click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, August 15, 2018

Cameron Highland 2018-D2


14 Ogos Selasa.. 

Terlajak hari berada di CH. Mulanya berhasrat semalaman saja di sini tapi berubah perancangan.. Anak yang bertolak sesudah habis bertugas di HSZ KTrg kami nasihatkan bermalam saja di Temerloh... Jauh lagi perjalanan dan sangat berisiko untuk tiba di Ch lewat malam.. 



Pagi yang nyaman di CH sangat sesuai untuk berjogging dan beriadah. Berbasikal pun sangat OK. 





Di usia sebegini perlu memperuntukan  waktu untuk menjaga kesihatan.. Kesihatan yang baik adalah rezeki yang perlu dicari... Untuk mengekalkan semangat beriadah kami akan berpindah-pindah destinasi..2 in 1 sambil beriadah sambil makan angin.. CH nampaknya akan dimasukkan dalam senarai destinasi pilihan selepas ini. 

Pukul 12 check out hotel penginapan malam pertama Nova Resort. 

Di sini mendapat baucar percuma lawatan muzium 3D 












Bila melihat gerai gerai serabut begini hati betul betul panas. Sausana yang nyaman tidak dimanfaat sebaiknya... Kebersihan dan kekemasan  CH secara keseluruhan adalah mengecewakan.. Pengunjung juga berperanan untuk menjaga khazanah negara.. Marilah bersama jaga kebersihan.. 


Malam kedua berpindah penginapan.. Puas berpusing dari satu hotel ke hotel maupun homestay..  Mencari tawaran berbaloi dan menyajikan pemandangan menyedapkan mata.

Ini pilihan kami The Smurf Inn.. Konsep homestay yang mula beroperasi 2 tahun.. Fasiliti masih baru. 




Pemandangan padang golf dari bilik yang menyenangkan..




Malamnya menikmati steamboat di gerai 15 minit pemanduan... 



3H2M...Rasanya tempoh paling sesuai untuk aktiviti riadah  luar kawasan.. Lepas ini ingin mencari destinasi pulau pula... Carian di internet banyak pakej menarik lagi murah ditawarkan... Ermm jom jom.. 






No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK