click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 20, 2024

Tayar Terpakai...


Tak lama dulu langsung orang tak hirau, berapa banyak nak ambil boleh saja. Sempat mengumpul tayar terpakai untuk dijadikan penahan tebing, pasu pokok dan tangga dikebun. Kini tidak lagi, sudah berbulan mencari tayar terpakai, sukar diperolehi..Tak pasti kenapa tiba tiba ramai yang mencari, mungkin dikitar semula walahualam.

Keperluan di kebun masih banyak terutamanya membuat tangga- tangga teres bagi memudahkan pergerakan..dan terkini untuk digunakan lagi sebagai pasu menyulam pokok-pokok. 

Pasu pokok dibiarkan  sehingga pokok membesar dan akar kukuh ditanah, jika dirasakan selamat dari gangguan haiwan liar baru pasu dipindahkan.. jika dibiarkan begitu saja sukar untuk memindahkan apabila pokok sudah besar dan tinggi..

Tak cukup dengan tayar, sekeliling pokok dipagar lagi dengan net hitam atau pun guni..Ada yang terselamat namun ada juga yang tetap diganggu..


Kita berusaha selebihnya bertawakal..


Tuesday, November 19, 2024

Sulam Nangka Madu..


Risiko berkebun dikelilingi belukar adalah gangguan haiwan liar..Hati tersangat pedih bila tanaman musnah. Pagar hanya mengurangkan risiko bukan penyelesaian...berpagar selamat dari babi tapi monyet tetap boleh melompat..kita pun tak tahan memangkas pokok- pokok dewasa kebun jiran yang terbiar .. Cara terbaik adalah membela anjing tapi kita pun ke kebun hanya seminggu sekali. Anjing pun tak tahan dan lari..

Kita pun kekadang hairan dengan makhluk perosak nih..dalam banyak banyak pokok, yang ditanam juga yang didengki..


Terbaru 2 pokok nangka remaja setinggi pinggang dicabut sehingga akar..pokok ini berpagar dengan tin biskut, tetap tidak selamat, daripada lebih 40 pokok nangka ditanam hanya tinggal 3  dewasa menanti berbuah, manakala 3 remaja masih berisiko dimusnahkan haiwan liar.


Selain nangka, 2 pokok durian ketinggian 5 kaki patah dahan..ini sah angkara monyet.


Alarm  berfungsi, tapi kelemahan alarm solar, galak ketika siang, bila malam kehabisan bateri..




Harini membeli lagi 5 anak pokok nangka madu. Sepokok Rm20. Ambil kesempatan musim hujan  menyulam pokok yang musnah. Sayang jika tanah dibiarkan kosong..




Pokok avocado yang dikawinkan sebahagian menjadi , sebahagian tidak..sedahan Rm10..kesian dengan sahabat ..hanya yang hidup berbayar, selagi tak jadi diulang- ulang kawin..




Pokok pisang dikebun tumpang..

Yang ini sah tiada gangguan haiwan liar..dapatlah merasa hasil


Biarpun berkebun macam Pak Pandir, apa nak buat teruskan lah juga, musnah-sulam, musnah-sulam.. Harapnya adalah pokok-pokok yang terselamat. 




 

Wednesday, November 13, 2024

Meja Bar Ngopi Ngopi...

Bila beli barang online, kekadang kita terlepas pandang yang pesanan kita dibeli dari luarnegara. Selalunya dari China lah. Mata lebih tertumpu pada harga, jumlah barangan terjual dan rating pembeli lain..

Barang yang ditunggu-tunggu kini telah tiba..hampir 2 bulan juga baru meja bar yang dipesan sampai...mungkin sebab besar, proses penghantaran melalui pemeriksaan kastam lebih ketat..



Tiada pikap, Kancil pun berguna.. Meja berukuran 1200mm T x 1800mm P×300mm L, muat dimasukkan dalam Kancil untuk dihantar ke Rumah Istirehat Serendah...


Setelah dibuka, kualiti barang biasa-biasa saja, , papan meja dari melamine sepadan dengan harga Rm400+...tak boleh lawan dengan papan solid. Kalau  papan meja dari kepingan papan padu kayu getah tempatan berharga dalam rm800+. Barang dah beli terimalah seadanya.





Meja bar ketinggian 1.2m, kelihatan cukup sempurna diletak di ruangan makan menghadap tasik sebagai meja tambahan kepada meja utama. Fuh sambil ngopi ngopi melihat gelagat pengunjung tasik berekreasi dan pemandangan Banjaran Titiwangsa..Asyikk..

Monday, November 11, 2024

4H3M- Kuala Trengganu

4H3M kalini ke Kuala Terengganu. Jumaat -Isnin. Bersama anak yang membeli tiket murah penerbangan Malaysia Airline  Rm50 pergi balik. 

Ada kelebihan dan kekurangan menaiki pesawat ke destinasi domestik, nak dikata jauh taklah begitu jauh sekitar 6-7jam perjalanan darat.. , namun tidaklah pula dekat . Berbaloi  jika ingin merasai  naik  pesawat. Tak berbaloi kerana persiapan yang renyah..campur tolak sama saja masa diambil jika berkenderaan darat..persiapan serupa  ingin ke destinasi antarabangsa,  perlu bergerak seawal  pagi, 2 jam sebelum berlepas perlu berada di airport untuk urusan check in bagasi..lebih leceh  bila pergi bersama anak-anak kecil.






Tawaran tiket murah biasanya penerbangan awal pagi.  Penerbangan kami pukul 7.00 pagi. Namun kelebihan berpesawat belum sempat melelapkan mata pesawat sudah akan mendarat. Seawal 8 pagi sudah sempurna mengambil bagasi.

Kini Terengganu destinasi popular liburan dikalangan warga tempatan..





Boleh dikatakan ada saja karnival disusun untuk pengunjung datang sepanjang tahun, baru-baru ini terdapat acara sukan pemotoran drift,  perhimpunan motor rxz, ex5..Bulan Disember ini acara basikal Mtb Antarabangsa pula dan banyak lagi.. 

Kafe-kafe berketerampilan segar tumbuh bak cendawan untuk memenuhi selera pengunjung.
 





Makanan popular Terengganu pastinya keropok lekor, Ikan/ hasil laut celup tepung dan nasi dagang. ..Bila pengunjung pelusuk negeri- negeri lain datang  menu-menu lain turut bercambah..Menu ala Thai, Makanan Arab, Mamak semakin banyak..









Aktiviti pantai meriah. Boleh dikatakan hampir semua pantai tumpuan Terengganu meriah bercahaya diwaktu malam.

Pantang cuti umum kawasan tumpuan sesak..

Apabila ECRL disiapkan nanti..lebih mudah ke pantai timur...


Friday, November 1, 2024

Tanaman Keliling Rumah...

Luangkan sedikit waktu bercucuk tanam dipersekitaran rumah...Usaha yang sedikit tapi berbaloi..



Pokok yang mudah hidup dan banyak manfaat, pokok kelor atau moringa..antaranya mereka yang menghadapi masalah sukar buang air besar, pucuk moringga sangat membantu...

Cuma bila pokok dibiarkan tinggi selain sukar memetik pucuk maupun kacang, daun- daun kering akan menyepahkan halaman rumah..

Untuk itu perlu selalu dicantas..


Pokok pisang juga mudah dijaga..sampai masa berbuahlah..cuma setelah sampai ke generasi ke 3, pokok mula tidak  subur tandan dan buah mula mengecil..Olehkerana menanam di kebun tumpang dan bukan tujuan komersil, rasa tak sanggup berhabis untuk membaja..jadi terima seadanya. 




Pokok pokok nenas pun begitu, tiadalah bersungguh menjaga hanya sesekali membersih semak keliling pokok..Benih pun dari jambul nenas beli.. Sekarang beberapa pokok telah mula berbuah..ada ketika ditabur juga dengan baja..

Pokok kangkung, pandan dan pucuk ubi pulut  memang mudah membiak dan tak termakan.., kangkung dah menjadi rumput liar..hanya dengan racun boleh mematikannya..padahal dulu ketika pkp hanya ditanam beberapa benih..kini semakin ditebas semakin galak tumbuh pucuk-pucuk baru dan semakin merebak...walaupun tak lah segemuk kangkung komersil, kangkung tanam sendiri bebas racun..

Tak rugi meluangkan sedikit masa berkebun..apa lagi..jomla

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK