click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, April 6, 2026

Europe 26- Frankfurt City Tour

Frankfurt merupakan kota kewangan Jerman. Pertama kali menjejakkan kaki di sini. Kota tidaklah besar, adunan rekabentuk bangunan bandar baru dan lama..Bandar lama dengan rekabentuk ala ala gothic dan daerah baru dengan rekabentuk moden bangunan pencakar langit.


Sesuai dengan kota dikunjungi pengunjung seluruh dunia, banyak sajian antarabangsa disini.  Keluar dari pintu stesen tren utama Frankfurt, selain sajian Turki banyak restoran antarabangsa lain yang menawarkan menu halal.

Apabila kota menjadi tumpuan orangramai,  ditambah pula cuti umum, kebersihan sedikit terabai..




Tipikal bandar-bandar Jerman dengan jaringan pengangkutan awam yang baik... Stesen dilengkapi dengan  eskalator dan juga lif. Jika salah satu atau keduanya rosak tangga jadi penyelamat...



Stesen bawah tanah tren bandar..Berbanding hari biasa, wiken di Jerman lebih lengang.. Lutut perlu mantap untuk menggunakan pengangkutan awam..Walaupun tidaklah sukar kekadang berulangkali ke sana sini untuk mencari platform yang betul..






 
Berlatarbelakangkan bandar lama..


Bandar baru lebih moden..




Diperhatikan aktiviti sepanjang sungai eropah adalah hidup bukan saja di bandar ini bahkan bandar lain..Banyak aktiviti river cruising lengkap dengan restoran terapong kapal besar . Mereka memanfaatkan pemandangan kiri kanan sungai yang cantik.












Bandar lama Frankfurt terdapat banyak gereja. Hari Ahad bersahut sahutan bunyi loceng gereja. Banyak dibina dizaman kegemilangan kristian. Ketika ini cuti easter., diperhatikan tidak begitu ramai jemaah yang datang..Sebahagian besar penduduk tempatan memilih untuk tidak beragama..















Musim bunga mula menjengah, sebahagian pokok mula mengembangkan bunga...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK