28 Feb 2013, Khamis hari terakhir bulan Febuari 2013 dan siapa menduga hari itu, hari terakhir abang aku Md Lazem Paiman 49 tahun menghirup udara didunia ini. Kami pasrah. Walaupun gerak hati ahli keluarga mengerti hayat beliau tidak panjang kerana hospital seolah telah menjadi rumah keduanya, tapi malam itu seolah tiada tanda beliau akan pergi selamanya, berbanding sewaktu dihospital dulu..Boleh duduk sendiri walaupun kaki kanannya kudung dipotong kerana diabetis.., makan dan berbual sekemampuannya. Mengadu sakit dada dan sering meminta air menjadi tabiaatnya sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi itu memang simtom orang yang menjalani dialisis, sering kehausan kerana air yang diminum seharian terpaksa dicatu.
Mengerti akan tahap kesihatan beliau ditambah ditemani ayah yang sudah berusia melebihi 85 tahun, kami adik beradik sepakat untuk bergilir-gilir menemani mereka setiap hari. Malam itu kebetulan giliran aku berada dirumah. Pemergiannya hanya disedari sesudah subuh bila aku cuba mengejutkan beliau untuk bersiap sedia ke pusat dialisis sebagaimana rutin mingguan.. 3 kali seminggu Selasa, Khamis dan Sabtu. Sebahagian anggota badan beliau telah sejuk. Bila aku seluk bawah tengkuk, untuk membetulkan posisi muka yang terteleng, terasa pulak macam panas. Aku cuba mendengar degupan jantung didadanya , rasa macam ada...atau pun aku terdengar degupan jantung aku sendiri..aku cuba merasai nadi dipergelangan tangan...argh aku tak pasti..aku panggil bapak aku yang sedang menggoreng ubi didapur, aku panggil isteri aku untuk turut mengesahkanya...Kami mengejut dan memanggil nama abang aku...yea kalau nyawa sudah tiada dijasad pangillah beribu kali jasad akan tetap kaku...
Malam itu dalam jam 3 pagi aku ada menjengah biliknya, aku cuba hampiri dalam kesamaran lampu dan memerhati dadanya..Bernafas lagi kah abang aku ...maklumlah dalam keadaan kesihatan beliau yang tidak menentu, apa-apa boleh berlaku. Senyap...Aku menjangka beliau sedang nyenyak tidur dan tidak mahu mengejutkannya kerana dikhuatiri susah pulak untuk tidur kembali. Minggu sebelumnya beliau mengadu sukar melelapkan mata dan mengajak aku menemani tidur disebelahnya..tapi akhirnya meminta aku tidur diluar kerana beralasan katil sempit dan sukar bertukar posisi tidur jika aku tidur bersebelahan.
Sebelum subuh, aku menjenguk lagi, ergh posisi sama sebagaimana posisi jam 3 pagi tadi...Nyenyak betul tidur beliau...Sesudah subuh nekad untuk mengejutkannya sementelah lagi pagi itu beliau perlu bersiap sedia untuk rawatan dialisis...Rupa-rupanya hanya tinggal jasad yang berada dikatil..nyawa barangkali telah bercerai badan semasa aku menjengah malam itu...Wallahualam
Beliau pergi dengan lesen besar. Semoga suci bersih dari sebarang dosa. Beliau mengalami gangguan mental sejak berusia 20 tahun lagi..yang aku ingat sejak tahun 1987 sewaktu aku sedang bersiap sedia untuk ke UK sambung belajar. Sejak dari itu hidup bertemankan ubat-ubatan. Setelah hampir 30 tahun, ditambah dengan ubat-ubatan penyakit diabetis, buah pinggang rosak sepenuhnya dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk mencuci darah dalam badan. Semoga dosanya nya jika ada terkifarah dengan penyakit fizikal yang dihidapi sebelum pemergiannya,. Ya Allah ampunilah abang aku..golongkan beliau bersama insan salleh. Rahmatilah rohnya..Amin..
Alfatehah..

Takziah tuan, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman.
ReplyDeleteAminn...
ReplyDeleteTakziah buat kang sekeluarga. Berdoa agar rohnya ditempatkan bersama umat umat yang soleh, beriman dan bertakwa.
ReplyDeleteAmin