click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, September 17, 2020

Reban Transit...

Kekadang apa yang dirancang hanya cantik diatas kertas. Realitinya tidak selalunya begitu... Ayam sepatutnya boleh mencapai berat 1.5kg keatas setelah berusia 60hari. Tapi  ada saja yang terbantut tumbesaran walaupun diberi makanan yang sama...mungkin atas faktor baka. Kita berternak suka-suka membeli baka dari penternak biasa jadi kekurangan adalah tidak dapat dielakkan.

Ayam remaja  penulis sudah memasuki usia 3 bulan, namun sebahagiannya masih bersaiz kecil,  belum mencapai berat ideal untuk disembelih. Manakala anak ayam pula  sudah makin membesar dan semakin rimas berada diruangan sempit. Anak-anak ayam ini  sepatutnya dipindahkan ke reban yang lebih besar ketika berusia 21 hari tapi tergendala kerana sebahagian stok ayam remaja masih disitu. Pernah cuba dilepaskan bersama tapi teruk dibuli.

Sebagai jalan penyelesaian reban dan lingkungan transit dibina...sementara ayam remaja habis disembelih, anak ayam memasuki usia remaja ditempatkan disini. Reban anak ayam yang dikosongkan bolehlah diisi dengan baka ayam baru, dengan cara ini kitaran/rantaian bekalan ayam tidak terputus.





Reban dibesarkan menggunakan bahan terpakai. Tiada keperluan memasang jaring di struktur tambahan reban tersebut.



Pemisah aka pintu pula dibina menggunakan rangka tingkap aluminium yang tersimpan lama dibelakang rumah. Tak sangka saiz  rangka tingkap begitu ideal sekali dijadikan pemisah.

Nanti setelah dihiaskan dengan lampu lip lap berwarna warni nescaya akan kelihatan lebih ceria dan mewah reban ini..hehe..

Selain kucing.. arnab, membela ayam juga boleh  menjadi aktiviti menghiburkan, ia juga sebahagian terapi minda...

Jom jom berternak...




4 comments:

  1. Cuba cari baka ayam kampung kacuk (AKK).
    Cepat membesar, 2 bulah dah boleh panen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baka ayam ada ayam kampung, ayam laga...itu sebab tumbesaran tak sama

      Delete
  2. Guru paling berkesan ialah belajar dari pengalaman. Moga usaha selepas ini semuanya akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK