click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, August 12, 2018

UsCanada2018-Berakhirnya Kembara

6hb Ogos..Isnin mula meninggalkan Ohio. Jika kembara- kembara terdahulu dengan tempoh masa agak panjang keinginan pulang ke tanahair membuak- buak.. Tapi tak taulah kenapa trip kali ini agak sayu pula untuk meninggalkan bumi Amerika.. Paling terasa kehilangan nanti adalah sausana kebersihan kampung-kampung mereka. Kebersihan taman-taman awam dan taman rekreasi mereka.. Kebersihan rumah kediaman dan tandas  mereka...Sangat mendambakan supaya sausana ditanah air juga sedemikian rupa..  




Meninggalkan bumi Amerika..In sha Allah ada kesempatan dan rezeki akan datang lagi ke sini...Memberi galakan supaya anak yang akan menamatkan pengajian Disember ini supaya memohon kerja saja di US ataupun Kanada. Budaya berhijrah memang penulis sentiasa terapkan ke diri anak-anak. 



Berada di bumi Amerika memang tidak terasa jauh dari tanahair.. Bahan membuat makanan mesra tekak mudah saja diperolehi... Sebab itu kerinduan untuk pulang ke tanahair tidak begitu terasa. 



Flight harini 6 ptg menuju Vancouver Kanada... Transit di Dallas dalam 2jam.







Tiba di Vancouver Kanada dalam 4 pagi... Sementara menanti flight ke Kuala Lumpur jam 11 pagi, kami melepak  di dewan berlepas..Dulu memilih membeli tiket pergi balik melalui Vancouver Kanada ini walaupun minggu terakhir lawatan adalah di bumi Amerika.. Dalam banyak pilihan, pilihan ini yang paling murah. 


Flight Vancouver- Kuala Lumpur transit di Incheon Korea... Transit 2jam 40minit...Di sini terpaksa berpindah ke terminal berbeza. Tiba tadi di terminal 1, flight berikutnya ke KL melalui terminal 2...Kedudukan agak jauh menggunakan tren antara terminal. Semua urusan berjalan lancar. 


 Selipar buruk ini menjadi pilihan ketika balik...beberapa kali juga dipakai ketika bersiar-siar di New York.. Sepatu yang sering dipakai dah tidak selesa dipakai.. Kasut berbau yang sangat menyengat.. 


Sebagaimana dijadualkan jam 10.30 mlm tiba ditanah air.. 

Berakhir sudah kembara UsCanada 2018. Kembara yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan. 

Berikut catatan rangkuman lawatan. 

Makanan yang  akan paling dirindui nanti  adalah briyani The Halal Guys. Sangat sedap.

Homestay terbaik adalah  di Calgary Kanada...kebersihan dan kemudahan bertaraf hotel.. Paling teruk di Broklyn New York.. Rumah uzur dan berbau tidak selesa. 


 Hotel paling berbaloi, simple diluar cantik didalam, harga berpatutan 80 USD.. Quality Inn  Pitsburgh USA... 

Paling teruk dan  mahal...di Calgary Canada Country Moto Inn. 70 usd.. Hotel dan bilik sudah uzur. 

Hotel Paling mahal 150usd di Hinton Canada.. Harga dikategorikan murah, sejam pemanduan lagi untuk ke Jasper National Park.. Jika memilih hotel di Jasper caj hotel minima 600 usd satu mlm

Lawatan paling menarik... Jasper National Park Canada . Pemandangan semula jadi serba serbi cantik. 

Paling terkejut Rumah Putih.. Washington...Kelihatan sangat koman untuk kediaman rasmi Presiden Amerika. 

Lawatan di nantikan tapi paling tidak mengujakan Niagara Fall... Keterujaan tidak dapat mengatasi lawatan di Jasper National park..

Bandar paling cantik.. Chicago..USA. Paling overated Ottawa Kanada.. 

Paling kagum sepanjang lawatan... Sistem subway NYC. Wpun  uzur dan berselirat tapi sangat efisien.. 

Sehingga bertemu lagi dilain lawatan... 

Saturday, August 11, 2018

UsCanada2018-D28D29 National US Airforce Muzium


Di penghujung lawatan keterujaan melawat bandar - bandar US semakin kurang... Mulanya mau juga melengkapkan lawatan ke Kentucky negeri di selatan Ohio.. Pemanduan 3jam lebih, tapi membatalkan hasrat kerana tempat tersenarai  untuk dilawati pada perkiraan penulis adalah biasa - biasa saja.. Sausana bandar pun dah boleh diagak..  Ada 3 tempat yang agak menarik di Kentucky.. Gua terpanjang dunia, Muzium kereta dan Memorial Mohamad Ali..  Bila terbaca untuk memasuki  dikenakan caj masuk.. Ermm merudum semangat untuk kesana. 

Keputusannya harini melawat sekitar Ohio manakala ke Dayton keesokan harinya.. Dayton tak jauh hanya sejam pemanduan dari Ohio.. Di Dayton terdapat muzium tentera udara Amerika... Masuk pula adalah percuma... 






Pagi D28 kami berjogging di kawasan University Ohio


Turut merentasi  salah satu kawasan rekreasi Columbus berdekatan dengan rumah.. Di US aktiviti beriadah sudah menjadi budaya.. Mereka berjogging berbasikal atau bersukan di gelanggang maupun padang yang terdapat di situ...Kemudahan rekreasi dan trail disepanjang sungai sentiasa terpelihara... 

Sesudah zuhor melawat replika jagung gergasi di Berlin.. Di US ini nama-nama tempat berkongsi nama sebegini sangat banyak..Mungkin Warga Berlin Jerman yang paling awal meneroka daerah ini.. 



Seterusnya melawat kawasan riadah tepi empangan... 




Kawasan tepian empangan  meriah dengan pengunjung beriadah sambil menjalankan akiviti sukan air.. 



Sejujurnya penulis cemburu dengan warga Amerika... Pihak penguasa tempatan di US menjadikan sungai sungai dan empangan sebagai kawasan rekreasi sempurna... Tempat kita bukannya tak ada tapi masih tiada inisitif maupun kesedaran untuk memanfaatkan kemudahan yang ada... 

D29 pagi kami meninjau taman ros.. 5 minit pemanduan dari rumah... Tanaman ros didedikasikan kepada orang tersayang yang telah meninggal dunia.. Taman ini usahasama orang awam dan penguasa tempatan.. Selenggaraan taman diusahakan secara sukarela.. 











Sejujurnya keadaan taman ros tidak begitu memukau.. 

Sebelah petang sebagaimana dirancang terus ke Dayton... Jam 11 pagi kawasan parkir telah hampir dipenuhi kenderaan pengunjung




Berikut sebahagian foto foto yang sempat diabadikan









Kapal perang yang digunakan Amerika dalam operasi Desert Storm ketika pencerobohan di Iraq turut dipamerkan



Kapal pengangkut ini diberi gelaran Izrael the angel of death






Kapal terbang terawal ini yang lebih menakjubkan penulis... Berdasarkan maklumat tertera kapal terbang pertama hanya dicipta sekitar awal 1900... 
 Dalam waktu yang singkat penciptaan kapalterbang  telah berevolusi sehingga terwujudnya ciptaan super canggih kini.. 

Berakhir lawatan hari ke 29.






Thursday, August 9, 2018

UsCanada2018-D27 Cleveland

Jumaat 3hb Ogos..

Harini menerima boots motor yang dibeli secara atas talian. 2 hari sebelum itu menerima mesin gunting yang dibeli pada waktu yang sama.

Pembelian diatas talian ini semakin popular diseluruh dunia...


Yang lecehnya barangan yang kita beli itu kekadang tidak menepati apa yang kita mahukan. Boots ini agak sempit... Jika kita membeli secara tradisional kita boleh mencuba.. Setelah puashati baru membeli.. Walaupun produk boleh dikembalikan tapi agak kesuntukan memandangkan hanya beberapa hari saja untuk pulang ke tanah air.. 


Menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan dengan Universiti Ohio. 
Penyampaian khutbahnya bagus.. Disampaikan secara santai.. 




Dimasjid ini mereka menunaikan solat jumaat dua sesi.. Mungkin untuk mengatasi kesesakan jemaah atau mengambil kira waktu rehat warga kerja pejabat. 

Selesai solat terus ke Amish County...






Warga Amish bergerak ke sana sini dengan kereta kuda.. 




Wanita wanitanya hanya mengenakan warna pakaian tertentu.  Warna biru paling popular dan berskaf.. 


Warga amish merupakan imigran swiss. Mereka mengamalkan salah satu mazhab kristian ortodok.. Masih mengekalkan budaya lama.. Berkahwin dikalangan mereka sahaja. 

Anak anak akan dibaptiskan apabila mencapai usia remaja. Ketika ini mereka diberi peluang samada memilih untuk kekal atau keluar dari kelompok amish... Kebanyakannya memilih untuk kekal. 

Meneruskan perjalanan ke Cleveland. 



Dalam perjalanan ke Amish County tadi sengaja mengelak menggunakan lebuhraya.. Melalu jalan negeri dan pekan-pekan kecil. 

Diperhatikan  kampung-kampung disini sangat kemas . Landskap dan rumput dihalaman terpelihara rapi. 

Setelah mengharungi lawatan dibeberapa negeri US boleh dikatakan keseluruhan pekan pekan kecil di US  serba lengkap... Tiada keperluan untuk penduduk berhijrah ke bandar bandar besar.. Tak hairanlah dibandar - bandar kecil sausana begitu santai sekali


Kelompok muslim juga ramai di US.. Hampir segenap  tempat yang kami kunjungi terdapat masjid.. 

Di Cleveland kami berkunjung ke Hall of Fame Rock n Roll













Seterusnya meronda bandar Cleveland.. Seperti kelaziman, bandar sederhana   besar dan tidak sibuk.. 

9 malam mengakhiri lawatan Cleveland dan pulang ke Columbus semula. 3jam pemanduan melalui lebuhraya.. 





CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK