click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 7, 2021

Kiosk Gunting Bas Mini...


1hb Mei 2021 bermulalah episod kiosk gunting bas mini beroperasi di lokasi baru..

Mengambil kesempatan beroperasi ditengah-tengah kesibukan orangramai membuat persiapan berhari raya. Pengenalan yang sedikit mudah kerana selalunya dalam tempoh ini orang ramai akan tercari-cari kedai gunting untuk berdandan rambut raya.

Ditambah dengan keunikan kiosk dan lokasi di simpang 3 yang sibuk, agak pelik jika orang ramai tidak menyedari kehadirannya.



Namun begitu, setelah hampir seminggu beroperasi, masih ada yang tercari cari kios gunting walaupun telah tiba dilokasi. Biarpun terpampang jelas stiker keliling bas, mereka memberi respond tidak menyangka bas boleh dijadikan kiosk gunting rambut.

Yea orang ramai masih belum terbiasa kerana tidak ramai orang mengusahakan cara ini.



Daripada kenderaan lama tersadai memenuhi depot -depot, kenderaan tersebut boleh dimanfaatkan dengan membuka kiosk berniaga kecilan. Yang paling penting keterampilan luar dan dalam kiosk mesti dijaga supaya tidak
menyemakkan pemandangan persekitaran.


Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu lebih terbuka menerima idea- idea seperti ini.


Sambutan Alhamdulillah. Sebagaimana dijangka seorang tukang gunting tidak sanggup melayan pelanggan yang ramai berkunjung. Penat berdiri katanya. Perlukan seorang lagi untuk memberi khidmat terbaik.

Mengikut pengalaman, 2 orang tukang gunting juga sebenarnya tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan apatah lagi jika tukang gunting itu disukai.

Namun berdasarkan pengalaman juga, penulis tiada hasrat menempatkan lebih dari 2 orang dalam sesatu premis. Pelanggan setia selalunya akan menunggu atau membuat tempahan terlebih dahulu.


Setelah kanvas kuning bertiang merah dipasang nanti...wah wah walaupun lama, harap pelanggan tetap sabar menunggu...

Wednesday, May 5, 2021

PKP 3...


Huhu.. PKP datang lagi di 6 daerah di Selangor bermula 6hb Mei sehingga 17hb Mei 2021, aktiviti terbatas lagi. Harapan untuk merentas negeri sempena hariraya bukan saja tinggal harapan bahkan skop pergerakan semakin terbatas bilamana tiada kebenaran untuk merentas daerah.

Mujur aktiviti ekonomi tidak disekat seteruk pkp 1 dahulu.


Kita merasakan sudah cukup terpukul, sedangkan ramai lagi yang terkesan teruk apabila pandemik seakan tiada tanda akan berakhir.

Untuk orang beragama, ada sandaran dengan berdoa meluahkan keluh kesah dikala dilanda musibah, tapi yang lemah pegangan agama ramai yang mengambil jalan singkat membunuh diri.

Seorang pakcik bukan islam bersedih menceritakan anak beliau kemurungan kerana hilang pekerjaan pilot, risau anaknya mengikuti jejak rakan beliau yang mati terjun bangunan.

Angka kematian bunuh diri melebihi kematian kes covid itu sendiri, sebab itu pemerintah kebanyakan negara terpaksa mengambil pendekatan tidak menutup rapat aktiviti ekonomi sepanjang tempoh pkp.

Kejadian hujan lebat dan angin kencang di kawasan kediaman penulis.


Esok 6hb Mei, 6 daerah Selangor ber PKP lagi. Pening... nak merentas daerah pun tak boleh...

Mujur semasa Pkp1 dulu terdetik membuat reban ayam, setidaknya ada aktiviti yang boleh dibuat sepanjang tempoh kurungan.

Pkp 3 ni bercadang menambah bilangan induk ayam telor..

Dapat membela 12 ekor induk rasanya ok lagi untuk saiz reban sediada..

Sehari dapat kutip 8-10 biji telur sudah kira lumayan..

3 hari sekali boleh buat barter trade dengan kedai runcit. Dah tanya pemilik kedai sebiji 70 sen. Takpun duit boleh guna membeli makanan ayam.

