Tak tau apa jadi dengan sahabat kembara bersama keluarganya. Langsung tak boleh dihubungi. Kami berpecah semasa di Pasar Minggu Chattuchak.
Setibanya diperkarangan hotel sekembalinya dari bermudik Sg Chao Phraya kelihatan notis dicermin kereta, beliau telah keluar dari Bangkok. Memandangkan hari telah malam kami berkeputusan untuk menginap lagi di Bangkok. Ada kesempatan berjumpa saja keesokkan hari dalam perjalanan balik ke Malaysia.
Duit kena jimat, kami berpindah ke hotel lebih murah 1000Baht semalaman..Hari biasa banyak bilik kosong. Keesokan pagi, seawal 7pg Isnin 16 Disember 2012 terus beredar meninggalkan Bangkok. Menggunakan GPS walaupun tersesat dapat keluar dari pusat bandar dengan mudah.
Destinasi berikutnya Samut Songkram...Melawat pasar sepanjang atau atas rail keretapi. Sausana hiruk pikuk pasar segera berubah untuk memberi laluan keretapi menggunakan rel pula. Pangkin-pangkin berniaga telah diubah suai untuk memindahkan barang jualan dengan mudah semasa keretapi lalu. Argh macam ni pun disenaraikan sebagai tempat yang patut dilawati pengunjung. Bertemu dengan pengunjung Malaysia/Singapura di sini.
Dapat bertemu semula dengan sahabat aku ini di Nakon Si Tammarat..mereka bermalam di Huahin..Hari berikutnya kami bermalam lagi di Phathalung. 500Baht. Keesokan pagi, kami berpecah disini.
Sahabat aku terus balik ke P. Pinang melalui Hatyai dan Sadao/ Bukit Kayu Hitam manakala kami akan melalui Patani, Naratiwat. Tak Bai dan masuk semula ke Malaysia melalui Pengkalan Kubor. Urusan imegresen lebih mudah sebab pengunjung tak ramai berbanding di Sungai Golok.
Perkhidmatan feri di Pengkalan Kubor...RM 4 sekepala tak silap aku. Kenderaan RM 6
Perkhidmatan feri Malaysia disediakan oleh JKR Malaysia...
Hehe..yang ini bukan di Siam tapi di Kota Bharu...Manyak busat...
Bermalam di Kota Bharu. Jam 2ptg 18 Disember 2012 tiba di MRSM Besut, Trengganu, mengambil keputusan PMR anak ke 4. Alhamdulillah 8A.
Bermalam lagi di Kuala Trengganu, hanya tiba dirumah Rawang Selangor jam 4 ptg, 19 Disember 2012 setelah 2 minggu di perantauan. Sejumlah 6 ribu diperuntukkan berbaki 30 Baht. Pecahan perbelanjaan seperti berikut.
Minyak, tiket feri, tiket tempat lawatan- 2000
Penginapan-1000
Makan minum-1500
Perbelanjaan tidak wajib spt cenderahati dsb-1500
Jumlah jarak perjalanan keseluruhan melebihi 6000km.
Maka tamatlah cerita Kembara Ayathuya....
Ikuti coretan Kembara Kemboja 2 minggu dari sekarang. Maklumbalas pengunjung dialu-alukan. Mungkin ada saranan yang boleh dikongsi bersama.
Kena banyak juga duit yang perlu disediakan. Ketahanan menta dan fizikal juga kena ada. :)
ReplyDeletebetul tu kakcik...tetapi perbelanjaan sebanyak itu untuk trip satu keluarga dengan pelbagai tempat dilawati kira berbaloilah juga...terima kasih krn berkunjung...
Delete