click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, April 10, 2017

Europe17-D3 Burton Stokeshire

Tujuan lawatan, kami ingin melawat sebanyak mungkin tempat di UK ...Jadi untuk sesatu destinasi kami tinggal tidak lama..Malam untuk berehat.., bermula awal pagi kami meronda lagi..Menyinggah ke tempat yang dirasakan menarik berdasarkan bacaan di internet . Selebih dari itu memandu santai sambil menikmati pemandangan...Secara peribadi untuk 2 hari pertama ini, pemandangan di sini memang cantik..kemas dan bersih.. Lagi jauh dipendalaman lagi cantik dengan pemandangan bangunan bangunan vintage...Sungguh mempersonakan...Tak kesahlah walaupun terpaksa menelusuri jalan-jalan sempit..




Di Swansea hanya satu malam.. Tinggal di homestay ..Markah penuh kami berikan tentang aspek kebersihan dan hiasan bilik. Tandas tersangat sukar mencari kesan-kesan lumut...Semuanya kemas teratur umpama rumah contoh walaupun rumah lama diduduki.



Masjid lama di bangunan kedai berpindah ke masjid agam...





Masjid baru yang tidak jauh dari masjid lama..

Sementara masih awal., kami mengunjungi Masjid Swansea..Di Swansea komuniti islam ramai, tak sukar mencari masjid ..Uniknya masjid ini dahulu merupakan sebuah gereja. Mungkin ini salah satu  dari 500 lebih gereja di UK yang dibeli dan dijadikan masjid. Masjid ini mula digunakan sekitar Feb 2017

Sesudah itu menuju ke pasar awam..



Dinyatakan di internet pasar ini merupakan pasar tertutup terbesar di Britain dan antara tempat mesti dikunjungi pelawat.. Segera terbayang pasar awam di Barcelona...Di sana walaupun sebuah pasar awam susun aturnya   sangat cantik...Rupanya pasar di Swansea ini tiada yang istimewa. Biasa-biasa saja.

Melakukan rondaan lebih kurang di bandar Swansea...Bandar berhampiran laut ini tidak begitu besar...Bangunan-bangunan vintage sangat sedikit...Keburukan rekabentuk baru iyanya akan kelihatan serabut apabila usang berbanding rekabentuk terdahulu..

Terus menuju Dan Yr Agof Caves. Teruja melawat gua hasil bacaan di internet..

Leceh meronda berpandukan gajet kita ibarat orang buta..hanya menuruti orang yang memimpin...Untuk ke gua kami tersesat sehinggga ke kawasan hutan simpan..



Setelah beberapa kali bertanya orang tempatan barulah menuju tempst yang betul...










Paling unik gua ini terdapat air terjun didalam gua..Maklumat lanjut mengenai gua ini boleh  diperolehi di internet. Bayaran masuk £14 untuk orang dewasa dan £12 untuk kanak-kanak

Melawat cardif...

Selain melawat anak sedara, tiada lawatan spesifik di Cardif. Sekadar meronda santai keliling bandar..Hari sabtu trafik  tidak begitu sibuk...





Syoknya meronda di UK sangat mudah mencari makanan halal... Sementelah hampir 5 hari tidak menikmati nasi bertemu dengan restoran muslim arab adalah satu rahmat...Pekena briyani mandi..

Sekitar jam 3 petang terus bergerak ke Burton Stokeshire...Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam setengah..Penginapan hari ke 3...juga homestay..Sebagaimana penginapan terdahulu ternyata mat salleh  amat menitik beratkan kekemasan rumah...Pesekitaran taman perumahan terjaga rapi...

Berbanding di tanahair, menginap homestay disini kita menyewa bilik yang diduduki bersama landlord... Tak seronoknya privacy agak terhad..

Esok kami akan melawat pusat jualan pinggan mangkuk di Stoke on Trent seterusnya ke Manchester...ikuti coretan selanjutnya...





No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK