click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 25, 2023

Europe D4-Mata Tak Mahu tiddur



Bila meronda di negara terdapat perbezaan zon masa, macam nilah...Malaysia dan eropah berbeza dalam 7 jam. Minggu pertama kedua susah nak sesuaikan mata menurut waktu tempatan..masih juga mata tanahair...Mata mengantuk masih ikut waktu Malaysia..Pukul 12 mlm eropah dah terjaga, kerana ketika ini di tanahair sudah waktu subuh..memang akan terusan celik  sebab selalunya pagi di Malaysia sentiasa beraktiviti.




Nak keluar, diluar sana sejuk dan gelap. Mengacau kawan-kawan di Malaysia lah apa lagi... hehe.

Sambil-sambil tu mencari juga destinasi menarik berikutnya...Setiap orang berbeza naluri ketika meronda. Masing-masing ada citarasa untuk dapatkan kepuasan. Bagi penulis sudah jejakkan kaki dan dapat melihat suasana berbeza itu sudah satu kepuasan . Kalau boleh ketika itu juga mau berpindah ke tempat lain.

Melihat  senarai yang ditulis sebagai menarik sebenarnya biasa-biasa saja sebab tak menepati citarasa kita. Pusat beli belah, muzium,, zoo, monumen- monumen, Taman Botani dll lebih kurang camtulah biasanya yang tersenarai. Cuma Monumen dan Taman Botani yang sedikit menjentik naluri untuk berkunjung ke sana. 

Dah tengok utube tempat menarik di Lisbon, tiada yang luarbiasa..jadi nanti ke sana sekadar meronda bandar dan melepak di hotel...Hotel penginapan  berdekatan dengan Masjid Sentral Lisbon selain Metro atau keretapi bawah tanah. Jika rajin nanti, mudahlah bergerak ke sana sini selain mudah mendapatkan makanan halal.

Meronda menggunakan Lisbon Card atau pas harian, mudah bergerak ke sana sini menaiki pelbagai mode pengangkutan awam bersepadu. Melihat harga sehari 21 euro seorang..Kami bercadang membeli pas dua hari dalam 30 euro seorang. Kelebihan kad ini ada diskaun untk membeli tiket ke tempat-tempat yang disenaraikan menarik. Seperti muzium dsb.

4 hari  Lisbon berpindah ke London. Trip ini kami memilih penerbangan pelbagai destinasi/ multi city, ianya lebih murah berbanding pergi balik ke satu- satu destinasi. 

Cologne-Lisbon-London-Duseldorf. 

Cuma sedikit leceh kerana perlu check in setiap flight online di setiap penyedia penerbangan. Check in di kaunter akan dikenakan caj 50 euro.


Di London nanti selama 6 hari menginap di hotel berdekatan dengan Stadium Wembley. Tak jadi duduk di bilik pelajar berdekatan dengan Impirial College. Pernah duduk di sini..bilik kecil. Dulu, penginapan hanya untuk tidur, trip kini rasanya banyak menghabiskan masa melepak dibilik, jadi mencari hotel yang  sedikit selesa.. harga sedikit mahal tapi berbaloi. 


Bandar bandar eropah tiada masalah bab berjalan ke sana sini sebab pengangkutan awam mereka efisien, lagipun kami dah biasa di London sebab dulu belajar di sini. Tak taulah apa nak buat disana nanti. Pergi kali ini sekadar ingin melihat perbezaan London dulu dan sekarang. . Battersea salah satunya.. 

Friday, February 24, 2023

Europe D3-Bochum lagi

NRW singkatan untuk North Rhine-Westphalia   adalah salah satu negeri dan terbesar dari 16 negeri di Germany, daerah Bochum berada di sini. Sistem pengangkutan awam menghubungkan setiap destinasi bukan saja di negeri-negeri bahkan satu negara dengan satu tiket bersepadu.  Terdapat tiket jarak dekat, jauh, sehala, dua hala maupun pas harian, mingguan juga bulanan.


 
Tidak sebagaimana sistem tiket negara lain yang mana tiket akan diperiksa secara manual atau auto dipintu masuk atau keluar, di Germany boleh keluar masuk begitu saja hanya pemeriksa akan memeriksa  didalam kenderaan dan jika didapati tidak memiliki tiket sah, denda 60euro akan dikenakan ketika itu juga. Tiada kompromi...Kaedah ini agak old skul. 

Tiket pula perlu diaktifkan sebelum menaiki kenderaan melalui kaunter tiket atau mesin di stesen- stesen atau jika menaiki bas, pemandu bas boleh mengaktifkan tiket tersebut. Tanpa tiket yang diaktifkan, ia juga satu kesalahan berdenda.



Terpaksa meminta bantuan anak untuk nenggunakan mesin basuh..Bahasa German. 

Membasuh pakaian juga walaupun  pakaian tidak berbau berbanding dinegara tropika yang ermm masamm setelah dipakai walaupun sekejap. Patutlah mat salleh terbawak-bawak amalan tidak mandi apabila ke negara tropika. Di negara mereka  sepanjang musim, udara samada panas kering atau sejuk lagi kering, tidak mengeluarkan peluh berbau.



Tit..tit..wasap berbunyi..Anak di tanah air menghantar gambar cucu berjalan bersama pengasuh....arghh lam lam..hehe(geram)






 Nampaknya diseluruh dunia dah tak perlu khuatir pasal teringat masakan negara masing masing..Segalanya mudah didapati dinegara orang. Lontong pun ada.


Ubi kayu, pisang kelapa dlll



Kedai Asean, kedai arab memang banyak di Bochum ini. Segala macam bahan, sayuran, ayam, daging halal ikan mudah diperolehi.


Sebutan pula murah..ayam seekor cuma 4.5 euro...







Esok nak pergi menaiki tren ke bandar Bochum Hbh...kasi familiar dengan stesen dan stesen pertukaran tren. 25 hb nanti perlu bertolak ke Cologne atau Köln dalam ejaan tempatan. 

Flight ke Lisbon akan melalui Airport KölnBonn.


 

Thursday, February 23, 2023

Europe D2(ctd)-Bochum

Hari ke 2,3 masih tidak berjalan jauh dari rumah penginapan, sekadar merayap  di persekitaran sambil melihat suasana bandar kecil berhampiran. Masih ada masa untuk ke tempat lain sebab di Germany lama. 

Selepas trip Lisbon -London 26Feb-6Mac dan Iceland 10-17 Mac, baru lah boleh meronda di Germany dan bandar negara jiran bersempadanan. Kalau sekarang sudah mulai ke sana sini di Germany dikhuatiri bajet menyimpang jauh. Lagipun selepas 6hb Mac nanti anak sudah selesai exam., jadi boleh lah menjadi jurupandu.

Jika trip Iceland segalanya telah ditempah di Malaysia,  ketika berkelapangan sekarang membuat tempahan trip Lisbon -London.  Perancangan asal mau meronda German dahulu, tapi setelah ditimbang, lebih baik ke Lisbon-London dulu. Dulu anak memaklumkan latihan praktikal sesudah exam akan ada setiap hari sebagaimana waktu pejabat, rupanya cuma hanya 2 hari dalam seminggu jadi tukar perancangan.


Tidak mahu mengganggu sangat anak yang ketika ini masih di Mekah-Medinah. 


Bila berada dipenginapan percuma tak perlu risau lama mana nak melepak. Kelengkapan tersedia, makan minum tidur, keluar merayap sekejap..hehe...stok makanan Malaysia pun tak terluak sangat lagi.



Suka memerhatikan kelainan ditempat baru, masa mula memasuki premis supermarket ini tak perasan fungsi mesin ini...sorang demi sorang menggunakan khidmat kiosk layan diri.



Walaupun niat tak nak mengganggu anak, tetap juga berwasap untuk menjadi penterjemah..segalanya dalam bahasa German. Geram tengok harga makanan..
satu euro, dua euro,  ralit mengambil .hehe .terlupa kena darab rm4.8-5.


Rupanya kiosk layan diri ini adalah mesin kitar semula botol plastik dan tin aluminium. Kupon yang diperolehi akan ditebus semasa membayar belian barangan lain di kaunter bayaran...Canggih.



Tipikal suasana bandar-bandar kecil di eropah. Kenderaan tak banyak. Bangunan walaupun lama tapi kemas dan tersusun. Bangunan  cat berkerak macam tak jumpa. Mungkin kelebihan cuaca tapi penulis percaya lebih kepada sikap dan polisi negara berkenaan yang memperuntukkan bajet untuk mentenen. 





Pengangangkutan awam memang hebat, hampir segenap ceruk boleh terhubung dengan menaiki kenderaan awam dengan sistem tiket bersepadu yang mudah. Sungguh.., penulis cemburu.


Cuma mutakhir ini sering juga berlaku kelewatan dan pembatalan jadual. Perang Rusia -Ukraine menyebabkan krisis ekonomi di eropah..kadar inflasi tinggi, kenaikan harga barang dan perkhidmatan adakalanya meningkat lebih sekali ganda.


Tak pasti samada cuti atau hari berkerja, sama saja suasana..di bandar kecil orang tak begitu kelihatan, kenderaan tak banyak .



Merayap di pekan , merayap di taman...kebun-kebun mini pun cantik... walaupun hanya bangsal/pondok kebun, tiada yang serebeh...Memang tabik dengan budaya kemas mereka.




Cuma diperhatikan banyak juga vandalisma lukisan graftiti didinding bangunan yang mencacatkan pemandangan. Generasi baru pun tak sebersih generasi lama..puntung rokok dan sampah kelihatan juga d mana-mana tapi masih tidak begitu serius.




Esok merayap lagi...





Wednesday, February 22, 2023

Europe D2-Tips Mengawal Perbelanjaan Kembara

Hari kedua mata masih mata Malaysia..Tidur pun ikut waktu malaysia walau diluar  terang benderang jam 5 petang. 11.30 mlm terjaga..Paksalah sambung tidur , mata tetap cerah. Apa taknya sebab ketika ini sudah pukul 6 pagi di tanahair. Orang bangkit tengah malam solat tahajud kita bangun solat maghrib/isya. Hehe

Ambil kesempatan mata cerah untuk menulis.

Selalunya kos utama ronda-ronda terdiri dari kos tambang, pengangkutan, penginapan dan makan-makan. Jika ada di antara faktor ini dapat dikurangkan kos keseluruhan dapat dijimatkan. Berbanding dengan kos mengikuti tour, trip sendiri boleh jadi lebih menjimatkan atau mungkin jauh lebih mahal jika perkara di atas tidak ditangani dengan betul.

Kos penerbangan boleh ditempah awal, namun kos penginapan ataupun kenderaan walaupun ditempah awal ianya tidak sangat jauh berbeza. Atas sebab ini penginapan dan pengangkutan penulis lebih suka menempah setelah tiba ke destinasi melainkan perlu merentas sempadan antarabangsa., kerana pihak imigresen ada ketikanya ingin melihat dokumen tempahan penginapan. Menempah sekadar mencukupi syarat, selainnya  penulis lebih suka 'walk in'.

Begitu juga dengan kenderaan, setibanya di destinasi kita boleh memilih kenderaan beserta insuran perlindungan  dari panel yang tepat, pernah terjadi, kami terpaksa membeli insuran lagi kerana membeli insuran dari pihak ke 3 yang tidak memiliki polisi perlindungan terbaik.


Jika penginapan ditempah awal kita akan terikat dengan tempahan itu.., ronda- ronda sudah tidak santai, kita mau berhenti sebelum hari mulai gelap dan mencari penginapan ketika itu dan jika telah ditempah terpaksa meneruskan juga perjalanan walau sudah melewati malam. 


Untuk trip eropah ini walaupun 45hari tapi kos penginapan tidak begitu merabakkan poket  kerana  banyak hari akan tinggal di rumah anak. 


Suasana dihadapan penginapan anak penulis di Bochum. Unit  studio aras bawah lengkap berperabut sewa €400 sebulan. Walaupun agak jauh 30 minit dari universiti, tapi hanya 5 minit dari stesen tren. Pelajar memiliki kadar tambang istimewa. Landlord tinggal dibahagian atas. Privasi kekal terjaga kerana memiliki akses berasingan.

Sementara di London pula menginap di bilik anak jiran taman atau rakan sekolah rendah anak yang kebetulan ketika trip itu beliau pula ke Jerman melawat anak penulis...Kalau sepanjang trip menginap di hotel memang akan membakar poket. Trip ronda-ronda marhaen sesuai menggunakan kaedah ini, tapi untuk mereka yang tiada masalah  fulus tidak begitu sesuai.





Kos makanan walaupun tidak meronda kos ini tetap perlu diperuntukkan setiap bulan, cuma bila meronda terutamanya ke eropah  peruntukan itu pasti akan lebih tinggi. Bila bertemu dengan bulan puasa kos makan-makan dapat dikurangkan. Bulan puasa kita bergolek sajalah. Lagipun kat luar sejukkk...


Jomlah meronda...


Tuesday, February 21, 2023

Europe Day1-Bochum






Al Mulk ayat ke 15... kita diperintahkan berjalan diseluruh ceruk rantau untuk melihat kebesaran Allah. In Sya Allah kita akan menjadi orang yang bersyukur.

Sekembali Kemboja, rehat seminggu, kembara diteruskan ke bumi Eropah selama 45 hari, In sha Allah akan kembali 2 minggu sebelum Aidilfitri.



Kita makan- makan dulu bersama anak cucu di Putrajaya supaya tak rindu sangat dengan makanan Malaysia nanti







10.30 mlm boarding...



Setelah penerbangan panjang selama lebih 11 jam, tiba di Istanbul transit selama 2 jam setengah sebelum sambung lagi penerbangan 3 jam 20 minit. Fuh memang melebamkan punggung. Habis ditawaf satu pesawat untuk menghilangkan kebosanan.

Jika destinasi jauh, bagi yang mempunyai kelapangan masa memang tidak berbaloi untuk mengembara singkat. Duit tiket mahal, penat tak hilang dah balik semula. 



Alhamdulillah tiba di Dusseldorf, destinasi terdekat untuk ke lokasi penginapan anak di Bochum. 

Satu ketika dulu ketika iklan rokok dibenarkan di kaca TV, jenama rokok Dusseldorf  sering juga keluar.

Impresi pertama, airport lama, rekabentuk lama, bersaiz sederhana. Sebagaimana negara maju lain segalanya berbayar...caj troli €2.5. Di airport Pnom Penh pun percuma.





Rakan universiti anak sedia menunggu di gate keluar. Anak masih di Mekah ketika ini dan kembali pada 24 hb.




Train double decker antara bandar...

Pengangkutan awam German dipelusuk tempat memang canggih. Lebih murah membeli pas harian yang meliputi zon-zon tertentu untuk segala mode pengangkutan kecuali teksi. Zon kami €18.5 seorang tanpa had  untuk tempoh 24 jam. Cuma jangan di tukar kadar matawang...

Keretapi bawah tanah daerah..Harap Malaysia punya  dikembangkan diseluruh negara dan tidak hanya tertumpu  di Lembah Klang dan jangan ada yang kata membazir bla bla bla



Gunting rambut pun tak mahal, lebihkurang kadar di Malaysia. Lagi sekali jangan ditukar kadar matawang.


Bandar Bochum...masih belum meronda, jadi masih tak pasti berkenaan kenderaan persendirian...mungkin sistem pengangkutan awam canggih dan murah, jadi kenderaan persendirian tidak begitu banyak



Impresi lain, orang German nampaknya sangat mesra orang luar, tadi sewaktu berurusan dengan imigresen sangat mudah, kalau di UK, US Canada macam-macam yang ditanya. Layan ketika bertanya pasal troley di airport pun ok, membeli kad sim pun sangat mesra sekali. 





Shawarna kebab ini dua kali ganda saiz hidangan kebiasaan tempat lain. Harga sekadar 5 euro.

Walaupun Bochum bukan bandar besar, tapi bandar ini berada di negeri terbesar German. Penduduk muslim ramai, wanita bertudung ramai, jadi bab makanan halal sangat mudah. Kedai muslim sangat banyak. 



Stok makanan Malaysia...Tetap..hehe


 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK