click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, August 16, 2022

Saudagar Nanas Agrofarm.....

Pada pandangan penulis otak pengusaha kafe dan kebun nenas ini bergeliga, ini yang pertama pengusaha menjadikan tanaman nenas sebagai tarikan pengunjung untuk datang ke kafenya. Kalau di Cameron Highland orang sudah terbiasa dengan kafe di ladang  teh, ataupun kafe dikebun strawberry, uniknya Kafe Saudagar Nenas, di Sungai Merab Bangi ini, pelbagai menu hidangan kafe semuanya berasaskan nenas.

Mengikut bacaan diinternet pengusha berusia awal 40an mengusahakan tanah berkeluasan 4.5 ekar dengan pelbagai spesis nenas

Kalau kebiasaan petani sering menjadi mangsa peraih/orang tengah, keadah memasarkan sendiri nenas dan produk hiliran mampu menjana pendapatan jauh berlipat kali ganda. Melihat kepada kehadiran pengunjung ke kafe adalah dipercayai penghasilan nenas dikebun ini jauh dari mencukupi dan bekalan mungkin terpaksa dibawa dari luar.

Ketika kami datang kebanyakan pokok nenas sedang berputik.




Sesatu premis bila telah mendapat kunjungan geng-geng motor memang selalunya akan meriah. Keluasan kafe yang agak terhad mungkin menjadi penghalang untuk menerima kunjungan ramai orang lagi. 

Pengunjung terlalu ramai terpaksa menunggu giliran meja kosong, yang beratur memesan dan menunggu makanan juga ramai jadi hanya yang sabar sanggup menunggu giliran.


Bagusnya pelanggan boleh membuat aktiviti lain sambil menikmati pemandangan dari tanah tinggi sementara menunggu pengumuman hidangan siap, ala ala KFC/MCD. 


Pelbagai menu berasaskan nenas agak unik, ada nasi lemak sambal nenas, lempeng sambal nenas dan bermacam -macam menu lagi. Kalau paceri nenas itu biasa, kunjungan ini pertama kali memakan nenas goreng bersalut tepung bercicahkan sambal kicap, fuh memang terangkat. 

Harga pula sangat berpatutan.

Melihat kepada penambahbaikan prasarana tempat parking yang ditambah, laluan keluar masuk berasingan untuk melancarkan trafik, sekiranya  berterusan mendapat sambutan adalah dijangka kafe akan dibesarkan.

Sangat disarankan untuk berkunjung kesana cuma kena pilih waktu sesuai untuk mengelak bersesak dengan orang ramai...

Monday, August 8, 2022

Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah..


Sesudah Memorial Tsunami, Kuala Muda, kami bergerak ke Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda Kedah, teruja setelah terpandang papantanda Pantai Merdeka. Ingatkan Pantai Merdeka hanya hayalan penggubah  lirik lagu, rupanya memang benar wujud. Begitu juga dengan Gunung Daik, sebelum ini ingatkan hanya sebagai pembayang kata pantun, gunung ini memang wujud di Kepulauan Riau.

Impresi pertama setibanya di Pantai Merdeka adalah sistem parking tanpa tunai sepenuhnya, boleh membayar menggunakan e walet, kad kredit atau kad debit. Kalau di pusat beli belah sekalipun biasanya terdapat 2 sistem tanpa tunai dan kad/kupon. Di tempat awam ini rasanya pertama kali kami jumpa parking tanpa kad/kupon. Perubahan yang bagus. 

Cuma yang tak berapa seronok, gerai-gerai jualan  masih lagi menggunakan khemah-khemah sementara yang mencacatkan pemandangan. Gerai-gerai makanan ok, telah dibina gerai kekal.





Hujung minggu pantai sangat meriah, terdapat juga resort di sana, berkesempatan akan cuba menginap dimasa akan datang.
Tempat bersantai pun luas lagi teduh. Pengunjung boleh membentangkan tikar untuk berkelah sambil memerhati gelagat orang ramai terutamanya kanak- kanak bermain layang layang, buih sabun, berbasikal dll



Hujung minggu selain orang tempatan, ramai pengunjung dari luar Kedah juga. Semasa makan/ minum-minum digerai pengunjung dihiburkan dengan celoteh DJ dan karoke, terdapat permintaan lagu dari pengunjung dari Selangor Melaka, Negeri Sembilan dll




Selain DJ dan karoke, watak- watak begini yang berjaya menghidupkan suasana meriah pantai dan perlu disokong, bukan senang berpakaian begitu dibawah terik matahari, hulur-hulurlah sesudah bergambar bersama mereka. Tiada bayaran khusus ditetapkan



Penulis beri 3-4 bintang untuk Pantai Merdeka.


Sunday, August 7, 2022

Memorial Tsunami, Kuala Muda Kedah

Rasanya  peristiwa tsunami  baru saja terjadi, rupanya sudah lebih 15 tahun berlalu, 2004 tragedi dunia hampir 300 ribu nyawa terkorban, mungkin lebih jika termasuk yang tidak dilaporkan. Di Kuala Muda, Kedah walaupun jauh dari pusat gempa bumi Laut Andaman, 11 orang terkorban.

Kini lokasi paling teruk terbadai tsunami Malaysia telah diabadikan Memorial Tsunami.

2011 penulis turut berpeluang melawat tempat paling terkesan teruk di dunia, Acheh Sumatera, Indonesia dimana lebih 100 ribu nyawa terkorban. Salah satu kapal yang terdampar jauh di daratan telah dijadikan memorial tsunami di sana.

Paparan yang sangat menyayat hati, mayat-mayat orang dewasa, kanak kanak, haiwan-haiwan bergelimpangan dicelah timbunan sampah, ada yang mengelupas dan menggelembung kerana terlalu lama tidak dikutip kerana pembersihan sangat sukar selain melibatkan banyak daerah dan kawasan yang sangat luas.


Di Kuala Muda, sisa perahu tsunami dijadikan monumen di pinggiran simpang jalan. Idea yang sangat bagus cuma tiada  ruang untuk orang bergambar, sangat berbahaya kerana terlalu hampir dengan jalan yang sibuk.



Kepenatan..


Dataran Tsunami turut dibina.


Di dalam kawasan berpagar ini adalah tinggalan rangka rumah yang tersisa akibat tsunami..Rumah-rumah separa roboh  dijadikan  monumen sejarah untuk tontonan/ingatan umum

Salah satu tapak rumah didirikan muzium mini memaparkan gambar-gambar kejadian dan menceritakan peristiwa dahsyat abad 20 ini.












Memorial Tsunami yang sangat bagus untuk dilawati.




















Saturday, August 6, 2022

Esplanade Penang

Selalunya bila ke utara memang akan singgah Restoran Nasi Bamboo Sg Klah. Pagi tu tiba sangat awal 9.00 pg, restoran masih belum dibuka, namun diperkarangan restoran sudah penuh dengan pengunjung menunggu restoran dibuka jam 10 pagi. Tak mau menunggu, bersarapan di restoran dalam perjalanan memasuki semula lebuhraya.

Tengahari menghampiri destinasi Kuala Kurau, singgah membeli lauk kari ikan sembilang. Di utara Perak  menu kari ikan sembilang dan mee udang sangat popular., hampir semua warong/restoran mempamerkan hidangan itu.

Sebagaimana air nira, penulis sangat suka dengan kari ikan sembilang kerana rasanya begitu unik sekali.


Bila anak cucu duduk berjauhan sesekali kita datang bertandang. Nak mengharap mereka kerap balik, kasihan pulak, masing masing berkerjaya, waktu lapang sangat terbatas.



Keesokan hari meronda Pulau Pinang. Hajat nak bersiar-siar saja di Esplanade Georgetown, sebelum itu jjcm di Balik Pulau.




Kawan mencadangkan makan di Restoran Peladang, Balik Pulau. Di Penang memang nasi kandar lah dengan lauk pauk berasaskan kari, kari dan kari. Lauk pauk bersusun sampai rambang mata nak pilih. Ini keseronokan makan direstoran yang banyak menu, walaupun bukan boleh pilih semua. Menu yang dipilih tetap yang sangat favorite di tekak kita.



Lepas makan pergi ke Esplanade Georgetown, nak bersiar tepi pantai, atau meronda naik beca tengahari sangat panas, jadi melepak saja dibawah pokok sambil bermain burung merpati.




Esplanade Padang Kota Lama ni dari dulu macam itu juga, tiada perubahan ketara berbanding lawatan terdahulu. Keadaan pun tak secantik dan sebersih Esplanade Dataran Emas Muar Johor.





Selain nasi kandar, Penang memang terkenal dengan pasembor dan cendol. Makan-makan lagi lah kita di Padang Kota Lama...





Sesudah Georgetown bergerak ke Galeri Tsunami di Kuala Muda pula...
 



Wednesday, August 3, 2022

Tasik Bera...

Ini merupakan kunjungan ke 2 ke tasik ini setelah lebih 20 tahun tidak ke sana. Seingat penulis masa datang dulu tiada lagi jeti dan resort. Menerusi bacaan di internet resort dan jeti mula dibina sekitar pertengahan tahun 90an dan mula dibuka pada umum pada  1997, mengambil peluang kemasyhuran yang bakal dilimpahkan apabila  Tasik Bera mula mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa atau Ramsar pertama Malaysia pada 1994 meliputi keluasan 31ribu hektar lebih. Antara tapak Ramsar dunia lain terletak di Amazon Amerika Selatan. 

Ramsar adalah perjanjian antarabangsa untuk memelihara kelastarian kawasan tanah lembab semulajadi bagi memastikan ekosistem sentiasa terpelihara.


Sebelum ke Tasik Bera meronda dulu ke Bandar Bera, tak jauh dari Temerloh sekitar 30 minit pemanduan. Sebagaimana bandar-bandar utama lain di Pahang kebersihan boleh dikatakan bagus.

Bandar Bera walaupun tak pernah ke sana sebelum ini, tapi sentiasa terpahat dalam ingatan kerana seorang rakan sekerja pernah bertanding PRU disitu dan kalah. Parlimen Bera diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia ke 8 DS Ismail Sabri.  

Hairan juga daerah Bera hanya mendapat hospital daerah pada 2022, sebelum itu hanya memiliki kelinik kesihatan.


Oleh kerana pertamakali ke daerah ini, melihat papantanda memang terasa asing. Nama-nama tempat seperti Sebertak, Rentam, Kumai, Mayam agak janggal didengar.

Setibanya simpang masuk ke tasik terdapat Pejabat Pengurusan Tapak Ramsar Tasik Bera. Maklumat berkaitan Tasik Bera turut dipamerkan di kawasan letak kereta luar. Singgahan pertama dulu tidak kedapatan semua ini.


Untuk memasuki kawasan tasik tiada bayaran dikenakan sekadar mencatat nama dipondok pengawal.


Jarak pejabat  pengurusan/pondok pengawal ke tasik dalam 4 KM. Batu tanda jarak agak mengelirukan., Selalunya semakin menghampiri destinasi, baki jarak  semakin menurun, ini terbalik, jarak destinasi semakin menaik. Mula memasuki tadi terperasan batutanda  1km, 2km dah lama memandu terpandang jarak 3km, hait apasal destinasi semakin menjauh, dahlah memandu dikelilingi hutan. Rupanya rujukan 0 KM bermula di pintu pengawal, bukannya tasik, jadi agak mengelirukan kepada pengunjung  yang jarang datang.



Lemah..Setiba didestinasi disajikan dengan pemandangan bangunan- bangunan usang dan persekitaran terbiar. Rujukan diinternet tidak pula dinyatakan resort telah ditutup. . Mujur ada sekuriti, jika tidak lagi teruk keadaannya.

Bersembang dengan Pak Guard memang ada  pengunjung berkumpulan luar daerah, negeri dan negara  yang datang tetapi hampa. Wajar mereka hampa.




Sepanjang meronda tempat yang dikatakan menarik di daerah-daerah Pahang dan  seluruh negara hampir semua beginilah keadaannya. Bukit Tinggi tidak bermaya, Gambang Resort City tutup, Kota Gelanggi Jerantut terbiar, Gunung Senyum Jerantut sepi, Titik Tengah Semenanjung di Lancang jarang dibuka, Santuari Gajah Kuala Gandah Lanchang tidak semeriah dulu, Tasik Chini pun  begitu apatah lagi kini persekitaran telah dirosakkan dengan aktiviti perlombongan,  semuanya gah diawal pembukaan beransur lesu setelah lama beroperasi.


Inisiatif mewujudkan destinasi menarik sudah bagus tapi tiada aktiviti dan promosi berterusan untuk menggamit pengunjung sentiasa berulang datang. Mengharapkan pengunjung domestik saja tidak mencukupi, kita perlukan pengujung rentas negara.

Khabarnya resort di Tasik Bera ini bakal dibuka semula, menteri kewangan telah pun datang melawat dan bajet telah diluluskan.  Namun jika jalan yang ditempuh sama seperti dulu dah boleh agak apa keputusannya  jika berkunjung lagi ditempat ini dimasa akan datang.

Kepada warga diluar sana jom kita meriahkan pelancongan domestik. Perlukan sokongan semua untuk sektor itu terus segar. 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK