Wednesday, June 9, 2021

Ketum Ayam...

Sebagai langkah mempelbagaikan sumber makanan ayam, harini penulis membeli pokok ketum ayam. Dikatakan sebagai sumber makanan kaya protin dan rendah  lemak, ketum ayam sangat popular dikalangan penternak. Penulis tak pernah mencuba, tapi percaya ayam- ayam akan sangat menggemarinya.


Berdasarkan harga pasaran Rm10-15 sepokok anak kecil, pokok remaja yang dibeli dari rakan ini RM20, nampaknya lebih kepada pemberian saja sebenarnya.

 
Pokok segera ditanam di lot kosong  di hadapan rumah. Setelah serasi di habitat baru nanti, pokok akan dibiakkan lagi.

 Pembiakan adalah melalui keratan batang. Menggunakan batang pucuk muda pun boleh khabarnya.

3 pokok munggai/kelor baru pun dah mulai tumbuh  di bahu jalan. 

Dengan adanya alternatif tambahan ini diharap ayam cepat membesar dan sihat dengan kos makanan yang murah.


2 comments:

  1. RM20 sepokok besar gitu kira murahlah.
    Nanti boleh kerat2 untuk dibiakkan.
    Senamg hidup pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea.yea..nt nk kerat, batang buat benih...nk cucuk kat kawasan yg sekarang ni semak

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK