Bila beli barang online, kekadang kita terlepas pandang yang pesanan kita dibeli dari luarnegara. Selalunya dari China lah. Mata lebih tertumpu pada harga, jumlah barangan terjual dan rating pembeli lain..
Barang yang ditunggu-tunggu kini telah tiba..hampir 2 bulan juga baru meja bar yang dipesan sampai...mungkin sebab besar, proses penghantaran melalui pemeriksaan kastam lebih ketat..
Tiada pikap, Kancil pun berguna.. Meja berukuran 1200mm T x 1800mm P×300mm L, muat dimasukkan dalam Kancil untuk dihantar ke Rumah Istirehat Serendah...
Setelah dibuka, kualiti barang biasa-biasa saja, , papan meja dari melamine sepadan dengan harga Rm400+...tak boleh lawan dengan papan solid. Kalau papan meja dari kepingan papan padu kayu getah tempatan berharga dalam rm800+. Barang dah beli terimalah seadanya.
Meja bar ketinggian 1.2m, kelihatan cukup sempurna diletak di ruangan makan menghadap tasik sebagai meja tambahan kepada meja utama. Fuh sambil ngopi ngopi melihat gelagat pengunjung tasik berekreasi dan pemandangan Banjaran Titiwangsa..Asyikk..
No comments:
Post a Comment