click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, January 14, 2015

Pencegahan lebih baik dari Merawat...

13hb Jan 2015


Lokasi : Taman Emerald Rawang

Dah lama kami tak beriadah disini. Ada kot hampir 2 tahun. Setelah melihat kawasan ini mula memberi laluan kepada  kerja-kerja pembinaan rumah rumah, kami beralih  arah ke tempat lain untuk beriadah. Entah kenapa haritu teringin untuk beriadah disana lagi..Walaupun tempat riadah ini tak seceria dulu, pengunjung tetap tidak berkurangan bahkan makin bertambah





Kawasan ini sepatutnya kekal kawasan hijau padang golf sembilan lubang. Berdasarkan maklumat terkini kawasan ini keseluruhannya akan ditukar kepada kawasan perumahan.. Ermm tertipulah pembeli dulu yang terpedaya dengan promosi yang rumah mereka akan berada di kawasan rekreasi. Tapi itulah bila pertimbangan komersil mengatasi pertimbangan lain..pelbagai helah akan dikemukakan untuk mengiyakan tindakan yang dibuat. Walaupun mungkin terpaksa berlawan di mahkamah jika ada penduduk yang akan membawa kes ini ke muka pengadilan .




Yang lecehnya beriadah di sini, bila saja melalui kawasan rumah kongsi ini maka terhiruplah bauan yang kurang menyenangkan..

Rumah-rumah yang dibina dipinggiran bekas padang golf .. Kawasan padang sedang menunggu masa saja untuk didirikan rumah-rumah...




Kiri kanan trek kini ditumbuhi dengan rumput dan lalang..


Malah sebahagiannya telah menjadi hutan sekunder...Bimbang-bimbang dalam leka berjogging muncul haiwan liar..ermm tak cukup tanah terpaksa berlari..





Flora-flora liar semakin banyak tumbuh..yang memberikan sausana nyaman dan segar diwaktu pagi


Pucuk paku...Jangan ada yang tak tau...

Rumpai ini jika dilumatkan, akan mengeluar bauan serupa minyak angin...

Selalu juga  diperhatikan kebanyakan pengunjung yang beriadah terutamanya wanita terdiri dari mereka yang agak gempal gempal atau yang lelaki bila perut telah mula ke hadapan..hehe Tak taulah pula apa sebenarnya yang mendorong mereka untuk bersusah payah  ini. Kita mengharapkan demi kesihatanlah yea .. Jika beriadah semata-mata untuk menguruskan badan dikhuatiri riadah ini tak akan kekal lama andaikata kurus yang dicari tidak juga kunjung tiba.. Ataupun jika kurus telah dicapai maka tamatlah pencarian dan berhentilah dari beriadah.. Sedangkan jika beriadah demi kesihatan dalam apa juga keadaan riadah akan diteruskan.






Baru ini ada membaca buku berkenaan air di dalam tubuh manusia. 70 peratus badan kita terdiri dari air. Sebagaimana air di dalam  akuarium. , jika  rajin menukarnya maka sentiasalah jernih air . Jika malas menukar maka akan keruhlah ia dan akan memberi kesan buruk kepada kesihatan ikan. Analogi ini boleh digunapakai untuk kitaran air dalam  tubuh manusia. Air berserta toksik didalam tubuh perlu  dinyahkan sekerap mungkin samada melalui air kencing , peluh dll dan diganti dengan meminum air berkualiti  yang baru…Lagi kerap proses ini berlaku,  badan kita akan lebih sihat kerana toksik semakin sedikit berkumpul didalam badan. 




Oleh itu jomlah kita menyahkan toksik dari badan dengan lebih kerap lagi  … Jom riadah…! Bukankah pencegahan dari penyakit itu lebih baik daripada merawat...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK