click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, January 11, 2013

Kenapa mesti berkongsi nama Allah dengan Bukan Islam...?

Argh semingguan aku tak mengemas kini blog ini...bermula dari hujung minggu lepas bermusafir menghantar anak balik asrama di Besut, sempat bermalam sehari dirumah, bermusafir lagi ke kampung menemankan abang yang terlantar dihospital.. sekembalinya dari sana hilang mood untuk mengemaskini blog bila perasaan terganggu membaca isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan islam...

Sebenarnya aku hairan kenapa ada pihak sanggup berkongsi nama Allah dengan orang bukan islam yang terang -terangan menyekutukan Allah. Ini semua demi apa...? Aku bimbang dengan pendirian kita yang semakin liberal akan menjahanamkan generasi akan datang..Adakah kita sanggup melihat masyarakat kita terlalu liberal seperti di negara jiran Indonesia...satu rumah dihuni pelbagai agama.. kuburan  diselang seli dengan jenazah pelbagai agama....Kita bersyukur jika asalnya  keluarga bukan islam tetapi kembali kepada fitrah islam . Ini tidak...! asalnya  sebuah keluarga islam, namun sebahagiannya telah memeluk agama lain, atau bernikah dengan pasangan berlainan agama..semuanya dikira betul kerana berfahaman semua agama  adalah sama  ...Inilah bahana bila pemikiran liberal telah meresap dibenak pemikiran masyarakat..yang batil akan dianggap benar jua...

Berikut antara petikan harakah yang menghalalkan penggunaan nama Allah oleh bukan islam..selebihnya boleh dibaca di....SINI

'Adapun setelah diharuskan digunakan maka adalah mustahak dan penting untuk keharusan itu tidak disalahgunakan samada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa-dewa dsbnya atau tujuan mendi’ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri ummat Islam di negara ini.' -- 

Persoalan aku adalah siapakah yang akan memantau perkara ini...? dan selalunya penyalahgunaan pasti akan berlaku...Aku percaya setelah memperolehi apa yang dihajatkan akan banyak lagi tuntutan-tuntutan tidak masuk akal akan dikemukakan kelak..Percayalah pihak yang bersetuju akan terperangkap bilamana tiada hujah untuk menghalang penggunaan kalimah suci itu secara meluas bertentangan dengan matlamat asal permintaan  yang kunonnya hanya untuk perkara kebaikan sahaja...ibarat empangan yang telah pecah, air yang membuak akan membawa bencana. Punca..? kebocoran yang sedikit dibiarkan berlarutan. begitulah juga dengan tuntutan penggunaan nama Allah ini...

Sanggupkah kita melihat kalimah Allah terpampang di papan tanda gereja berlambangkan salib...

Adakah kita rela berkongsi nama tuhan yang secara terangan berlawanan maksud dengan Allah yang maha ESA...tidakkah kita rasa tercabar bila sahabat bukan islam kita berbicara dihadapan kita, Allah Yesus, Allah Maryam, Allah Ruh Qudus..atau Allah Brahma dan pelbagai Allah lagi...bukankah itu semua bertentangan dengan akidah kita yang meng ESA...kan Allah

Dapatkah kita bayangkan, sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa tentangan, memungkinkan penganut agama lain turut menuntut penggunaan nama allah dirumah ibadat mereka..tidakah kita tercabar bila terpampang nama Allah di patung emas terbesar dunia Batu Cave dengan nama "Allah Murugan" sebagai contoh...Ketahuilah tuntutan yg besar bermula dengan tuntutan yang kecil

Aku musykil kenapa ada pihak yang secara  berterusan menyerang akhbar dan tv arus perdana... Tidak lain  mereka cuba meruntuhkan kredibiliti media untuk memudahkan mereka mendakyahkan agenda mereka. Kekadang kita hairan berita yang betul pun akan ditafsir dari sudut yang negatif...pendek kata tiada satu pun yang betul..

Untuk menghadapi isu yang besar ini jomlah kita lupakan sengketa, bersatulah demi agama, tinggalkanlah ego ...janganlah kita menjadi seperti ayah saudara nabi, AbuTalib..Bukannya beliau tidak mengakui kenabian nabi, hanya kerana malu ego tercemar dikalangan masyarakat beliau sanggup mati dalam kekufuran..Nauzubillah...

Walluhualam...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK