Kan dah cakap bila phone di tangan akan ada saja barang dibeli online, tak lama selepas piring mesin rumput tiba, ubat spray kuku pula sampai.
Macam tau tau jer sistem AI media social mengeluarkan iklan keperluan barang yang kita cari..
Adat berkebun memakai boot getah setokin/kaki sentiasa basah dek peluh, adakala sehingga terendam dengan peluh, biarpun membawa stokin tambahan sekejap saja basah semula. Oleh kerana sering basah dalam tempoh yang lama kuku mudah terkopak dan dijangkiti kulat . Naik malu bila melihat kuku jari kaki yang rosak dan buruk.
Kita taklah mengharap kuku secantik model, kita dapat kuku tumbuh melekap dikulit, sihat tiada lompong terjungkit pun oklah...Selalu kacau ketika rukuk, fikiran tak tenang terpandang kuku yang cacat..diluar solat boleh lah disembunyi disebalik kasut.
Kebetulan lalu iklan ubat spray ketika melayari media sosial, tak fikir panjang terus membeli. Keberkesanan tak diketahui lagi. Kalau ikutkan promosi keberkesanan seawal 3 hari.
Penggunaan sehari 3x spray dikuku yang rosak .
Harga pun boleh tahan, 2 pek 30ml berharga Rm79.
Harap berkesan..
Harap2 berkesan dan mujarab
ReplyDelete