23hb Feb 2013, Sabtu
Hidup ibarat roda, dari mana kita datang ke situlah kita akan kembali...Dulu seorang, berdua sehinggalah tujuh orang sekeluarga berkumpul, dan kini putaran roda mula menuju ke tempat asal..kami kembali berdua..Anak-anak mula bertebaran jauh dari ahli keluarga..
Sabtu 23hb giliran anak ke dua melanjutkan pelajaran ke luar negara.. Azam untuk mengunjungi anak sulung di Alexandria, Mesir belum tercapai, kini bertambah niat untuk mengunjungi Australia pula.. Nampak gaya kena perkukuhkan azam kerana mereka berdua akan menamatkan pelajaran 3 tahun lagi ...Sementara mereka ditempat masing-masing, boleh menjadi pemandu pelancong kami disamping berjimat menumpang penginapan mereka...
Berikut petikan ayat anak sulung yang aku salin dari FB beliau mengenai anak kedua aku ini...
"Budak pakai coat putih tudung oren ni dulu seorang pembuli,suka conquer semua benda termasuk jajan,tv n playstation..otai jgk dia kat skolah hampir kne panggil masuk JDM (Jemaah Disiplin Maktab) sbb tindakan brani mati mengecas henpon kt motor kipas tru wayar haram
Nk puji mls..nnt dh kembang ssh nk pancit haha~2 jam lg flight dia ke bumi kanggaroo..bljr rajen2 dik..dh smpai nnt kim slm kt mat lutfi :p.
Nk puji mls..nnt dh kembang ssh nk pancit haha~2 jam lg flight dia ke bumi kanggaroo..bljr rajen2 dik..dh smpai nnt kim slm kt mat lutfi :p.
Bukannya hampir kena panggil bahkan kami ibubapa telah dipanggil mengadap Timbalan Pengetua Hal-Ehwal Pelajar...Ada sedikit kemaafan kot sebab pengetua sekolah adalah bekas guru isteri wa sewaktu di MRSM dulu...
Sedikit majlis doa selamat dan kesyukuran diadakan Ahad 24hb feb 2013 dirumah wa bersama rakan bikers yang ke Cambodia baru-baru ini .. Majlis 2 in 1 lah kot kesyukuran juga untuk kami yang selamat pergi dan kembali pogram Kembara Cambodia. Walaupun anak aku telah terbang Sabtu, kerana penerbangan diawalkan..sepatutnya 3 Mac..terimakasih kepada sahabat bikers kerana sudi meluangkan masa datang ke rumah aku.
Dunia tanpa sempadan, dalam pada kami sibuk membuat majlis kenduri bersama rakan motor Ahad..telah muncul gambar beliau di perantauan melalui laman FB..pergh kepada NurFarah semoga pandai menjaga diri dan berjaya dalam pelajaran. jangan lupa jaga solat 5 waktu...
Tahniah...Kang Latep....huhuuu...bilalah kami nak ke negara Kanggaro tu.
ReplyDeleteJomlah kumpul duit utk kesana..naik motor kpachai berbulan tak tentu habis mengelilingi negara itu..
DeleteTahniah Kang Latep....ada reason nak pergi Australia laa niee..hehe
ReplyDeleteTabung buluh sy tak penuh-penuh lg..teringin gak ke sana...
Delete