Ermm kalau di kebun bukit gangguan haiwan liar dan penyakit, dipersekitaran rumah bebas dari haiwan liar tapi tidak penyakit...
Pokok betik yang ditanam daun berkerinting keputihan dan sebahagiannya terus layu..Yang tumbuh sendiri juga yang masih gagah dan berbuah...
Sepokok nenas dalam pasu pun tak tau tiba tiba daun layu, padahal inilah yang paling subur. Kawan bertandang memberitahu mungkin pokok terlebih siram...perkara sama terjadi dipokok yang ditanamnya...menurutnya pokok nenas semasa disiram air akan memasuki celah pucuk daun dan membusuk...berbeza dengan air hujan, air siraman mungkin mengandungi bakteria perosak..ermm kita ingatkan air basuhan ikan baik untuk nenas rupanya lebih memudaratkan...
Lepas ini tak perlu bersiramlah...
nenas nie selalu mak linda tanam atas tanah, tinggal je...lepas setahun baru berbuah...kikiki
ReplyDelete