Jom jogging harini Sabtu 27hb April 2019 membawa kami ke Taman Rekreasi Bdr Baru Sg Buluh. Beginilah kebiasaannya setiap hujung minggu, sedikit celaru mencari tempat beriadah. Memang hujung minggu pagi jika tiada aktiviti tertentu, kami menetapkan beriadah di lokasi baru.
Biasanya mengikuti saja gerakhati tanpa halatuju spesifik, seketika berhenti ditepi jalan sambil melayari internet untuk destinasi pilihan.
Nyaris nyaris tidak beriadah harini kerana skeptikal dengan senaraian internet... Senaraian internet memberi rating yang tinggi disini.. Membayangkan disini hanyalah padang taman biasa-biasa, gerak hati untuk terus ke sini ternyata berbaloi..
Trek konkrit lebar disediakan di taman ini..
Yea tak sangka dicelah- celah deretan rumah-rumah taman lama terdapat kawasan rekreasi yang begitu terpelihara...Terdapat juga gelanggang futsal mini..
Trek merentasi belakang rumah-rumah penduduk mewujudkan sausana yang sangat indah dan mendamaikan.. Cuma terfikir janganlah kawasan rekreasi dibelakang rumah ini dijadikan sebagai port untuk aktiviti negatif seperti pecah rumah dll sebab keadaan begitu terbuka sekali..
Taman rekreasi bakal bertambah indah dimasa akan datang jika pokok-pokok sulaman ini mulai matang.
Banyak kemudahan peralatan senaman disediakan ditaman ini..
Sangat kreatif menghubungkan padang kecil antara fasa- fasa taman untuk membentuk satu taman rekreasi mega...
Tasik yang berfungsi sebagai kolam takungan banjir turut membentuk sebahagian taman rekreasi.. Ikan talapia merah kelihatan begitu banyak sekali... Teringat kata-kata apik di Taman Rekreasi Metropolitan Kepong..
" Tengok.. Itu ikan sudah kijar mau mintak makan, satu minggu suda manyak lindu (rindu) "
Ditepi tasik disediakan wakaf-wakaf untuk berehat...
Jambatan kecil merentasi longkang besar disediakan menghubungkan taman perumahan bersebelahan untuk kemudahan pengunjung..
Tanaman kontan ditanam penduduk setempat di rizab longkang membentuk sebahagian landskap taman...
Tandas awam juga disediakan... Kebersihan ditahap baik..
Syabas MBSA😊. .
No comments:
Post a Comment