Pengidap Down sindrom memiliki perwatakan dan rupa yang hampir sama... Di taman kami sekurangnya terdapat 2 orang istimewa ini. Mereka rajin solat berjemaah ke surau dan bersolat mengikut citarasa sendiri...Setiap kali datang akan membetulkan susunan sejadah..Di majlis tahlil atau yasin, mereka akan mengagihkan surah surah yasin dan air minuman...
Insan istimewa ini tetekala jemaah bersembang diluar surau, anak syurga ini menaiki mimbar dan berkhutbah..Walaupun tak faham apa yang dituturkan tetapi terselit perkataan Allah ..Allah
Diperhatikan juga sesudah memasukkan wang ke dalam tabung masjid sering menadah tangan berdoa.. Katanya doa untuk ibu dan bapa. MasyaAllah Tabarakallah...
Ketika dihampiri, terkial-kial juga untuk nemahami apa yang dihajatkan, rupanya meminta mengambil foto bersama gambar imam masjid.
Di atas ini merupakan mesej yang ditulis insan istimewa kepada imam masjid taman...Penuh yakin menulis..Dia tulis.., ini Abang Hensem hehe
Syurga tempat mereka... Semoga ahli keluarga dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menguruskan mereka..
ReplyDeleteAdik Taufik ada penyakit Down Sindrome... memang mereka dengan dunia mereka sahaja....Tapi BEsar pahala bagi mereka yang menjaga nya
ReplyDelete