Pogram hari ini menyerahkan zakat/infaq syarikat juga persendirian di Kg Chanang yang terletak 90km dari Pnom Penh. Kg Chanang merupakan daerah kedua terbesar berkependudukan muslim selepas Kg Cham. Penduduk muslim mewakili 5 peratus dari jumlah keseluruhan 18 juta penduduk Cambodia.
Monumen Kemerdekaan di Pnom Penh...
Sebelum meninggalkan Pnom Penh, kami mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan Monumen Kemerdekaan ditengah-tengah ibukota
Sudah tiba dijalan masuk ke salah sebuah kampong destinasi di Kg Chanang
Di Cambodia hanya jalan utama bertar, jalan kampong-kampong masih bertanah merah sebegini..Kemarau berdebu, hujan lecak...
Penduduk sudah berkumpul menyambut kehadiran kami...
Kelas-kelas juga memerlukan meja dan kerusi.. Murid-murid duduk bersila untuk belajar. Bangunan ini juga atas sumbangan rakyat Malaysia.
"Walaupun dalam serba kekurangan...jangan lemah semangat untuk menuntut ilmu..hanya dengan ilmu kita boleh keluar dari kepompong kemiskinan..." ujar Dr Mastor semasa memberi motivasi kepada pelajar-pelajar..Motivasi diterjemahkan oleh guru tempatan
Selesai taklimat rombongan dibawa melawat kemudahan asas sekolah...ini merupakan asrama pelajar...Bagi penduduk disana, disebabkan kemudahan pengangkutan sukar, jarak 10km dikira tersangat jauh..mana-mana pelajar yang duduk jauh, akan ditempatkan di asrama ini..Malam bertemankan lampu pelita...
Memerlukan sumbangan orang ramai untuk menaik taraf asrama ini.
Sekiranya dana cukup, asrama ini akan dibina baru...ujar salah seorang penduduk tempatan. Untuk membina bangunan seluas ini sejumlah minima 15 ribu USD diperlukan...Kami turut mencadangkan dengan sumbangan bakal diperolehi, kemudahan penginapan seperti homestay dibina dikampung ini. Disarankan pelawat-pelawat dari Malaysia yang ramai datang ke Kemboja atas misi kemanusiaan memilih tinggal dikampong -kampong berkemudahan sebegini berbanding tinggal dihotel di bandar untuk menjana ekonomi kampong... bukankah lebih baik mereka diberi pancing berbanding ikan untuk kelangsungan hidup...
Untuk meraikan tetamu, hidangan istimewa wajib adalah ikan haruan...Cuma kami agak terkilan kerana jamuan dikhaskan untuk pelajar dan rombongan kami sahaja..alangkah baiknya sekiranya penduduk kampung yang hadir dipinggiran sekolah turut dijamu sama...sumbangan yang kami hulurkan untuk majlis ini tidak memadai barangkali..
Kami mencadangkan , misi kemanusiaan ke kampung-kampung di Cambodia, seeloknya melibatkan penduduk kampung juga. Apakata bermalam disana untuk berkenduri bersama penduduk tempatan dengan menyembelih lembu yang tidaklah mahal harganya...Jika kemudahan homestay belum ada..kita pasang khemah...! Duit-duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar penginapan di hotel-hotel, elok disalurkan untuk penambahbaikan kemudahan kampung...
Kami meninggalkan kampong ini dengan pelbagai kenangan..selepas ini kami akan ke Kg Cham....
Kembara hari ke 8 boleh lagi dibaca disini...Kembara Cambopdia--Pnom Penh lagi
No comments:
Post a Comment