click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 14, 2022

Umrah 22-D6

Umrah 22 hari ke 6 Rabu berziarah luar ke Jabar Rahmah dan meninjau tempat jemaah haji berwukuf di Arafah.

Jabar Rahmah adalah tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah keduanya terpisah sejak dikeluarkan dari syurga. Nabi adam dipercayai turun di India manakala siti Hawa di Mekah, di Jabal Rahmah ini mereka disatukan semula.







Pelbagai amalan pelik berdoa di batu tanda bukit ini. Bukan itu saja ramai yang meletakkan foto-foto dicelah-celah batu , dengan harapan bertemu jodoh.


Ketika ini tangga ke puncak disediakan. Musim umrah berpeluang memanjat sehingga ke puncak.


Di musim haji jemaah terlalu ramai dan jemaah Malaysia tidak digalakkan memanjat bukit sebaliknya disarankan membuat amalan sunat sambil menyimpan tenaga untuk membuat rukun haji yang lain.





Peluang berziarah luar hari ke dua Mekah dimanfaatkan dengan berniat melakukan umrah di miqat Masjid Jaaronah...

Saturday, March 12, 2022

Umrah 22-D5


Hari ke 5 jemaah bergerak ke Mekah. Kami seramai 4 orang daripada 21 yang lain memilih menaiki keretepi laju. Yang lain menaiki bas kerana bersama mereka ada jemaah lanjut usia.

Jemaah diminta terus berpakaian ihram dan berniat umrah sebaik menaiki tren kerana hanya selang beberapa minit akan melintasi miqat.







Teruja mengetahui kelajuan maksima tren ini...Maksima direkodkan adalah 300km sejam., Pada kelajuan ini bergegar tren., Berdasarkan pengamatan gegaran disebabkan trek, kerana di sesetengah tempat gegaran tidak begitu terasa.  


2 jam setengah tiba di Mekah. Segera check in dihotel. Urusan check in mengambil masa agak lewat kerana mutawif terpaksa menguruskan check in untuk jemaah yang menaiki bas juga.


Tanpa menunggu jemaah yang menaiki bas kami menyelesaikan umrah dulu. Jemaah menaiki bas tiba sekitar 12 mlm sedangkan kami lebihkurang maghrib telah tiba.

Berbeza dengan umrah diluar musim covid, hanya jemaah mengerjakan umrah dibenarkan bertawaf di dataran kaabah.

 Kehadiran jemaah yang tidak ramai, urusan tawaf 7 pusingan mengambil masa yang singkat. Untuk yang berkerusi roda pula boleh bertawaf di dataran kaabah  khas paling hampir dengan kaabah.

Sesudah itu boleh terus mengerjakan saei.

Kemudaahan bersaei menggunakan skuter dikhaskan di tingkat 2 dan tingkat bawah.

 Tingkat satu dan tingkat bawah pula untuk mereka yg menggunakan kerusi roda maupun berjalan kaki.

Setelah bertahalul selesai sudah urusan umrah.




Sesekat yang ditempatkan di dataran. Pagar hanya dibuka setelah bahagian dalam dipenuhi...Jika tidak ramai jemaah yang bersolat di luar masjid daripada memenuhi ruangan kosong di dalam masjid.


Ini antara perbezaan ketara sejak kunjungan terdahulu. Menara mega dibina di kawasan masjid yang diperbesarkan. Penambahbaikan masjid tak pasti sehingga bila, rasanya dulu pun macam ini, aktiviti pembinaan sentiasa dijalankan.

Kerja pembinaan masih terus dilakukan di tingkat satu dan bumbung  sehingga menghalang pemandangan kaabah.
 
 Beginilah pemandangan dari tingkat paling atas masjid berlatarbelakangkan menara jam. 

Musim covid berpeluanglah menduduki hotel berhampiran masjid.. Bila jemaah semakin ramai nanti, setelah kebenaran pelbagai negara dibuka, harga yang ditawarkan pastinya bertambah mahal.

Apalagi rebutlah peluang ke sana...


Tuesday, March 8, 2022

Umrah22-D4

Hari ke 4 umrah 2022, jemaah dibawa ziarah ke Masjid Quba dan Medan Uhud.

Ini adalah senarai wajib lawatan untuk setiap pakej umrah, terpulang kepada jemaah untuk turut serta atau sebaliknya. Untuk mereka yang sering menunaikan umrah ada juga yang tidak ikut pergi. .

Masjid Quba merupakan pembinaan masjid pertama nabi semasa hijrah dari Mekah ke Medinah.

 Kelebihan berziarah dalam keadaan berwuduk dari rumah dan bersolat 2 rekaat di Masjid Quba  diganjari dengan pahala satu umrah, maka ramai yang tidak melepaskan peluang berziarah sekali bahkan berkali -kali.


Bermula Febuari 2022 kerajaan Arab Saudi telah membenarkan ramai jemaah dari pelbagai negara memasuki negara tersebut.,sebelum itu Malaysia antara negara yang bertuah tersenarai.

Sejak jemaah Indonesia menambah senarai jemaah boleh masuk, keadaan bertambah meriah...Jangan bimbang tidak faham bahasa Arab, polis arab pun boleh berbahasa Melayu/Indonesia. Jurujual kedai tak usah cerita.


Lagi lawatan wajib umrah adalah ke kebun kurma, lebih tepat ke kedai kurma. Pelbagai jenis kurma boleh didapati disini dengan harga yang sedikit murah berbanding yang dibeli ditanah air . Memandangkan kos tambahan Rm280/kg  setiap lebihan beban beg dibenarkan adalah lebih berbaloi membeli kurma di tanahair...Boleh membeli tapi dengan kuantiti yang minima. Selalunya kurma Nabi Ajwa menjadi pilihan.


Ziarah seterusnya ialah medan Uhud, dimana peperangan berlaku antara tentera pimpinan Rasulullah seramai 700 orang dengan tentera kafir Quraish sejumlah 3000 orang. Tentera Quraish ingin membalas dendam kekalahan mereka didalam Perperangan Badar.


Bukit dibelakang inilah seramai 50 tentera memanah  ditempatkan untuk mematahkan serangan musuh. Kedudukannya yang strategik berjaya mengekang kemaraan musuh manakala tentera dibawah pula berjaya mengkucarkacirkan pertahanan lawan sehingga mereka terpaksa berundur.

Menghidu kemenangan, mereka lupa arahan nabi supaya tidak meninggalkan lokasi sebaliknya  turun untuk merebut harta rampasan. Hanya 14 orang yang masih setia dengan arahan nabi.

 Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh tentera berkuda musuh pimpinan Khalid AlWalid untuk mengepung tentera nabi. Maka terjadilah syahid dikalangan sahabat kerana cuba mempertahankan Rasulullah.


70 para syuhada ditempatkan di perkuburan ini. Salah seorang yang terkorban adalah bapa saudara nabi Saidina Hamzah bin Abi talib








Penat berziarah siang, malam berziarah pula ke tempat makan-makan di kebun kurma  disajikan dengan hidangan nasi arab kambing dan ayam mandy.

Kta makan dulu...

Wednesday, March 2, 2022

Umrah2022-Day 3


Hari pertama tiba di Medinah jam 8 malam, ketika sampai jemaah masjid sudah bersiap untuk solat isya..Walaupun berkeinginan untuk turut serta, tapi permit solat waktu belum dimohon lagi, jadi bersabar dulu.

Hari kedua pula lebih kepada hari bebas memandangkan jemaah telah melalui tempoh musafir yang panjang. Hari ke 2 sudah boleh bersolat di masjid.

Hari ke 3 membuat ziarah dipersekitaran Masjid Nabawi.


Jemaah dibawa ke Dataran Saqifah Bani Saidah, dimana khalifah Abu Bakar dilantik menggantikan rasulullah setelah kewafatan baginda.



Seterusnya dibawa ke ke masjid dimana nabi membuat solat istisqa atau solat hajat meminta hujan juga ke lapangan solat sunat hariraya di zaman nabi.

Tidak jauh dari situ terdapat masjid Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali...Bangunan masjid dibina lebih untuk memperingati kedua-dua tokoh ini, tiada solat waktu dibuat disini .


Lokasi masjid nabi membuat solat istisqa dan solat hariraya. Bangunan adalah masjid yang dibina semula.

Masjid Saidina Abu Bakar

Masjid Saidina Ali berwarna putih.



Musim covid sepatutnya boleh berziarah makam rasulullah dan Kuburan Bakiq, namun kini memerlukan permit. Ziarah boleh dibuat sekiranya terdapat slot kekosongan sebagai sebahagian protokal mengawal merebaknya wabak covid 19.



Bangunan berkubah hijau dimana jasad nabi disemadikan bersama sahabat Abu Bakar dan Omar.


Ini contoh jadual slot untuk para jemaah mendaftar masuk.

Esok kami akan berziarah luar ke Masjid Quba' dan Medan Uhud..Masjid Quba' adalah masjid pertama dibina oleh nabi ketika berhijrah dari Mekah ke Medinah.

Sebelah malam pula jemaah dibawa   menikmati nasi arab kambing dan ayam mandy di dalam kebun kurma.




























CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK