Ingatkan senang nak baikpulih..sampai masa termenung ketika ingin memulakan kerja..bahagian mana yang nak dimulakan dulu, yang senget kena ratakan...kena sangga atau tongkat di beberapa bahagian. Sebahagian gelegar lantai perlu ditukar..lantai plywood pun sebahagiannya sudah reput..Nak diganti dengan kepingan lantai simen fuh berat, tak sanggup..aras lantai terlalu tinggi.
Pusing beberapa kali..ambil keputusan kensel..banyak pertimbangan dan kerja perlu dibuat.
Sejak sebahagian struktur pondok sediada patah, cuak untuk melepak di pondok, melepaskan lelah hanya dibawah pokok...sebab itu pondok baru perlu dibina untuk berehat sambil menunggu peluh kering sambil melayan phone... dikebun telah ada liputan telefon sepenuhnya...
Lokasi baru pondok di pertengahan ke puncak kebun bersebelahan pohon rimbun.
Pondok baru bersaiz kecil, lantai menggunakan sekeping lantai konkrit 4'x8', cukup untuk berbaring seorang.
Buat bersaiz besar rugi..tiada yang memanfaatkan.
Tapak konkrit telah disiapkan. Rangka pondok akan dimulakan minggu depan..cabaran sebenar nanti ketika ingin memasang kepingan lantai konkrit. Mungkin terpaksa menggunakan chain block yang ditambat dipokok..
Berbanding puncak di sini lebih redup, pemandangan pun cantik dan berangin..taklah rasa sunyi sebab boleh melihat pemandangan dan kebun- kebun jiran dari kejauhan..
Pondok sediada nun di bawah sana akan dijadikn stor baja, peralatan kebun dan garaj atv...Kembara akan park di bawah, selagi tiada tempat berpusing dipuncak..leceh menuruni bukit secara mengundur..Turun naik ke bukit lebih mudah menggunakan Atv..
Buat kerja kebun memang tak pernah habis..
Kerja kebun memang tak pernah habis. Yang bagusnya aktiviti berkebun menyihatkan badan.
ReplyDeleteSemoga sentiasa bersemangat untuk berkebun
ReplyDelete