Biar ayam menanggung sendiri perbelanjaan untuk kelangsungan hidupnya😁

Thursday, April 29, 2021

Manfaat Berternak Keliling Rumah

  1. Walaupun duduk di taman bertanah keluasan terhad, dengan sedikit kreativiti sesiapa saja boleh berternak. Namun, jika kita hanya mencongak untung dan rugi tanpa melihat manfaat tersembunyi, nescaya aktiviti ini akan menyebabkan kita mudah lelah.
Pejam celik sudah masuk tahun ke 2 penulis membela ayam dan ikan dicelah rumah. Kalau dulu terlalu sangat mendengar pendapat orang, nescaya aktiviti itu berkubur sebelum sempat membela...Bau lah..lalat lah, tikus lah ularlah dll.

Setelah berternak masalah yang dinyatakan memang wujud tapi tidak seteruk yang dimomokkan.

Bermula dengan PkP pertama dan kini entah dah berapa kali pkp, pkpb, pkpp, menternak ayam dan ikan terus berlalu tanpa masalah besar. Dah banyak dah ayam dan telur yang telah dijadikan hidangan diatas meja. Mula terdetik untuk menambah induk ayam supaya telur ayam kampung boleh ditolak ke rakan yang berniaga dipasar, untuk dijadikan modal membeli makanan ayam berkualiti.

Walaupun lebih mudah membeli dipasar, tapi membela ayam sendiri, banyak memberi kelebihan.

Memanfaatkan waktu adalah kelebihan terbesar. Kini rutin harian paling kurang setengah jam pagi dan petang diperuntukkan untuk ternakan. Seronok melihat ternakan membesar didepan mata. Terhibur dapat mengutip telur-telur.

Selain daging dan telur, reban dan ayam mampu dijadikan mesin baja organik.

Rumput basah dan daun-daun kering keliling rumah selain dibakar dalam kebuk khas, sebahagian lagi diselerakkan ke dalam lantai reban.

Kelihatannya ayam ayam sangat suka memakan rumput selain mencari ulat atau serangga yang terkumpul bersama sampah-sampah tersebut. Ayam gembira, bau reban pula dapat dikurangkan.

Hasil yang tercerna kelak akan dikumpul dan dicampur dengan hasil bakaran sisa buangan taman dan kompos dari sisa organik bahan dapur untuk ditabur ditanaman pula.

Kini apa saja sisa makanan boleh dimanfaatkan ke dalam makanan ayam, tiada lagi yang terbuang ke dalam tong sampah. Dulu penulis serabut melihat jambu air yang banyak gugur, kini tidak terbazir lagi untuk diolah dalam makanan ayam.


Berbanding membela ayam, membela ikan lebih ringkas, cuma makanan tak boleh diberi sembarangan, terpaksa membeli yang telah siap.

Disebabkan kurang diberi perhatian nampaknya ikan penulis lambat membesar .

Berbekalkan semangat untuk menuai hasil untuk dijadikan hidangan pagi raya, penulis akan beri perhatian juga untuk ikan ikan..Kalau sebelum ni asyik lupa menabur dedak..kini perlu lebih berdisplin.


Rakan setaman yang memberi tumpuan membela ikan dah banyak kali menuai hasil. Sekilo 3, 4 ekor . Oklah tu membela hanya dikolam konkrit berkeluasan tak seberapa ditepi rumah.



Walaupun mungkin tak sempat untuk raya aidil fitri..rasanya ikan talapia dan puyu emas penulis sempat dituai untuk raya aidil adha...



Wah berjuadah ikan dan ayam kampung raya nanti..hehe

Tuesday, April 27, 2021

Kiosk Gunting Bas Mini...


Kiosk Gunting Bas Mini kini telah berada dilokasi baru, Bandar Country Homes Rawang.

Walaupun belum mendapat lesen PBT, rasanya berbaloi mengambil risiko memulakan operasi. Bas diletakkan di tanah persendirian dan kebenaran tuan tanah sudah diperolehi. Jika beroperasi tanpa lesen sekalipun, hanya saman boleh dikeluarkan oleh PBT tanpa boleh menyitanya.

Setelah hampir setahun tersadai, kiosk gunting dijangka boleh meneruskan khidmat seawal pertengahan Ramadhan ini.




Terpaksa menggunakan khidmat dua tow trak. Trak pertama tidak berjaya menurunkan dan menyusun bas dilokasi dikhendaki kerana tersangkut ramp laluan masuk.


Trak lain dipanggil untuk memudahkan kerja. Sekejap saja bas dapat diletakkan dilokasi dikhendaki.

Trak penunda diusahakan anak muda tempatan. Menunda bas merentas daerah dikenakan caj RM600 dan trak tambahan RM150. Caj sangat berpatutan.

Hari yang sama bekalan elektrik disambung dipremis yang dikongsi dari jiran gerai. AC juga dalam proses pemasangan...


Bas dimandikan untuk membersihkan segala lumut dan kotoran maklumlah hampir setahun tersadai.

Stiker tambahan akan ditampal untuk lebih berketerampilan.

Kiosk akan terus dibuka tanpa menunggu kanvas bumbung siap, setidaknya boleh menguji pasaran..

Berdasarkan maklum balas rambang, mereka juga tidak sabar untuk mencuba bergunting disitu.

Bismillahi ArRahman ArRahim

Sahaja aku memulakan khidmat gunting rambut dilokasi ini kerana Allah Taala..

Allahuakhbar.

Sunday, April 25, 2021

Pemarut Kelapa Mini...

Sebiji kelapa siap parut berharga sekitar Rm2.50., seunit pemarut kelapa elektrik berharga Rm170-250. 

Kelihatannya seperti tidak berbaloi membeli sekadar untuk kegunaan domestik. Belum lagi berpeluh mengupas buah kelapa. Lebih baik beli santan dikedai

Tapi pedulilah, pejam mata membeli alat pengukur kelapa.


Pemarut mini berharga Rm170., biarpun agak mahal, rasanya tidak rugi menyimpan peralatan ini. Bila- bila masa boleh digunakan untuk mendapatkan santan segar.

Di perkarangan rumah terdapat 3 pokok kelapa, 2 darinya tidak putus berbuah..Sepokok lagi sedang membesar. Jika tidak dikait, buah tua akan gugur dengan sendiri. Sayang, jika buah dibiarkan begitu saja.


Terdapat lebihan pahat dalam stor, maka diubah suai untuk dijadikan alat pengopek sabut kelapa.


Pengopek sekadar disandarkan dicelah dahan pokok, sabut kelapa kini mudah dikopek. Sebelum ini menggunakan pagar besi runcing.


Dibawah pokok ini saja terdapat 6 biji kelapa yang telah tumbuh sebab terbiar sesudah gugur.

 Dulu pernah rajin menggunakan blender untuk mendapatkan santan.

Kopek sabut-pecah kelapa-congkel isi-kupas bahagian keras dan blend.

Argh leceh..

Kini dengan adanya alat yang lengkap, proses berjaya diringkaskan.



Buah yang dipokok menunggu hari untuk gugur.

Dengan adanya peralatan yang lengkap, kini santan segar dihasilkan sendiri.


Tak perlu dikukur sehingga tempurung, isi berbaki boleh diberikan kepada ayam.

Semua bahagian kelapa bermanfaat, sabut yang terhasil akan dicampak dipangkal pokok.



Pokok mangga yang sekian lama mandul kini berbuah dan mangga menunggu masa untuk ranum.

Tak rugi berbudi pada tanah...

Jom jom berkebun...

Friday, April 9, 2021

Puncak 2 Ringgit, Bukit Sentosa Hulu Selangor

Hairan bagaimana puncak bukit ini mendapat nama mendorong kami beriadah di situ.

Destinasi diketahui melalui internet, berjarak 30km dari kediaman kami, tersenarai sebagai lokasi rekreasi menarik daerah Hulu Selangor.

Hulu Selangor, sesuai dengan kedudukannya ditanah tinggi , memang banyak puncak-puncak bukit yang boleh didaki.

Setelah memakir kenderaan disebelah kilang kaki bukit, mula mengorak langkah.


Pergh, mendaki landai sekitar 100m pertama, laluan berikutnya disajikan dengan dakian mendongak lebih 30 darjah...

Orang rumah angkat bendera putih, memang sebaiknya tidak memaksa diri meneruskan dakian jika itu lebih memudaratkan.

Lagipun jarak ke puncak lebihkurang 1.8km,  kalau dipaksa mendaki, masa akan banyak terbuang di sepanjang laluan. Biarlah dia beriadah dikaki bukit saja.

Maka kita pun meneruskan dakian bersendirian...Keputusan yang tepat, untuk ke puncak, dakian sentiasa mendongak.

Beberapa meter mendaki baju sudah dibasahi peluh...



Untuk yang biasa beriadah disini tiada masalah mendaki. Sepanjang pendakian bertemu beberapa pasangan.

Mengkarung..

Berselisih dan bersembang dengan pasangan wargaemas yang menjadikan dakian ini sebagai rutin harian/mingguan. Memang dahsyat..Kalau yang tak biasa, memang rasa nak putus urat nafas. Banyak angin terlepas semasa pendakian.


Tiba dititik tertinggi, tertera tulisan puncak RM 2...Tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat, bagaimana puncak ini mendapat nama. Ramai yang ditanya memberikan jawapan 'mungkin' dulunya pendaki dikenakan bayaran Rm2 untuk beriadah disini. Yea mungkin...


Banyak lagi rupanya hutan yang boleh dilihat dari tanah tinggi.

Untuk yang biasa, bukan sekali bahkan 4 pusingan mendaki sambil berlari seperti anak muda ini.

Kita mendaki dan menurun santai, tercapai juga misi beriadah di Puncak 2 Ringgit.

Seusai mendaki enak sungguh menikmati nasi lemak sepinggan penuh berlauk sambal sotong, telor rebus dan telor mata. 

Teh tarik satu lagi ! 

Tudiaa...Sambil beriadah sambil cari tempat sarapan baru...hehe

Jika tinggal berdekatan, tempat ini boleh dijadikan venue riadah tetap, tapi jika diberi pilihan, sekiranya ingin riadah mendaki, rasanya lebih syok beriadah di Puncak Templer, destinasi lebih hampir dengan suasana kesegaran hutan tulin. Lepas mendaki boleh berkubang dikolam air terjun.

Jeburr...!

Thursday, April 8, 2021

Tanam Cili Secara Fertigasi...

Pertanian adalah perniagaan. Sudah beberapa orang,  penulis temui yang melibatkan diri dalam pertanian, kebanyakkannya berpenampilan simple tapi memiliki kebun tanaman berpuluh ekar sehingga hasil dieksport keluar negara.

Semasa melawat rakan di Sg Besar baru ini, beliau juga mengusahakan tanam bendi..Pokok tak sempat membesar peraih telah datang untuk memborong hasil tanaman.


Kunjungan harini ke plot tanaman cili fertigasi rakan setaman. Ketika ini beliau menanam seribu pokok cili dalam polibeg.

Projek berikutnya menanam bendi dan terong diplot tanah kosong bersebelahan.

Penulis percaya beliau boleh pergi jauh melihat kepada kesungguhan dan pengetahuan yang dimiliki.

Beliau menjangkakan 5-7tan cili mampu dihasilkan semusim 6-9bln. Harga cili borong kebun adalah rm15 sekilo. Hasil tuaian sentiasa tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.

Bertani skala separa/besar perlukan kesungguhan, jika tidak cuma dapat penat badan dan menghabiskan modal saja.


Untuk penulis, ini saja yang diusahakan hariini...hehe tanam singkong/ ubikayu 4 pokok.,disamping menajak rumput  pangkal tanaman lain.

Menanam lebih untuk berpeluh dan hasil untuk kegunaan sendiri memanfaatkan tanah kosong depan rumah.

Pokok-pokok yang ditanam pula adalah jenis mentenen rendah disamping mampu hidup bertahun lamanya...

 Pokok ubi pulut yang ditanam sebelum ini dah tak habis dimakan pucuknya., Daun tua yang dicelur air panas dicampur  untuk ayam makan. Nampaknya, daun-daun celur yang menjadi rebutan. 


Pokok cili 3 pokok yang dibeli dari rakan tadi, tak pasti berapa lama mampu bertahan. Rasanya tak mampu menjaga segigih  rakan diatas.


Melihat kepada limau kasturi dan limau purut yang subur dan lebat berbuah, naik semangat menambah koleksi pokok lemon jenis lain. Sepokok Rm18

Taik ayam percuma bercampur sisa dapur domestik dijadikan baja kompos, memang tak rugi   berbudi pada tanah...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK