click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, August 24, 2022

Rumusan Ronda Pulau Redang...

 


Pulau Tioman Pahang✅

P.Redang Trengganu✅

P. Lang Tengah Trengganu❌

P.Perhentian Trengganu✅

P.Langkawi Kedah✅

P.Pinang✅

P.Kapas Trengganu✅

P.Rawa Johor❌

P.Pangkor Perak✅

P.Besar Melaka✅

P..Sembilan Perak❌

P.  Besar Johor❌

P.Bidong Trengganu❌








Banyak lagi pulau-pulau utama yang belum dilawati..Ini baru di semenanjung, belum lagi di Sabah dan Sarawak. 

Lawatan ke pulau yang terbaik adalah 3H2M. Lebih dari itu boring juga bila membuat aktiviti yang sama. Melainkan berpergian memang untuk melepak makan tidur, selain dari itu tempoh diatas ternyata mencukupi. Walaupun bersnorkeling dilokasi berbeza, pemandangan lebih kurang sama, lebih baik melawat pulau lain pula.

Setelah melawati beberapa pulau-pulau, Pulau Redang telah memberi aras tanda baru, bahkan jauh lebih cantik dari pulau-pulau negara jiran yang pernah penulis kunjungi. Kita menang dari sudut keindahan, cuma umumnya mutu perkhidmatan kita perlu dipertingkatkan.


Ronda- ronda pulau berikutnya adalah di Sabah atau Pulau Besar/Rawa di Johor...Teruja mengalami sendiri perkongsian pengunjung yang memberi rating tertinggi sehingga asyik membandingkannya dengan  Maldives. Walaupun Maldives penulis tak pernah sampai, cerita-cerita  dimedia sosial sangat mengagongkan keindahan pulau disana. Sebelum pergi tak mau meletakkan harapan tinggi, biarlah ketika ini Pulau Redang sebagai pulau tercantik yang pernah penulis lawati.



2 comments:

  1. Boleh encik TT review bilik dan servis redang reef resort . Terima kasih. Kak Zainab kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reef coral resort lama. Jika pergi pulau semata mata untuk beraktiviti diluar dan tidak kesah pasal penginapan oklah...namun jika ingin berehat santai, rasanya kurang sesuai, elok ambil yg upmarket sikit, harga pun tak byk beza.

      Ini sekadar pandangan peribadi.

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK