjadikannya terpesona dengan dunia bahkan dimanfaatkan untuk orangramai... Bukankah dengan duit/harta  yang banyak boleh dimanfaatkan dalam pelbagai urusan seharian seperti zakat, sedeqah  atau amal jariah   dikalangan orangramai  yang pahalanya akan  diperolehi berterusan  hatta sesudah mati..Tindakan yang lagi bijak. Berbanding dengan ibadat khusus seperti solat, puasa, haji yang hanya boleh diganjari pahala selama kita hidup. Tafsiran ungkapan-ungkapan yang salah ini menjadikan kita mudah berpuashati dengan apa yang ada. Jika itu mentaliti kita jangan salahkan bangsa lain berterusan menguasai ekonomi  dan kini mula pula mengorak langkah  menguasai politik negara...

Sekiranya ekonomi bangsa telah mantap, aku tak kesah...bertukargantilah pucuk pimpinan negara kerana ketika itu kuasa benar-benar milik kita...Wallahualam..





CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK