click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 30, 2015

Jom Guanzhao ...


Sebut Guanzhao segera terbayang pusat borong barangan China. Mahu melihat sendiri apa istimewanya Guanzhao ini sehingga menjadi sebutan dikalangan pemborong- pemborong. 16hb April 2015 tertunai hasrat berkunjung ke sana..  Kunjungan  kali ini tidak menggunakan khidmat ejen pelancongan.. Segala urusan tiket, visa, penginapan dll diuruskan sendiri. Tidak susah sebenarnya. Bayaran visa 80 seorang yang dibuat di pejabat kedutaan China di Jalan Ampang, berdekatan dengan Megan Avenue. Tiket penerbangan dibeli semasa promosi RM 500 seorang dua hala. Sangat berbaloi untuk penerbangan selama lebih 6 jam. Bayaran hotel yang ditempah secara atas talian juga sangat berpatutan RM100 sebilik dilengkapi dua katil.



Tiba di Lapangan terbang jam 1 pagi. Urusan imegresen mudah. Cabaran berikutnya ingin ke hotel menaiki kenderaan awam. Didekati ramai ulat- ulat teksi sapu. Walaupun pihak polis ramai, puak puak ini selamba memancing pengunjung untuk menggunakan khidmat mereka.. Kekadang kita naik rimas dengan gelagat mereka yang tanpa henti mengekori walaupun sudah menyatakan enggan menggunakan khidmat mereka. Atas nasihat rakan yang pernah berkunjung, guna saja khidmat teksi berdaftar yang banyak terdapat di sana. Perjalanan selama sejam untuk ke hotel dikenakan bayaran 200 Yuan., Separuh dari harga yang ditawarkan oleh ulat ulat teksi sapu. Untuk mengatasi masalah komunikasi pengunjung perlu bersiap sedia dengan alamat hotel bertulisan cina. Tulisan biar besar untuk mudah dibaca. Ada pemandu yang enggan membawa pengunjung kerana malas meneliti tulisan yang kecil.

Hampir jam 3 pagi tiba di hotel. Walaupun sudah awal pagi kelihatan  banyak  gerai-gerai tepi jalan masih beroperasi.  Benarlah kata rakan.. kebanyakan bandar di China walaupun berprasarana dan memiliki bangunan-bangunan moden tapi aspek kebersihan sangat teruk. Pekerja pembersihan bertungkus lumus membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan peniaga dan pengunjung..Kemajuan fizikal tidak seiring dengan pembangunan rohani.





Keesokan pagi terus merayap sekitar pusat bandar. Sangat suka dengan bandar disini..hampir segenap ruang ditanam dengan pokok pokok .  Diperhatikan juga  deretan demi deretan  kedai menjual barangan sama berdasarkan zon barangan. Kebetulan kawasan penginapan kami adalah zon cenderahati dan kasut. Harga yang ditawarkan tidaklah murah seperti disangka . . Dimaklumkan kawasan penginapan kami bukanlah kawasan pemborong yang sebenar. Ia telah dikomersilkan kerana kawasan tumpuan pengunjung luar.







Bergerak dari satu tempat ke tempat lain menaiki teksi. Masalah komunikasi menghalang untuk menggunakan khidmat bas atau metro bawah tanah. Pertama kali mencuba bas awam kami terlajak destinasi..Terpaksa berhempas pulas menerangkan ke pemandu teksi untuk ke tempat yang ditujui..Untuk meneroka lanjut agak takut- takut disebabkan masalah komunikasi ini...Kunjungan berikut rasanya sudah boleh meneroka lebih jauh., sudah boleh menjangka apa yang ingin dilihat atau dicari.










Hari pertama dan kedua kami menghabiskan masa dengan melawat kedai-kedai, Taman Botani..Menaiki kereta kabel..juga menyusur sungai di malam hari.

Hari ke 3 kami  ke Shanzen menaiki keretapi laju…Kalau kami tahu sedari awal Hongkong juga mudah dikunjungi sudah tentu kami juga akan ke sana…Selain kesuntukan masa kami juga perlu mendapatkan visa lain sewaktu memasuki semula tanah besar… Takpa lainkali lah…


1 comment:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK