Penulis diberi tugasan membawa tamu Surabaya meronda KL 25 dan 26hb Mac 2019
Sengaja membawa tamu sebelah malam kerana ingin melihat pemandangan KL bermandi cahaya.
Dataran merdeka pilihan pertama malam itu.
Frust. Ini detikan pertama ketika mula tiba disini... Pertama Bangunan Sultan Abd Samad kelihatan sangat muram kerana tidak dihiasi cahaya...
Kedua Dataran merdeka itu sendiri walaupun bertambah cantik namun masih kekal selekeh.. Seingat penulis setiap kali datang ke sini sejak 90an lagi sentiasa ada saja kerja-kerja menaik taraf sedang dibuat kononnya untuk keindahan dataran..Setelah 30 tahun berlalu keadaan sekeliling kekal selekeh dengan mesin, bahan- bahan binaan juga tong-tong penghadang atas usaha berterusan pengindahan itu.. Entah bila Dataran Merdeka akan betul-betul cantik.
Mencari posisi menarik untuk bergambar sukar kerana pemandangan dicacatkan dengan tong-tong penghadang dan bahan binaan..
Projek River of Life adalah usaha yang baik.. Keadaan kini jauh lebih baik berbanding dahulu..Keindahan persekitaran sudah mula terserlah... Namun sebagaimana Dataran Merdeka kerja menaik taraf masih lagi berterusan. Jadi kecantikan produk akhir entah bila boleh dinikmati kerana pemandangan dicacatkan dengan bahan bahan binaan dan mesin.
Dikhabarkan pencahayaan lampu dan pancuran air hanya dimainkan ketika hujung minggu.. Jadi kunjungan dihari biasa ikut suram. Tak pasti untuk apa tujuan pengindahan jika keindahan tidak boleh dinikmati sepanjang masa, seolah pengunjung dalam maupun luar negara hanya berkunjung dihujung minggu.
Mujur malam itu dapat menikmati nasi arab yang enak. Sajian Restoran Marakesh yang terletak di Kg Baru belakang Wisma Perkeso Jalan Tun Razak tidak mengecewakan dengan harga berpatutan. Gembira melihat tetamu bersungguh menikmati hidangan
Sesudah menikmati hidangan, berkunjung ke KLCC pula...
Melawat Malaysia tidak sah jika tidak melawat Menara Berkembar Petronas ini.
26hb bersiap untuk melawat puncak Genting Highland.
Ketika kami tiba suasana di puncak sangat dingin dan berkabus., sangat kontras dengan keadaan di bawah yang panas terik
Penulis mengambil kesempatan menaiki Spin Crazy... Caj berbaloi Rm16 saja. Huh pengalaman yang sangat mendebarkan... Sepanjang 13 kali hayunan gila itu penulis hanya membuka mata seketika.. Cemas memikirkan sesuatu tidak diingini terjadi .. Mana tahu talipinggang tercabut!!!
3 petang kami menuruni puncak... Untuk nilai wang lebih berbaloi kami makan- makan di KFC BatangKali... Jika dipuncak harga pasti berbeza walaupun rasa hidangan mungkin sama..
No comments:
Post a Comment