click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, February 26, 2024

Mesin Rumput Tua dan Muda..


Fuh dah lebih 5 kali mesin rumput Mitsubishi dihantar ke bengkel untuk diperbaiki. 

Pertama dulu piston jem

Ke 2-bearing berserta kepala pemutar blade/tali,

Ke 3-bearing pangkal rod, 

Ke 4- mangkuk/penutup bearing, 

Ke 5- rod pemutar dalaman dan hariini

 Ke 6- Sarung luar rod dan rod pemutar dalaman lagi. Mesin terpaksa ditinggalkan kerana ketiadaan stok.

Lemah, bila sedang asyik memotong, mesin jem lagi...

Walaupun ada mesin ke 2 Sthil, mesin ini berperangai susah nak dihidupkan setelah enjin panas digunakan. Macam nak tercabut lengan ketika cuba menghidupkan enjin. Sahabat kebun memaklumkan mesin sthil sangat sensitif dengan ratio campuran mintak 2T selain spark plug perlu dikeringkan selalu. Ermm


Apabila ke dua-dua mesin rumput mogok kita hayun parang panjang saja lah..






Wednesday, February 21, 2024

Suis Tingkap Kembara...


Kembara siap overhaul..dah bawak test jalan jauh ke Bagan Serai. Betul rakan pemilik Kembara setaman cakap.. setel satu, masalah lain akan timbul. Penangan kenderaan tua.

Semasa berhenti mengisi minyak di RnR Tapah, hati mulai cuak..power macam tak cukup untuk hidupkan enjin. Hentian kedua Hentian Bukit Gantang masih ok, enjin boleh dihidupkan walaupun simpton kekurangan tenaga masih dirasai. Hentian ke 3 sesudah exit Taiping Utara, enjin tidak boleh dihidupkan., berehat dulu minum di warong, dengan lafaz bismillah, enjin berjaya dihidupkan, tapi sesudah itu kerap mati- mati bila bergerak perlahan semasa menempuh/berhenti di lampu isyarat, terpaksa menekan minyak supaya RPM sentiasa tinggi..Setibanya di rumah anak Bagan Serai enjin terus padam..langsung tiada spark.


Keesokan hari memanggil pomen , sah bateri bermasalah..lagipun bateri terakhir ditukar pada 2021, setelah bateri ditukar, enjin masih kerap mati.  Tak berani melalui jalan sesak, hiway pula mengalami kesesakan hari itu jadi menggunakan jalan lama..Singgah di bengkel, Taiping dimaklumkan kompressor aircond bermasalah dan soket terpaksa dicabut..sesudah itu enjin stabil..patut pun bateri terus padam, kompressor banyak sangat menggunakan tenaga, mujur alternator masih berfungsi..tapi tak mampu recaj bateri untuk memenuhi keperluan  kompressor AC




Fuh cabaran memandu kereta tengahari buta tanpa AC, dan kesemua tingkap jem. Mujur sesudah Kuala Kangsar hiway lancar. Panas tetap membara., sesekali membuka pintu untuk udara segar masuk ke kabin.

Berjaya sampai ke rumah..enjin sesudah overhaul nampaknya lebih lembut, walaupun sesak suhu tetap terkawal dibawah separuh meter. Penggunaan minyak tetap tinggi pergi balik Bagan Serai Rm150, sedangkan Perdana tak sampai pun Rm100.. AC juga memberi pengalaman ngeri .

Suis tingkap sebelum ke Bagan Serai telah dibeli secara online..Tak mahal dalam Rm40 termasuk pos. Jika tingkap berfungsi, walaupun tanpa AC, tak lah seperti berada di sauna .

Harini selesai menukar suis dan tingkap kembali berfungsi..

Bab kompressor AC terpaksa ditangguhkan dulu, dah banyak sangat berhabis untuk Kembara bulan ini..huhu

Friday, February 16, 2024

Alah Bisa Tegal Biasa...



Sesudah Kembara siap, Kancil pula akan dihantar ke bengkel untuk buat top overhaul..Kenderaan lebih 10 tahun memang wajib buat mentenen ini. Sekarang ini jika trafik lancar, suhu terkawal, bila menempuh jem suhu meningkat agak ketara, melebihi separuh meter. 

Sistem penyejukan kena perbaiki, rasanya enjin bahagian dalaman blok sudah teruk berkeladak dan banyak saluran air yang tersumbat. Apabila meleraikan keseluruhan enjin akan dapat memgenalpasti punca masalah.


2 tayar kancil ditukar baru, tayar hadapan sudah botak makan sebelah, bila semua masalah sudah diatasi, rasa padu bawak kancil, tiada lagi gegaran maupun getaran..tak rasa gelisah pemandu belakang mencucuk rapat..sudah konfiden memintas lori.


Sementara menunggu Kembara siap, Sang Kancil dibawak ke kebun, walaupun kecil, boleh sumbat 2 mesin rumput dan 2 orang penumpang, termasuk peralatan kebun lain.



Bagi makan cukup- cukup 2 orang pembantu, kerana nak memikul barangan dan peralatan ke puncak...



Kancil hanya dapat sampai separuh jalan itu sudah memadai, selebihnya menapak...



 

Tuesday, February 13, 2024

Nangka...

Tanam nangka dari biji, atau cangkuk/tot itu biasa dengar, tapi tanam dari pucuk itu luarbiasa, baru pertama kali dengar. Tak tau lah samada perkongsian semata-mata ingin membuat content media sosial atau memang salah satu cara yang betul menyemai pokok nangka. Berdasarkan turutan perkongsian nampak macam tulin, penyemaian adalah berkesan.

Teruja dengan perkongsian itu, kita pun mencuba.


Pucuk nangka di cucukkan ke bawang putih, atau pisang atau kentang dll..kemudian menggunakan batang pisang yang dikorek lubang dan diisi dengan tanah sebagai media semaian.


Pokok semaian diletakkan kedalam cawan kertas dan  diserkup dengan botol plastik. Letak di kawasan teduh...Mengikut perkongsian itu setelah 10-20 hari pucuk akan bercambah...ermm tengoklah nanti samada percubaan ini berjaya atau tak..


Hehe ini bukan percubaan di atas, tapi anak pokok mangga yang diambil dari tunas batang induk yang ditebang...Semasa ingin membakar tunggul terlihat tunasan ini..harapnya setelah dipindahkan ke media tanah pokok boleh terus hidup...

Monday, February 12, 2024

Pokok Pisang Misteri...

 


Ini pelik, entah siapa yang beri anak pokok pisang ini, dah tanya kenalan rapat berjiran semua kata bukan mereka. Ada 5 pokok semuanya. Dah tak tau nak susun/tanam mcmana lagi di kebun tumpang, hampir semua tempat sesuai telah ditanam. 


Kebun bukit?..ermm selagi pagar tak siap ada sikit cuak...Takpa kita cuba juga tanam di sana... akan dipagar dengan tong cat...

Dapat hidup kira ok lah..harapnya masa berbuah nanti  pagar telah siap..

Friday, February 9, 2024

Healing Puncak Rasa...

Tiga tong besar telah dihantar ke kaki bukit, untuk dibawa ke puncak perlu diusung beramai- ramai, lori tak mampu ke sana sebab akses kecil dan curam. Kalau kebiasaan ke kebun paling ramai bertiga, untuk mengangkut tong memerlukan paling kurang berlima.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, budak- budak teruja bila diajak bercamping di kebun. Sambil tu boleh memikul tong...


Hehe beginilah nak mengangkut barang besar ke puncak, disebabkan tiada akses cantik terpaksa  menggunakan tenaga manusia.


Yang tak pernah ikut ke kebun pun sibuk mengikut bila diberitahu akan bermalam sambil membakar ayam, ikan dll ketika di puncak...sebelum sampai ke kebun bersarapan dulu di bawah.



Kembara tak siap baikpulih, Kancil pun boleh..kini terdapat tower telekomunikasi yang boleh diakses dengan kenderaan biasa. Cuma sukar membawa peralatan kebun   kerana perlu mendaki dan berjalan  hampir separuh perjalanan. Sudah berkira- kira untuk membuat tangga di cerun pencawang  sebagai jalan pintas ke laluan kebun. Dalam keadaan terdesak masih boleh ke kebun. Jika menggunakan 4wd terdapat akses lain ke puncak.


Melihat kebun terurus dan pokok pokok yang di tanam membesar, hati sangat girang. Namun bila mendapati 5 pokok durian yang ditanam dari anak dan kini mecapai ketinggian 4- 5 kaki patah angkara monyet, hati tersangat remuk, terduduk menyandar ditunggul. Belum lagi pokok lain yang disondol babi..baru 3 minggu tidak ke kebun dah musnah sana sini.

Mahu tak mahu tahun ini perlu membuat pagar elektrik keliling kebun..jika tidak, penat badan, buang masa dan duit berulang alik ke kebun.


Gurkha gurkha sedang berhealing...takmau memaksa sangat, mereka ingin mengikuti ke kebun sudah dikira bagus..jika masing masing terasa beban mengikuti susah nanti, mereka diajak lebih sebagai teman..Kalau lokasi kebun dikelilingi kebun yang diusahakan, bukan belukar macam sekarang, lebih selesa bersendirian..kebun pun bukan luas..Kita tentukan bila nak pergi, bila nak balik. Sekarang ni masa terbuang  memujuk, mengejut awal pagi untuk ke kebun kemudian balik tak boleh lambat sebab kedai gunting tak boleh ditinggal lama.





Wahh.. Mereka cakap boleh ulang lagi bercamping di kebun. Masing-masing seronok. Bagusnya bercamping ni bukan kita seorang yang keluar duit, masing-masing setuju buat koleksi, kalau seorang Rm20 banyak juga wang tambahan untuk makan- makan dipuncak..





Habis ayam panggang 2 ekor, ikan susu besar lengan 5 ekor, nasi hampir 2 periuk cukup untuk 10 orang, mee segera, ubi kayu...Fuh budak- budak muda mentedarah kuatt...


Takpa yang penting sanggup ikut ke kebun. Hehe

Thursday, February 8, 2024

Bunga Rampai...

 

Mentang-mentang kereta tua ramai yang  membiarkan tak terurus, dahlah lusuh makin bertambah buruk jika langsung taknak ambil kesah membelainya..

Biarpun kereta tua, luaran juga dalaman mesti sentiasa bersih dan wangi.



Pewangi murah dan mesra alam adalah bunga rampai...petik bunga dan pandan keliling rumah dan letak dalam bekas, nak lebih semerbak daun pandan dihiris halus, selalunya boleh bertahan seminggu..dah tak wangi, buat lagi...

 Supaya tidak kelihatan serabut,  sembunyikan bekas bawah seat..


Argh malas atau rajin saja...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK