click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 20, 2013

Forum Perdana di BCH...

Boleh tahan aktif pengurusan  masjid taman kami. Sebelum ini Ustaz Kazim Elias datang memberikan ceramah, pada Jumaat 21/6/2013 diadakan pula Forum Perdana yang  dibarisi oleh ustaz  tak kurang popular  selalu  masuk TV Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin, Ustaz Yusop Hasan serta Ustaz Fauzi Mustafa duta produk  Tok Guru yang gambarnya  terpampang di bilboard ...Kumpulan Rabbani pun ada memeriahkan majlis...

Sekiranya anda tinggal berhampiran jomlah meraikan mereka pada tarikh tersebut...Jangan lupa bawa ahli keluarga, sahabat handai dll...

Wednesday, June 19, 2013

Haji..Jangan ambil enteng...!



Dua hari kami menghadiri kursus haji intensif. 17-18hb Jun 2013 di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kubu Bharu Selangor. . Ini merupakan penambahbaikan module kursus berbanding yang pernah kami hadiri.  Seingat aku  hanya kursus asas bersiri dan kursus perdana yang kami hadiri dulu sebelum 2004. Di akhir kursus peserta akan diuji dengan pelbagai soalan  untuk menguji kefahaman haji . Dengan tahap pendidikan  sekarang  ternyata hampir semua peserta dapat menjawab soalan dengan baik. Jika mendapat markah kurang dari 10 daripada 25 soalan yang dikemukakan, peserta akan dibimbing lagi dengan kursus khas. Dengan pendedahan ilmu teori dan amali ini semoga kami dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna nanti.


Selesai kursus intensif bakal jemaah akan didedahkan lagi dengan kursus perdana 2 minggu sesudah hariraya Aidilfitri nanti. Syabas pihak Tabung Haji. Pendedahan  selain  ilmu  haji seperti kesihatan, persediaan bakal-bakal haji samada di tanah air atau di tanah suci dsb sangat bermanfaat.

 Dikhabarkan terdapat 1.2 juta orang yang telah mendaftar untuk menunaikan haji dengan Lembaga Urusan Tabung Haji. Daripada jumlah itu seramai 20000 adalah warga emas melewati usia 70tahun. Kuota rakyat Malaysia hanyalah 28000 orang setahun. Berdasarkan senario ini sekiranya seseorang baru saja  mendaftarkan haji sekarang maka tempoh menunggu giliran akan mencecah lebih 40 tahun.. ! Bayangkan jika seseorang bertangguh sesudah pencen  untuk mendaftar...Tahun ini peluang jemaah yang merayu untuk menunaikan haji melalui kuota tambahan adalah tipis atau sifar sejajar dengan keputusan kerajaan Arab Saudi mengurangkan bilangan jemaah ke tanah suci sebanyak 20 peratus demi keselesaan jemaah kerana pembesaran kawasan masjid.Masjidil Haram.


Nampaknya bayi-bayi yang baru lahir sekiranya ingin menunaikan haji semasa berumur 40an, ibubapa perlu mendaftarkan haji mereka serentak dengan pendaftaran kelahiran dipejabat pendaftaran.     Secara peribadi aku merasakan umur 40an adalah waktu terbaik menjalani ibadah haji. Tidak terlalu muda, tidak terlalu tua. Keputusan saringan kesihatan juga menunjukkan apabila umur mula meningkat banyak penyakit mula bersarang dalam diri. Keputusan ujian kesihatan grup kami daripada 100 peserta, hanya 30 peratus melepasi ujian kali pertama dan selebihnya perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan.





Dikhabarkan jarak hotel penginapan dan masjidil haram untuk jemaah muasasah adalah melebihi 1.3 km sehala. Kalau ditambah dengan jarak bertawaf kaabah atau bersaie atau bertawaf deretan kedai-kedai, dengan senang jemaah akan menempuh jarak perjalanan melebihi 5km setiap kali ke Masjidil Haram. . Begitu juga kedudukan khemah di Mina dengan kawasan lontaran jamrah melebihi 2km sehala. Ditambah dengan sausana penuh sesak dan berdebu hanya yang betul-betul fit akan mampu mengharungi cabaran. Yang muda ramai kecundang apatah lagi sekiranya berusia lanjut atau berpenyakit...


Sebab itu disarankan supaya yang belum mendaftar bersegeralah berbuat demikian. Ramai yang masih keliru dengan memahami bahwa membuka akaun tabung haji bermakna telah mendaftar haji. Sedangkan bukan begitu...Untuk melayakkan seseorang dimasukkan dalam senarai giliran ke tanah suci seseorang perlu memohon dan mendaftar haji dengan menyimpan sekurang-kurangnya RM1300 di akaun tabung haji. Kepada yang belum mendaftar haji..Apa tunggu lagi...bersegeralah...!

Semoga Allah permudahkan urusan haji para jemaah... Amin...

 










Saturday, June 15, 2013

Mengemparkan...! 1 dalam 5 orang dewasa mengidap diabetis..

Tarikh 15hb Jun 2013
Lokasi Pusat Kesihatan Serendah. Rawang
Tekanan darah 82/133
Bacaan gula 5.3 Mmol/L
Denyut nadi 72/min
Tinggi 156 hehe aku rasa semakin pendek.ikut rekod dulu rasanya tinggi lebih 1.65
Berat 74.5 kg...Turun ..sebelum ini berat  dalam lingkungan 77/78.. Ada kesanlah kot berbasikal sesudah subuh memanjat bukit sekeliling taman...
BMI 28 ok not bad
Kumpulan Darah 0+
Keputusan pemeriksaan..Lulus

Sempat juga bersembang dengan bakal-bakal haji yang lain. Ramai yang lulus dan ramai perlu rawatan dan pemeriksaan lanjut terutamanya yang berusia. Salah sorang muda ditemui terkejut dengan bacaan gula 18 MMol/L. Ada juga jemaah yang perlukan rawatan tekanan darah tinggi, sakit jantung dsb...

Sambil-sambil menunggu giliran bakal jemaah haji lain membuat pemeriksaan..aku membelek artikel yang disediakan disudut-sudut bacaan. Rasanya bermanfaat untuk dikongsi bersama. Kebetulan tajuk utama akhbar Berita Harian harini 15 Jun 2013 memaparkan berita diabetis. Mengemparkan...!  1 daripada 5 orang dewasa pengidap diabetis...!











 Semoga bermanfaat...

Wednesday, June 12, 2013

Seronoknya Dia....!

Bila tiba musim cuti sekolah, golongan yang paling gembira pastinya bebudak sekolah. Sekarang cuti telah berakhir, liat kot untuk bangun   ke sekolah semula. Untuk anak-anak yang tinggal di pekan , jika tiada aktiviti diaturkan apalah sangat aktiviti yang boleh dilakukan melainkan makan tidur, menonton tv chatting dsb berbanding anak-anak yang tinggal diluar bandar yang masih berpeluang menolong ibubapa samada di kebun, sawah dsb..Bab ini yang kekadang sedikit kureng disukai oleh anak-anak, termasuk aku dulu, bila musim cuti sekolah muncul lagi...Ketika cuti, saat paling mengembirakan adalah sewaktu hujan diawal pagi..hehe..tak payah ke kebun...

Pasti seronok bercuti dikampung. Dapat beraktiviti dihalaman yang luas tanpa perlu risau dengan kenderaan yang bersimpang siur. Atuk dan nenek  turut gembira. Jelas terpancar kegembiraan diwajah ketika menyambut cucu-cucu pulang. Tapi tak berpanjangan kot. Mana tahan melihat kerenah cucu yang sekejap aman memanjang bergaduh..Bingit sausana dengan tawa dan tangis.

Namun segalanya akan segera berubah bila anak-anak meningkat remaja. Mereka lebih selesa bergerak bersama rakan-rakan atau memilih untuk memerap saja dirumah. Puas dipujuk dengan pelbagai umpan namun amat sukar untuk mengajak mereka mengikuti kita. Sebab itu tetakala anak-anak kecil seronok mengekori ibubapa, usah dihalang. Biar kan saja . Akan tiba nanti ibubapa pula yang terpaksa merayu supaya anak-anak remaja  mengikori kita...haha



Thursday, June 6, 2013

Anak siapa pandai memasak...?



Cuti sekolah hampir berakhir...Minggu depan kebanyakan rumah yang menghimpunkan anak-anak pulang dari asrama akan kesunyian lagi....tunggu cuti akan datang untuk 'kemeriahan' selanjutnya. Kemeriahan yang tak seberapa sebenarnya...Walaupun anak-anak berada dirumah entah beberapa minit dapat bersua muka dalam sehari. Itu pun terpaksa berpekik memanggil  baru menyahut...keluar/turun  sekejap, bersegera  masuk semula ke bilik ...Masa dirumah dihabiskan dengan memerap sesama adik beradik dibilik..bersembang sesama sendiri atau membuta...Bagi ibubapa yang berkerjaya diluar lagilah hanya lewat petang atau hujung minggu baru dapat bertemu.

Ibubapa kena memikirkan aktiviti sepanjang musim persekolahan untuk anak-anak. Jika masa tidak dimanfaatkan sebaiknya, masa akan terbuang begitu saja.  Sebenarnya banyak kemahiran asas tersangat kurang pada anak-anak zaman ini. Salah satunya adalah kemahiran memasak...baik anak lelaki atau perempuan, ramai yang langsung tidak pandai memasak dan  kenal dengan bahan-bahan masakan....Tak caya cubalah suruh anak-anak  membeli barangan dikedai  seperti  lengkuas, serai, daun kunyit atau daun limau purut dsb..Tabik springlah kalau anak-anak kenal dengan barang yang dipesan...

Dengan segala peralatan serba canggih dan ringkas, memasak pun belum tentu menjadi .. Disuruh menanak nasi silap-silap nasi keras atau lembik, disuruh menggoreng ayam atau ikan ..mau rentung  atau tak masak langsung... Aku tak dapat bayangkan kalau disuruh memasak menggunakan dapur kayu macam orang dulu-dulu...Entah-entah terbakar dapor agaknya haha ..padahal kemahiran itu tidaklah sesusah mana untuk dipelajari...Yang penting pendedahan dan tunjuk ajar..

Menyedari hakikat ini  kami bercadang  mengadakan kelas  memasak  untuk anak-anak remaja seawal usia 10 tahun dimusim cuti sekolah akan datang. Disamping mengajar anak-anak sendiri usaha ini diharap dapat dimanfaatkan anak-anak remaja di taman perumahan kami dan berhampiran.. Untuk mereka yang tinggal berjauhan pun tiada masalah kerana kemudahan penginapan boleh disediakan. Kami sedang memikirkan module pembelajaran dan caj yang akan dikenakan. Ini kelas asas saja seperti mengenal bahan masakan, menanak nasi, menggoreng, menumis, mengemas dapor dll.  Apabila ilmu asas sudah diperolehi akan mudah untuk meneroka ilmu yang lebih advance. Yang penting anak-anak diberi pendedahan  ilmu asas memasak yang sangat bermanfaat untuk kegunaan sendiri atau berkeluarga dimasa hadapan nanti...

Diharap dengan pendedahan ilmu itu takdalah kekok untuk memasak sendiri ..Bila mak ayah tiada dirumah sudah boleh berdikari...tidaklah menahan lapar  semata-mata menunggu mak balik untuk memasak...atau sekadar melahap maggi..maggi dan maggi..Ilmu boleh dimanfaatkan sewaktu melanjutkan pelajaran. Masa tu mana ada dewan makan atau dewan selera.. .Masing-masing kena usahakan sendiri. Sewaktu menamatkan zaman bujang  tidaklah asyik makan dikedai saja .. Hati sudah pasti tidak berdebar atau takut-takut untuk ke dapor sewaktu bertandang ke rumah mak/ayah mertua. Atau sewaktu isteri berpantang  pandailah jugak si suami menjenguk-jenguk dapor...

Belajar jangan tak belajar...








Wednesday, June 5, 2013

Rabu tanpa kata...?,

Banyak betul motor yang ditinggalkan sebegini ditepi-tepi jalan...

Tuesday, June 4, 2013

Anak kucing sudah mati....


Semasa kehadirannya maklumat  dari blog perihal kucing sentiasa menjadi rujukan., nak tahu bagaimana menjaga anak kucing yang ditinggalkan ....ibukandung lepas hantar anak dalam stor bawah tangga., langsung tak balik...taktaulah apa jadi ..samada membawa diri atau barangkali menjadi mangsa langgar lari...

Mujur ada anak perempuan yang menjaga keluarga baru. Aku harap sempatlah membesar dan sihat sementara mereka ada dirumah sempena cuti sekolah...Bersungguh benar menyuruh  membeli susu kucing. Sebelum itu aku beri susu awal lembu...hehe

' Mana boleh ..beri susu lembu..' Maklumat dari blog kucing memberitahu sedemikian katanya..owh..owh mana aku tahu...Maka membelilah botol dan susu tepung bayi kucing dari kedai pet berdekatan...Maklumat dari blog kucing lagi, bayi kena usapkan dibahagian dubur dengan tuala basah suam untuk merangsang supaya membuang air besar/kecil..Semua dituruti...

Namun usaha dan niat  untuk membesarkan bayi kucing tak kesampaian...bayi kucing sudah mati. Terdapat pendarahan pada dubur bayi...Keracunan makanan sebab sembelit kot...wallahualam..Aku respek orang yang pandai membela anak kucing yatim. Kami gagal dalam ujian ini..huhu

Kepada peminat kucing kalau nak baki susu kucing dan botol susu silalah datang tempat kami... 




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK