click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, December 10, 2014

Harta oh Harta… Ada Susah Takda Pun Susah…


Bersambung dengan entry berkenaan seminar menguruskan asset PNB siri 1 yang boleh dibaca  


Secara peribadi jika kita mampu memantau sendiri pergerakan turun naik harga unit saham..kenapa tidak mengambil risiko lebih dengan berurusniaga terus dengan pasaran saham. Benar, risiko lebih tinggi tapi pulangan pun lebih tinggi…Kita boleh mencuba dengan menggunakan keuntungan yang diperolehi dari instrumen selamat unit saham…Bukan semua tapi sebahagian... Kita tak usik  duit pokok. Kelebihan berurusniaga dengan tunai adalah kita tak bimbang jika saham merudum..Kerugian hanya di atas kertas..boleh saja dibiarkan sehingga keadaan kembali pulih.. Ini berbeza jika  melabur dengan modal yang dipinjam …

Semasa seminar tersebut peserta turut didedahkan dengan pengurusan asset ditakdirkan berlaku kematian kepada pelabur… Memang pun kekadang kita sibuk melabur, melabur dan melabur..Pantang mendengar pelaburan yang sikit menguntungkan otak mulalah melilau mencari sumber kewangan yang boleh dilaburkan…Kita terlupa bahawa jika pelaburan tidak diurus semasa hidup, harta peninggalan akan beku ataupun jika berjaya diselesaikan pengagihan kepada pewaris, itu semua mengambil masa yang tersangat lama…Tidak hairanlah dimaklumkan terdapat lebih RM 40 bilion harta yang tidak dituntut atau tidak boleh diagihkan kerana pelbagai masalah.

 Salah satu kaedah yang dianjurkan kepada peserta adalah melalui Hibah Amanah… Hibah Amanah ini adalah pemberian yang diagihkan kepada orang yang diingini menurut kadar tertentu semasa pemberi hidup dan pembahagian itu hanya efektif setelah pemberi meninggal dunia. Dengan kaedah ini pewaris boleh menerima pemberian dalam tempoh 21 hari setelah permohonan dikemukakan.. tanpa perlu melalui saluran perintah mahkamah sebagaimana pengagihan secara faraid yang lazim ..Untuk keterangan lanjut boleh saja menemui pihak yang pakar dalam hal ini .

Setelah menghadiri seminar  dan mendengar masalah perebutan harta pusaka jika tidak diurus dengan sempurna, aku berpendapat elok saja dimanfaatkan apa yang kita usahakan semasa hayat dikandung badan. Harta yang dicari siang dan malam hanya menjadi milik abadi melalui apa yang dimakan atau diminum atau dimanfaat untuk kegunaan seharian atau yang disedeqahkan yang mana pahala ini akan kekal diperolehi sesudah kita mati....Selain dari itu belum tentu menjadi milik kita. Buat apa bertungkus lumus mencari dan menyimpan tapi kedekut berbelanja jika harta itu akhirnya menjadi milik orang lain yang  pastinya kita tiada kuasa menentu sebab sudah mati dan lebih malang sekiranya harta yang ditinggalkan menjadi punca pergaduhan oleh para waris.. Pada aku pandai-pandailah orang yang ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan harta pusaka. Berpada-padalah kedekut memanfaatkan harta yang dimiliki semasa hidup dikhuatiri harta yang ditinggalkan lebih memudaratkan kepada pewaris.. Maklumlah harta.. Jika dapat pewaris yang soleh Alhamdulillah dapatlah juga manfaat dengan harta yang ditinggalkan,,tapi jika sebaliknya alangkah ruginya kita…

Tepuk dada tanya selera…

Penulisan ini adalah berdasarkan pemahaman penulis..mungkin berbeza atau salah dilihat dari kacamata mereka yang pakar...

2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK